Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KERTAS CADANGAN PROGRAM PELAJAR SEBAGAI PENGACARA MAJLIS

KERTAS CADANGAN PROGRAM PELAJAR SEBAGAI PENGACARA MAJLIS




Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling
dan Unit Pengawas SMK Pintu Geng, Kota Bharu atas kertas kerja ini.


KERTAS CADANGAN
BICARA PESONA SANG PENGACARA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PINTU GENG

1.0               Pendahuluan

Saban tahun pelbagai program dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Kebanyakannya melibatkan majlis-majlis rasmi yang berkehendakkan pengacara yang professional, berkemahiran dan berpengetahuan tentang protokol dan etika majlis serta berketerampilan mengendalikan majlis. 

Menyedari akan keperluan ini, Unit Pengawas SMK Pintu Geng bercadangkan untuk menganjurkan kursus pengacaraan majlis (Bicara Pesona  Sang Pengacara) dalam usaha pihak sekolah menambah jitu nilai dan pesona pengacara majlis terutamanya bagi program-program rasmi sekolah.


2.0               Objektif
2.1               Memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang protokol dan etika pengacaraan.
2.2               Mencungkil dan mengembangkan bakat pengacaraan dalam kalangan pelajar.
2.3               Membentuk keyakinan pelajar dalam bidang pengacaraan.


3.0               Tarikh dan Tempat
                                Tarikh                   :     16 JANUARI 2016     
                                Hari                       :     SABTU
                               Masa                    :     8.30 PAGI – 12.30 TGH
                                Tempat                :     BILIK TAYANG, SMK Pintu Geng


4.0               Kumpulan Sasaran
55 orang ahli unit pengawas sekolah                                                                                            
30Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


5.0               Tentatif Program
(Rujuk Lampiran A)


6.0               Sumber Pendapatan dan Perbelanjaan
(Rujuk Lampiran B)


7.0               Jawatankuasa Program
(Rujuk Lampiran C)


8.0               Yuran
Yuran penyertaan setiap peserta = RM10.00 seorang


9.0               Penutup
Diharapkan kursus yang dicadangkan ini dapat mencapai objektif yang dirangka.  Di samping itu, kursus ini juga diharap dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada para peserta serta impak yang positif kepada pihak sekolah.






Lampiran A


TENTATIF PROGRAM
BICARA PESONA SANG PENGACARA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PINTU GENG



8.00 pagi              :              Pendaftaran Peserta
8.20 pagi              :              Ucapan Aluan pengerusi majlis
8.30 pagi              :              Penerangan dan Teknik Penyampaian
9.30 pagi              :              Aktiviti Berkumpulan (Tugasan Berkumpulan)
10.30 pagi           :              Rehat / Minum Pagi
11.00 pagi           :              Sesi Perbengkelan
12.30 tengahari                :              Bersurai / Makan Tengahari




Lampiran B


SUMBER PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BICARA PESONA SANG PENGACARA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PINTU GENG



SUMBER PENDAPATAN



PERBELANJAAN


JUMLAH BESAR                                                             

  









0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .