Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri
Sumber gambar : Cikgu Zr , Telegram
Sumber Gambar : Cikgu Noorhisyam Mohamad, Telegram.
Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di atas khatulistiwa bumi. Diyakini kejadian ini berlaku sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria akan berlaku ekuinoks atau solstis.
Pada tarikh inilah, waktu siang dan malam sama panjang atau berjangka masa sama di serata tempat di dunia.
Ketika itu, kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Manipulasi tarikan graviti atau kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan, termasuklah ketika fenomena berdiri.
Saintis juga percaya bahawa pada tanggal tersebut, posisi bulan, matahari dan bumi berada pada sudut paksi sejajar. Sama seperti ketika gerhana matahari atau gerhana bulan. Dalam kedudukan sedemikian, ada ketikanya tarikan graviti bumi lebih kuat dari biasa.
Keadaan itu dikatakan mempengaruhi kuning-kuning telur, tertarik sedikit lebih rendah berbanding hari-hari biasa. Perubahan tersebut membuatkan titik berat telur lebih ke bawah sehingga membantu telur untuk berdiri pada hujung elipsnya.
Penjelasan saintifik tentang graviti bagaimanapun kurang diterima oleh sebahagian ahli sains. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Jepun, Ukichiro Nakaya.
Pada tahun 1974, beliau pernah menjalankan eksperimen tentang fenomena itu dan mendapati telur sebenarnya boleh diseimbangkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Menurut Ukichiro lagi, asas untuk membolehkan telur berdiri bergantung pada bintik hitam dan lubang-lubang kecil pada permukaan kulit telur.
Idea yang sama turut digunakan oleh ahli astronomi dari Universiti Minnesota, Frank D. Ghigo. Dia pernah mencuba untuk mengimbang satu dozen telur pada permukaan meja setiap hari antara 27 Februari hingga 3 April 1984.
Daripada uji kaji yang dijalankan, Ghigo mendapati hanya sebilangan telur boleh berdiri tegak pada ekuinoks dan begitu juga pada hari-hari biasa. Lalu beliau menyimpulkan bahawa faktor kesabaran memberi impak besar ke atas kadar mengimbang telur!
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/03/fenomena-ajaib-hari-telur-berdiri.html?m=1#ixzz3zCLkv2TC
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
2015 bukan tahun lompat, tetapi ia mempunyai masa bonus tambahan saat
Subhanallah. Alam ini sesungguhnya ada yang menciptakannya. Sesungguhnya Allah ciptakan alam ini tidaklah sia-sia.
Makna Firman Allah SWT dal;am Surat Ali Imran: 190-191 :
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآَيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (190)
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا
خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191)
“Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang
yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran: 190-191)
Sejak tahun 1820,menurut NASA, purata hari telah meningkat sebanyak kira-kira sepanjang dua milisaat.
Hari ini, Selasa masa bertambah 1 saat. Ia merupakan peristiwa keempat yang sejak 2000 dan yang pertama sejak 2012. Disebabkan variasi atmosfera dan bermusim, setiap hari adalah tidak sama panjang.
Dari tahun 1972 hingga 1999, saat telah ditambah kira-kira sekali setahun, tetapi sejak itu ia belaku pada kadar perlahan. Ahli-ahli sains tidak dapat memastikan punca fenomena ini berlaku.
By Puan Ummi Saturday, November 30, 2013
alam, Berita Dunia, Fenomena Alam, general knowledge, isu semasa, pengetahuan am, renungan, Sains, sains astronomi
COMET ISON berhampiran matahari, menunjukkan tanda-tanda kehidupan
Comet ISON is on a “sungrazing” course for Earth’s nearest star. If
it survives, it could become one of the most brilliant visible comets in
modern history.
Gambar kredit Damian Peach FB Astronomi Falak Online
Subhanallah 11 bilion planet saiz bumi dikesan
Taburan 11 bilion planet yang dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, NASA.
From
the first three years of Kepler data, more than 3,500 potential worlds
have emerged. Since the last update in January, the number of planet
candidates identified by Kepler increased by 29 percent and now totals
3,538. The largest increase of 78 percent was found in the Earth-sized
category.
FIRMAN Allah SWT Maksudnya:
''Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti
(kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu
dustakan?" (QS: Ar Rahman [55}: 37-38)
* Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (QS:
Ali Imran: 190).
* Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan
langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang
kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka. (QS: Al An'aa,:11)
*
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah
perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan
di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia
mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana
lagi Maha Mengetahui. (QS Al-An'aam (Binatang ternak) ayat 73)
Ahli astronomi anggar satu daripada setiap lima bintang mampu simpan air
New
York: Saintis berkata, kira-kira 11 bilion planet yang sama saiz dengan
Bumi dan mengelilingi matahari, wujud di galaksi Bima Sakti dan ada di
antaranya mungkin boleh didiami.
Dengan menggunakan satu
kaedah pintar untuk mengesan exoplanet bersaiz Bumi yang mungkin mereka
terlepas pandang, ahli astronomi menganggarkan bahawa satu daripada
setiap lima bintang pada pusat sistem suria memiliki sebuah planet yang
mampu menyimpan air di permukaannya dan mempunyai bahan kimia yang
menyokong kehidupan.
Kehidupan pintar
Penemuan itu disiarkan dalam Prosiding Akademi Sains
Kebangsaan, mewakili satu lonjakan besar ke arah kemungkinan kehidupan
termasuk kehidupan pintar di alam semesta,” kata ahli astronomi UC
Berkeley, Geoffrey Marcy yang terbabit dalam kajian terbaru itu.
Keputusan menunjukkan bahawa Bima Sakti menempatkan 11 bilion planet
seperti Bumi. Jika planet yang mengorbit bintang kerdil merah dimasukkan
jumlahnya meningkat kepada 40 bilion, kata Marcy.
Bancian planet terbaru
Paling hampir mungkin sejauh 12 tahun cahaya.
Bancian planet terbaru itu berdasarkan data dikumpulkan teleskop
angkasa lepas Kepler, pemburu planet utama NASA. Analisis itu juga
mengenal pasti mengenal pasti 603 exoplanet termasuk 10 planet bersaiz
Bumi yang mengelilingi zon dan boleh didiami.
“Sejak
dilancarkan pada 2009, Kepler membantu mendedahkan pelbagai dunia asing
di Bima Sakti,” kata William Borucki yang mengetuai misi Kepler di Pusat
Penyelidikan Ames, NASA di Mountain View, California.
“Kebanyakannya unik dan aneh termasuk mini Neptune dan super Jupiter yang tidak seperti planet lain dalam sistem suria kita.”
Beberapa planet yang jauh mengandungi air keseluruhannya manakala
yang lain mempunyai ketumpatan yang lebih besar dari besi atau lebih
rendah berbanding Styrofoam.
Daripada beribu-ribu planet yang
dikaji Kepler, ahli astronomi UC Berkeley, Erik Petigura mempunyai satu
soalan: Berapa banyak planet yang serupa seperti Bumi? - AGENSI)Berita Harian)
By Puan Ummi Monday, June 24, 2013
alam, Alam di Malaysia, Berita Dunia, Fenomena Alam, general knowledge, Geografi, pengetahuan am, Sains, sains astronomi
Fenomena Supermoon Jun 2013 Nisfu Syaaban 1434H
Gambar atas diambil di Malaysia Malam Ini Kredit Shahrin Ahmad Shahgazer
Full Moon @ Perigee. Nisfu Sya’ban Full Moon
23 Jun 2013 9:18 PM MYT (13:18 UTC)
Skywatcher 120ED, F=900mm.
Canon 5DMkii, 1/80s, ISO 200
Cropped. Processed in PixInsight
ShahGazer Observatory, Sri Damansara, Malaysia
Gambar-gambar Fenomena Supermoon 2013
Seluruh Dunia
Batman televisyen menunjukkan, yang orang boleh naik di New Jersey State Fair, Sabtu JUN 22, 2013, di East Rutherford, NJ Bulan, yang akan sampai ke peringkat penuh pada hari Ahad, dijangka 13.5 peratus lebih dekat ke bumi semasa fenomena yang dikenali sebagai supermoon
Satu bulan penuh naik belakang Memorial Jefferson di Washington sabtu, 22 Jun, 2013. Yang lebih besar daripada bulan biasa dipanggil "Supermoon" berlaku hanya setahun sekali ini sebagai bulan pada orbit elips adalah pada titik yang paling dekat dengan bumi. (AP Photo / J. David Ake)
SINGAPORE - JUNE 23: A plane passes in front of the haze obscured ' Supermoon' over Singapore on June 23, 2013 in Singapore. The haze eased Sunday with PSI levels stable in the 'moderate' range after a week of record highs. Singapore officials announced they would pursue any local companies found to be involved in the forest fires in Indonesia. (Photo by Chris McGrath/Getty Images)
Super Moon over Stanley Park Vancouver BC.
Gambar 1 ialah Fenomena Supermoon 23 Jun 2013 Di Malaysia. Bulan yang lebih besar dari normal.
Ini kerana kedududkan bulan berada hampir dekat dengan bumi dan fenomena
ini dikenali supermoon. Mesti ramai yang ingin melihat fenomena yang
jarang berlaku ini.
Bulan berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur
dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan
kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Fenomena Supermoon pada 23 Jun 2013 yang lalu atau di kenali sebagai Lunar Perigee
ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi
berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang
berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat
dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
A full moon rises beside an office building in downtown Charlotte, N.C.,
Saturday, June 22, 2013. The larger than normal moon called the
"Supermoon" happens only once this year as the moon on its elliptical
orbit is at its closest point to earth.(AP Photo/Chuck Burton)
Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh
dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan
perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan
akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Asteroid besar 2012 DA14 kian jauhi bumi
Asteroid 2012 DA14
Pelajar USM saksi asteroid
Choon Kiat (tiga dari kiri) menerangkan cara
menggunakan teleskop berkeupayaan tinggi kepada sebahagian pelajar yang
meminati bidang astronomi di balai cerap miliknya di Pulau Betong,
Balik Pulau, Pulau Pinang.
Asteroid besar 2012 DA14 (klik di sini), terbang menghampiri bumi lewat
kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.
Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling
dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700
kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca.
Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit,
dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk, kata pakar kaji bintang
Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin.
Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia klik di sini.
Untuk peminat Astronomi boleh juga lawati Falak Online di sini.
Gambar Video Asteroid 2012 DA14 Melintasi Bumi
Rajah 1 : Asteroid 2012 DA14
Rajah 2: Beberapa ratus satelit mengorbit pada 22.300 km,
lebih tinggi daripada jalan asteroid, tetapi saintis mengatakan peluang ia jatuh ke bumi 1 adalah amat jauh. Walau bagaimanapun, pengendali satelit telah diberi amaran
Rajah 3: Peta animasi kawasan peta negara kawasan bumi yang dilalui 2012 DA14 asteroid antara pukul 18:00 dan 21:30 GMT. Asteroid akan dilihat dari kawasan hijau.
Sumber Image: Geert Barentsen
Rajah 3: Carta pencari ini menunjukkan kedudukan asteroid sepanjang tempoh penglihatan dari bumi. Masa diberikan adalah GMT / UT.
Close shave: An asteroid capable of destroying London has successfully skimmed past the Earth. This image, taken in Australia, shows the huge piece of space rock at it nears Earth.
Sumber; DailyMail
Asteroid
2012 DA14 telah melintasi sangat dekat dengan Bumi pada hari Jumaat, Feb
15. Menurut saintis ia bagaimanapun tidak menimbulkan risiko yang memberi kesan kepada planet
kita. Fenomena Asteroid
2012 DA14 melintasi Bumi boleh dilihat dalam teleskop belakang rumah jika
anda tahu bila dan di mana untuk melihat, tetapi akan menjadi satu
cabaran astronomi, NASA berkata.
Asteroid 2012 DA14 ditemui pada tahun lepas adalah kira-kira separuh saiz padang
bola sepak dan akan pendekatan dalam 17.200 km (27.680 kilometer) Bumi
apabila ia melintasi rapat.
Update,
Sabtu, Feb 16: Asteroid 2012 DA14 telah pun flyby Bumi dan kini
diketuai dari planet kita untuk terus sepanjang orbitnya mengelilingi
matahari.
Bacaan
Radar adalah cara terbaik untuk mendapatkan data bentuk
dan putaran asteroid, Ia kerana pemerhatian dari teleskop radio
berganda boleh digabungkan untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas. Semasa Asteroid 2012 DA14 melintasi bumi, saintis menggunakan teleskop radio di California,
New Mexico dan Puerto Rico untuk menghasilkan set baru imej radar.
Gambar
pertama dari alat 230-kaki NASA (70 meter) di Goldstone,
California.
Teleskop
lain, dari seluruh dunia di beberapa tempat boleh dikongsi melalui Internet pada hari Jumaat. Makmal Pendorongan Jet NASA telah memperolehi gambar dari pelbagai teleskop melalui saluran video Ustream, klik di sini.
Berikut adalah pertemuan lain:
5 pm ET: Teleskop Maya Projek 2.0 membentangkan video live flyby asteroid dari teleskop di Itali, jika cuaca mengizinkan. Tapak Video: Projek Teleskop Maya Watch siaran, Virtual Telescope, Klik di sini.
6
pm ET: cuaca mengizinkan, Tanah Liat Pusat Cerap di Massachusetts
stream real-time, video berdefinisi tinggi dari 6 pm ET sehingga 4 am ET
Sabtu. Watch Clay Observatory Centre Tanah Liat video Pusat pada Ustream.
9
pm ET: Kamera Angkasa Slooh merancang untuk membentangkan beberapa tentang flyby asteroid, disertai dengan ulasan pakar. Imej dipancarkan ke HQ Slooh dari teleskop di Kepulauan Canary dan di Arizona.Lihat Gambar di sini Tonton Live streaming di Slooh Space di sini
Dua Hujan Meteor Malam 14 Ramadhan Ini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan segala isinya. Yang menciptakan segala sesuatu dengan kadar dan ukuran masing-masing.
Kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan percubaan PMR, semoga anda sudah ebrsedia daripada aspek rohani, jasmani, mental dan jiwa yang kental. Di malam ramadan yang mulia ini, eloklah anda bermunajat kepada Allah, emmohon doa, agar anda berjaya dengan ceemrlang dalam peperiksaan PMR dan kehidupan anda seterusnya, dan segala doa-doa yang baik.
Sebagai salah seorang pecinta ilmu dan meminati astronomi, err, pengkagum Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama negara kita, walaupun saya tak dapat nak jadi angkasawan negara, he he, tapi saya kira elok saya catatkan di sini penemuan National Geografi Indonesia berkenaan Fenomena Hujan meteor yang dijangka berlaku malam ni.
Menariknya, dijangka, berlaku 2 jenis hujan meteor di langit luas itu. Gambaran seperti di bawah ini.
Fenomena Hujan Meteor
Tips mengamati hujan meteor
- Cari tempat yang lapang dan tidak terhalang untuk melihat langit
- Cari tempat yang cukup gelap terhindar dari silau dan pancaran cahaya
- Meteor akan terlihat dengan mata kasar kita, tak perlu alat khusus (teropong). Teropong justru akan mempersempit area sudut pandang.
- Adaptasikan mata paling sedikit 45 menit untuk membiasakan penglihatan pada kondisi gelap.
- Siapkan baju pelindung dari kesan buruk cuaca (angin/dingin).
- Bawa kerusi/sandaran untuk bisa menopang badan melihat ke atas dalam waktu lama.
- Gunakan lotion anti nyamuk.
- Bawa teman untuk mengamati.
- Rakam atau foto dengan kamera.
Bagi yang ingin menyaksikan keagungan ciptaan Allah ini, bersiap-siap untuk bangun malam ya… Sambil menunggu waktu sahur, baca Al Quran dan persiapkan diri pergi keluar.
Kalau sesiapa ada ter ambil gambar fenomena tersebut, bagitahulah saya ya. Bolehlah saya tengok sekali, ye...:)
Oklah nak tau lanjut sila klik kat sini, Dua Hujan Meteor di Malam Bulan Ramadhan 1432 Ini, di sini.
Sekian wassalam
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .