Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2016

Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2016








Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2016 itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi
Calon boleh menyemak keputusan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 18 Januari 2016 hingga 25 Januari 2016 (tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa). Calon juga dinasihatkan agar sentiasa melayari Portal Rasmi KPM bagi mendapatkan info terkini

Calon yang gagal dengan permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2016 boleh mengemukakan permohonan rayuan
Permohonan rayuan itu boleh dibuat oleh calon dengan mengunjungi (walk-in) mana-mana institut yang terbabit
Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran, pendaftaran bagi program yang ditawarkan di institusi terlibat akan dilaksanakan pada 26 Januari 2016 (tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa)

Bagi calon yang tidak berjaya, boleh membuat permohonan rayuan dengan berhubung (hadir) terus ke institusi yang terlibat untuk membuat rayuan bermula daripada tarikh keputusan permohonan diumumkan. Keputusan rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat di institusi terlibat selepas pendaftaran pelajar baharu

Portal Rasmi KPM : http://www.moe.gov.my

Calon disarankan sentiasa melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .