Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Tip Menjelang Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Tip Menjelang Peperiksaan. Show all posts

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER KEPADA SEMUA PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KPM

SELAMAT MENDUDUKI  UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER KEPADA SEMUA PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KPM





Selamat menduduki Peperiksaan Ujian Pertengahan Semester kepada Pelajar Program Satu Tahun Sem 2 2016 dan juga Pelajar PDT (Program Dua Tahun) Sem 2 dan Sem 4 2016. Khususnya kepada pelajar KMPh (Kolej Matrikulasi Pahang Gambang). Sahabat YADIM KMPh, JPP, PRD, JAKTEE dan semua anak-anak pelajar KMPh. Semoga Allah mengiringi kejayaan anak-anak.

Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM

Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM


Buat semua calon SPM 2013.
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.




MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3.Lihat semua soalan.

4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.


Artikel sebelum ini, Menjelang Peperiksaan, sila klik di sini.


SEDIKIT PERKONGSIAN DOA JIKA TERLUPA

Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.





Doa apabila terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -


Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 
Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
   

Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana

Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anak-anak...yang rajin menatap tulisan saya di sini dan kemudian kita berdiskusi kembali di sekolah, terima kasih saya ucapkan. Masa memang amat cemburu dnegan kita, kan. Masa mengenali anak-anak cuma dalam tempoh 9 bulan rasanya belum cukup untuk saya mengenali keseluruhan diri anak-anak. Namun, saya ucapkan ribuan terima kasih anak-anak sentiasa tidak jemu membuat temu janji dengan saya hingga ada yang merajuk hati. Maaf ya anak-anak. 



      Saya tidak dapat memuaskan hati semua anak-anak, tetapi saya cuba membantu secara umum. Anak-anak perlu utamakan proses P&P. Saya sedia bertemu anak-anak di luar waktu sekolah agar tidak mengganggu PNP anak-anak. Terima kasih ya anak-anak, kerana sentiasa membuatkan perkhidmatan kaunseling ini sentiasa HOT MARKET. 

Soalan PMR Pecutan Akhir Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi 2013

Soalan PMR Pecutan Akhir Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi 2013

 
Bahan bantu saat akhir menjelang PMR yang tinggal tak berapa hari saja lagi ni diusahakan oleh Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan (MGCK) dengan kerjasama Kelas Cikgu Mariyam (KCM). 

Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan

Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan

Memandangkan kita semakin menuju ke penghujung Tahun 2013. Peperiksaan juga semakin hampir. Peperiksaan Percubaan SPM Pahang telah BERMULA pada 29 Ogos 2013 lalu. Peperiksaan PMR Percubaan sudah pun melabuhkan tirainya. Peperiksaan PMR 2013 akan bermula pada 2 Oktober 2013. Manakala Peperiksaan SPM akan bermula pada 6 November 2013 dengan Kertas BM sebagai kertas peperiksaan pertama yang bakal calon SPM 2013 duduki.

Selain para guru yang semakin sibuk mengadakan kelas tambahan dan latih tubi soalan bentuk peperiksaan sebenar kepada para pelajarnya, para ibu bapa juga digalakkan membuat langkah persediaan bagi anak-anak menghadapi peperiksaan.

Pada saat-saat akhir ini, apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha dan selebihnya berdoa agar dia mampu memberikan yang terbaik. Petua untuk membantu anak menghadapi peperiksaan yang antara lainnya:-
 
1) Doa, fikir, cakap dan yakin anak akan berjaya.
2) Membentuk suasana yang tenang di rumah
3) Pengorbanan ahli keluarga dengan membantu, menemaninya sewaktu belajar dan menutup TV
4) Menyediakan getaran positif untuknya di rumah dengan mengelakkan gaduh, marah & rajuk.


TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN

TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu.

Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari.  Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti. 


 Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.

Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN 

Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Lepar Hilir, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 akan bermula pada 29 Julai 2013.  Semoga anda telah bersedia dengan bekalan secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya. 

Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA

Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA


 Madah Hikmah; 
Kejayaan bukan suatu destinasi, tapi ia adalah suatu perjalanan. semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi. Ianya tida berpenghujung.(Kata Pujangga)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ke hadapan para pelajar calon PMR 2011, khususnya di SMKJP2, dan seluruh Malaysia amnya, yang membaca dan menemui blog catatan Cikgu Kaunseling ini.
Apa khabar anda? Semoga sihat-sihat sahaja. Debaran PMR telah dirasa. Tinggal esok, tidak sampai 24 jam sahaja, Peperiksaan PMR akan anda hadapi. Lalu, tip ini, Dunia Cikgu Kaunseling, kongsikan bersama.
Saya dedikasikan, entry ini, Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA, untuk semua pelajar SMKJP2, termasuk bekas pelajar SMKJP2 yang kini berada di UiTM, yang sedang menghadapi peperiksaan semesternya, (thanks for your SMS, Faiz), kaum kerabat/keluarga saya yang mengambil peperiksaan PMR ini.

Peperiksaan PMR, Sebagaimana peperiksaan awam yang lain, adalah suatu peperiksaan yang penting dalam fasa kehidupan seorang pelajar sekolah menengah. Maka, hadapilah ia dengan tenang, dan tidak gugup.
Selama ini, anda telah berusaha. Guru-guru SMKJP2 juga telah berusaha. Pelbagai kelas tambahan diadakan, termasuk waktu cuti sekolah, untuk kebaikan dan faedah para pelajar. 

Perkampungan Ilmu Untuk Pelajar Tingkatan 3, Hasil Inisiatif semua guru dan AJK PIBG SMKJP2, pada 23,24, dan 25 September 2011, pun telah anda sertai.

Maka di saat akhir ini, teruskanlah doa dan usaha sistematik anda. 

Anda rasa lemah? Tak yakin? Sedang hadapi konflik besar, yang dirasakan tak tertanggung oleh bahu anda, sedang peperiksaan perlu anda hadapi? 
Kekuatan, tidak datang dari kemampuan fizikal. Tetapi ia datang dari semangat yang tak pernah mengalah. PERCAYALAH, anda mampu melaluinya!
Jom hayati Maksud Firman Allah ini:

'dan janganlah kamu lemah dan jangan pula kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu org yang beriman..'
(al-Imran:139)
INGAT, para pelajar. Pembelajaran itu salah satu proses untuk melangkapkan diri sebelum bertemu denganNya. Orang yang belajar akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga. Oleh itu manfaatkan segala peluang yang diberikan Allah ini.
 
Bagaimana anda ingin memperolehi ketenangan, ketika saat-saat akhir menjelang peperiksaan?
Sedikit perkongsian, Bagi pelajar Muslim, cara untuk memperolehi ketenangan:

1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah


“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.”
(Surah al- Baqarah 2:45)


2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan

"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.

3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan

Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul.



4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah. Ini sebagaimana firman Allah SWT:
 Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 
(Terjemahan Surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.)


5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah

Ertinya; Iaitu Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."   
                                            (Ar-Ra'd: 28)
Untuk maklumat berkaitan Hala Tuju Selepas PMR, anda boleh klik di sini, http://raudhatulukhuwah.com/?p=2934

Amalkan doa pagi, petang, atasi masalah jiwa, sila  klik di sini, http://raudhatulukhuwah.com/?p=2934

 Berikut ialah sedikit perkongsian Tip Menghadapi Peperiksaan pada saat akhir.
SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
 



  • Elakkan konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi.Konflik keluarga, konflik ibubapa, konflik cinta dan segala macam konflik, buang jauh-jauh dari minda anda.



  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan mata pelajaran.



  • Ulangkaji nota secara konsisten.



  • Bina dan jawab soalan daripada nota.



  • Berjumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan.



  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.



  • Jadi guru dan ajar rakan-rakan anda berkaitan sesuatu topik.



  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan mata pelajaran tepat.



  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.



  • JAGA KESELAMATAN ANDA, Samada di rumah, di sekolah, dan di jalan raya khususnya.

  • PADA HARI PEPERIKSAAN




  • Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan. Kalau boleh, tak perlu menonton TV. Selewat-lewatnya pukul 10 malam, anda sudah tidur.



  • Solat Fardhu, usah dilupa tau.



  • Pastikan anda bangun awal. Kalau boleh, pukul 5 pagi, anda sudah bangun tidur, dan mempersiapkan diri.



  • Solat tahajud dan solat hajat, bagi pelajar Muslim.



  • Bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Jadi, sebelum ke dewan peperiksaan. anda sudah mengambil makanan berkhasiat dan minuman berkhasiat.



  • Datang awal ke dewan peperiksaan.



  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan pada saat akhir bersama-sama rakan.



  • Berfikiran positif dan bersikap optimis.



  • Bercakap dengan rakan sekiranya ia dapat memberikan ketenangan kepada anda. 


  • SEMASA PEPERIKSAAN



  • Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri.



  • Baca arahan dengan teliti.



  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya.



  • Baca setiap soalan dengan teliti.



  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.



  • Uruskan masa bagi menjawab dan menyemak jawapan bagi setiap soalan.



  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberikan perhatian pada soalan yang sukar.



  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.



  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdakwat terang (hitam).



  • Jawapan hendaklah padat dan mudah dibaca.


  • SELEPAS PEERIKSAAN



  • Elakkan daripada berbincang bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.



  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.



  • Yakin lah bahawa anda telah membuat yang terbaik dalam peperiksaan.



  • Bertenang dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang berikutnya.


  • PETUA MENDAPAT KEBERKATAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN



  • Memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru sebelum menduduki peperiksaan.



  • Mengambil air sembahyang.



  • Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan.



  • Membaca Bismillah.



  • Membaca surah Ash-Syarh sebanyak sepuluh (10) kali sebelum mula menjawab soalan.



  • Memohon doa kepada Tuhan.

  • PERANAN IBUBAPA
     
    1.  Menyediakan makanan yang halal, berkualiti dan bersih.
    2.  Menggalakkan anak beriadah selama 20 minit 3 kali seminggu.
    3.  Memastikan anak tidur secukupnya selama 6-7 jam sehari.
    4.  Memberi pengukuhan dan kekuatan rohani seperti solat hajat, berdoa, dan membaca Al-Quran.
    5.  Memastikan anak membuat latih tubi secukupnya.
    6.  Menjaga keselamatan dan kesihatan anak.


    Sekian, wassalam.

    Amalan Harian Pelajar Cemerlang

    Amalan Harian Pelajar Cemerlang 



    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar para pelajar? Semoga sihat-sihat sahaja. Bagi yang tidak sihat, usah biarkan kesihatan anda terjejas tanpa dirawat. Usahakan pergi ke Klinik Kesihatan terdekat dengan segera. Ambil ubat dengan teratur. Banyakkan minum air mineral/ air kosong/ air masak. Tambahan pula pada musim cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

    Oh ya. bagaimana dengan peperiksaan anda? 

    Baiklah pada entry kali ini, saya muatnaik 12 tip amalan harian pelajar cemerlang. Semoga perkongsian ini dapat memebri manfaat dan membantu pelajar mempersiapkan diri menajdi pelajar cemerlang, bukan setakat dalam bidang akademik bahkan jua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.



    TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

    1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya

    Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

    2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti

    Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.

    Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

    3. Bertekad dan sabar
    Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

    4. Pengurusan masa

    Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

    5. Istiqamah dengan jadual harian

    Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

    6. Tidak mudah kecewa


    Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

    7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain

    Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

    8. Berdoa

    Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

    9. Mementingkan kesenangan jangka panjang

    Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

    10. Memikirkan pengorbanan keluarga


    Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

    11. Mencari rakan berdisiplin

    Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

    12. Sedikit tetapi berterusan


    Semasa membuat latih tubi sendiri di rumah anda, pastikan anda biasakan diri menjawab soalan dengan mengikut tempoh masa sebenar seperti dalam peperiksaan awam.

    Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan pada latih tubi berkenaan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti. Lakukan dengan istiqamah, inshaAllah kecemerlangan pasti diperolehi.

    sekian wassalam,

    MUET 2011

    MUET 2011



    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan MUET buat calon-calon MUET yang bakal menduduki peperiksaan MUET  bermula 4 April 2011 nanti.

    Kepada adik-adik yang berada di kampus, MUET ni kalau hendah dapat degree sekurang-kurangnya kena bagi MUET ni dapat band3.

    Boleh tinjau entry saya sebelum ni:

    Tip MUET, klik sini.

    Bit Taufiq Wan Najah, InshaAllah.

    readmore..







    Sekian, wassalam.


    Rehat seketika elak tekanan


    Rehat seketika elak tekanan

    Semoga pelajar-pelajar yang menduduki SPM dapat menjawabnya dengan tenang. Terutama bekas pelajar saya, di TJ dan di Felda Bandar TR. Amin. Tips dari Cikgu  Normah boleh diambil perhatian. Jom kita kongsi tips Motivator Osman Affan

    Oleh Noriah Idris
    nori@hmetro.com.my


    “APABILA calon asyik memikirkan peperiksaan, mahu tidak mahu mereka akan rasa berdebar dan bimbang.

    “Ini kerana mereka bimbang jika tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Apa yang perlu dilakukan ialah me rehatkan minda buat seketika dengan melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian.

    “Contohnya, bersukan yang tidak terlalu berat, berjalan di taman atau di kawasan perumahan, menonton televisyen dan bermain permainan video.

    “Namun, ini hanya untuk mengalihkan perhatian buat seketika. Elak daripada melakukan semua aktiviti ini terlalu lama hingga hilang masa untuk belajar dan mengulangkaji,” kata pengendali program motivasi, Osman Affan.

    Dia tidak menafikan, debaran yang semakin rancak setiap hari itu boleh mengganggu persediaan yang dijalankan.

    “Jika anda sedang membuat persiapan terakhir untuk peperiksaan dan mula berasa resah, gelisah, tidak tenteram dan tak boleh menumpukan perhatian, mohonlah bantuan ibu bapa serta keluarga.

    “Mereka paling rapat dengan anak dan ingin melihat anak berjaya dalam peperiksaan, seterusnya masa depan ma sing-masing.

    “Bantuan apakah yang perlu diminta? Ini terpulang kepada situasi anda. Jika anda menghadapi masalah belajar kerana adik-beradik suka membuat bising, minta kerjasama supaya mereka tidak mengganggu. Minta ibu bapa jelaskan kepada adik-beradik daripada menambahkan bebanan yang sedang ditanggung.

    “Jika ada ibu bapa menyuruh anda melakukan perkara itu dan ini menjelang peperiksaan, terangkan dengan baik yang anda sedang bersedia menghadapi peperiksaan. Anda per lukan lebih masa untuk belajar dan mengulang kaji,” ka tanya.

    Untuk mereka yang mengalami tekanan perasaan, luangkan masa berbual-bual dengan ibu bapa dan ahli keluarga tanpa berbicara mengenai peperiksaan kerana ia akan menam bahkan resah.

    “Selain itu, dalam kesungguhan untuk mendapat keputusan baik, ada pelajar yang terlupa untuk berehat dan ada yang mula mengabaikan masa tidur. Belajar hingga lewat malam menunjukkan seseorang pelajar itu bekerja keras dan bakal berjaya sebenarnya satu tanggapan salah,” katanya.

    Dia turut mengingatkan calon bahawa aset utama pelajar ialah otak mereka. Mereka perlukan otak dalam keadaan segar dan cergas untuk mengingati serta memahami pelajaran.

    “Namun, jika otak dalam keadaan letih dan lesu akibat kurang rehat serta tidur, bagaimana proses ulangkaji menjadi sesuatu yang berkesan? Bayangkan pelumba kereta yang mahu berlumba dengan kereta yang rosak. Bolehkah dia menang?” katanya yang mengendalikan motivasinya me nerusi www.MotivasiBelajar.com.

    Osman turut menyarankan waktu tidur awal manakala waktu terbaik adalah sebelum jam 12 tengah malam dan sebaik-baiknya antara jam 10 hingga 11 malam.

    Namun, calon peperiksaan disarankan bangun awal ke esokan harinya untuk menyambung belajar. Ini akan mem buat otak lebih segar dan bertenaga sekali gus lebih mudah untuk mengingati pelajaran.

    Berikut panduan yang boleh dimanfaatkan oleh calon peperiksaan dan ahli keluarga mereka:

    # Yakinkan anak jika cukup tidur dan rehat, mereka rasa selesa semasa belajar. Selain itu, ibu bapa harus berikan bantuan dengan menimbulkan rasa yakin anak boleh meng hadapi peperiksaan dengan baik.

    # Sebagai ibu bapa, hentikan membebel dan menyuruh anak belajar setiap masa. Ini berlaku kerana ibu bapa sendiri yang rasa berdebar dan bimbang, sama seperti anak mereka yang bakal menghadapi peperiksaan.

    Akibatnya, ibu bapa mudah melepaskan rasa berdebar itu dengan leteran pada anak.

    # Elakkan daripada terlalu mengingatkan anak mengenai peperiksaan kerana anak mempunyai cara mereka tersen diri.

    # Sebagai ibu bapa, bantu anak menyediakan apa yang mereka perlukan seperti tempat belajar selesa, alat tulis dan buku.

    Elakkan daripada cuba membantu dengan mengingatkan mereka mengenai peperiksaan setiap masa. Semakin banyak anda bercerita mengenai peperiksaan, semakin kuat tekanan perasaan yang mereka alami.

    # Tanya anak-anak secara bersahaja mengenai persiapan mereka. Anda cuma perlu senyum dan tanya, “Macam mana dengan persiapan? Ok ke tidak?” Elakkan daripada me nunjukkan anda resah dan berdebar kerana ia akan membuat keadaan mereka lebih teruk.

    # Menjelang peperiksaan, ibu bapa perlu kurangkan ber ceramah mengenai kepentingan mendapat keputusan pe periksaan yang baik. Anak-anak sudah tahu perkara itu.

    Mereka sudah diingatkan sepanjang tahun di rumah dan di sekolah. Semasa makan bersama, anak-anak yang sibuk belajar perlukan masa untuk melegakan fikiran mereka.

    # Selain itu, jangan asyik berceramah mengenai kesan buruk jika keputusan tidak baik. Ini juga boleh membuatkan mereka lebih tertekan.

    # Dalam program pecutan akhir menjelang peperiksaan, satu perkara yang amat dititikberatkan ialah rasa tenang semasa menghadapi peperiksaan.

    Perasaan tenang boleh membuat pelajar rasa lebih selesa dan mudah ingat apa saja yang sudah dipelajari. Satu cara paling mudah untuk menenangkan hati dan perasaan ialah melalui doa.

    # Berdoa, bayangkan apa yang diminta menjadi kenyataan. Selepas solat bersama keluarga, bapa atau imam berdoa dengan kuat (supaya boleh didengar dengan jelas oleh makmum) dengan memohon ketenangan hati dan keupayaan untuk mencapai kejayaan.

    Jika boleh, berdoa dalam bahasa ibunda supaya apa yang didoakan difahami oleh sesiapa yang didoakan itu. Ini pasti akan menambahkan rasa tenang di dalam hati.

    Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006

    Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006

    CEMERLANG... Nadiah Amirah Jamil yang memperoleh 19 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 menunjukkan 19 kertas soalan mata pelajaran yang diambilnya di Kampung Sungai Tongkang Tambak, Batu Pahat, Johor, semalam. – Gambar Ishak Rahmad.

    BATU PAHAT 4 Mac 2007; – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang akan diumumkan pada 12 Mac ini dijangka menyaksikan satu lagi rekod baru dilakarkan apabila seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Pekan Rengit dekat sini berjaya memperoleh 19 1A.



    Pelajar pintar itu, Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon.


    Berita kejayaan itu dibayangkan kepada Nadiah Amirah oleh pegawai Kementerian Pelajaran yang menghubunginya pada 24 Januari lalu bagi mendapatkan biodatanya.
    Pengumuman kejayaan itu kelak, jika benar, akan memadamkan rekod Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram dekat Johor Bahru yang mendapat 17 1A dalam SPM 2004.



    Nadiah Amirah, anak sulung daripada tiga beradik, mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi (EST).



    Dia juga mengambil subjek Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tasaur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Teras, Geografi dan Sastera.
    Gadis ini sememangnya pelajar pintar sejak di sekolah rendah lagi apabila mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, Rengit.
    Keputusan itu melayakkannya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kluang dan dia sekali lagi mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
    Demi cita-citanya untuk memadamkan rekod Nur Amalina yang menjadi idolanya, Nadiah Amirah sanggup meninggalkan segala kemudahan di sekolah berasrama penuh untuk kembali menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.
    Tanpa had
    Ketika ditemui Utusan Malaysia, Nadiah Amirah berkata, hanya di sekolah biasa sahaja seseorang pelajar dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tanpa had dalam peperiksaan SPM.
    Katanya, jika dia hendak menyaingi Nur Amalina, dia kena bertukar ke sekolah biasa.
    Usaha dan pengorbanannya itu berbaloi dengan kejayaan cemerlang sebagai pelajar tunggal yang memperoleh 19 1A.
    Namun apa yang pasti, Johor sekali lagi bakal melahirkan seorang pelajar pintar daripada keluarga sederhana.
    Kata Nadiah Amirah: “Keazaman dan cita-cita mengatasi segalanya.”
    Bapa Nadiah Amirah, Jamil Omar, 55, ialah guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon manakala ibunya, Zakiah Zakaria, 51, mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Rengit.
    Sumber; Utusan Malaysia 5/3/2007

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .