Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Rehat seketika elak tekanan


Rehat seketika elak tekanan

Semoga pelajar-pelajar yang menduduki SPM dapat menjawabnya dengan tenang. Terutama bekas pelajar saya, di TJ dan di Felda Bandar TR. Amin. Tips dari Cikgu  Normah boleh diambil perhatian. Jom kita kongsi tips Motivator Osman Affan

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my


“APABILA calon asyik memikirkan peperiksaan, mahu tidak mahu mereka akan rasa berdebar dan bimbang.

“Ini kerana mereka bimbang jika tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Apa yang perlu dilakukan ialah me rehatkan minda buat seketika dengan melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian.

“Contohnya, bersukan yang tidak terlalu berat, berjalan di taman atau di kawasan perumahan, menonton televisyen dan bermain permainan video.

“Namun, ini hanya untuk mengalihkan perhatian buat seketika. Elak daripada melakukan semua aktiviti ini terlalu lama hingga hilang masa untuk belajar dan mengulangkaji,” kata pengendali program motivasi, Osman Affan.

Dia tidak menafikan, debaran yang semakin rancak setiap hari itu boleh mengganggu persediaan yang dijalankan.

“Jika anda sedang membuat persiapan terakhir untuk peperiksaan dan mula berasa resah, gelisah, tidak tenteram dan tak boleh menumpukan perhatian, mohonlah bantuan ibu bapa serta keluarga.

“Mereka paling rapat dengan anak dan ingin melihat anak berjaya dalam peperiksaan, seterusnya masa depan ma sing-masing.

“Bantuan apakah yang perlu diminta? Ini terpulang kepada situasi anda. Jika anda menghadapi masalah belajar kerana adik-beradik suka membuat bising, minta kerjasama supaya mereka tidak mengganggu. Minta ibu bapa jelaskan kepada adik-beradik daripada menambahkan bebanan yang sedang ditanggung.

“Jika ada ibu bapa menyuruh anda melakukan perkara itu dan ini menjelang peperiksaan, terangkan dengan baik yang anda sedang bersedia menghadapi peperiksaan. Anda per lukan lebih masa untuk belajar dan mengulang kaji,” ka tanya.

Untuk mereka yang mengalami tekanan perasaan, luangkan masa berbual-bual dengan ibu bapa dan ahli keluarga tanpa berbicara mengenai peperiksaan kerana ia akan menam bahkan resah.

“Selain itu, dalam kesungguhan untuk mendapat keputusan baik, ada pelajar yang terlupa untuk berehat dan ada yang mula mengabaikan masa tidur. Belajar hingga lewat malam menunjukkan seseorang pelajar itu bekerja keras dan bakal berjaya sebenarnya satu tanggapan salah,” katanya.

Dia turut mengingatkan calon bahawa aset utama pelajar ialah otak mereka. Mereka perlukan otak dalam keadaan segar dan cergas untuk mengingati serta memahami pelajaran.

“Namun, jika otak dalam keadaan letih dan lesu akibat kurang rehat serta tidur, bagaimana proses ulangkaji menjadi sesuatu yang berkesan? Bayangkan pelumba kereta yang mahu berlumba dengan kereta yang rosak. Bolehkah dia menang?” katanya yang mengendalikan motivasinya me nerusi www.MotivasiBelajar.com.

Osman turut menyarankan waktu tidur awal manakala waktu terbaik adalah sebelum jam 12 tengah malam dan sebaik-baiknya antara jam 10 hingga 11 malam.

Namun, calon peperiksaan disarankan bangun awal ke esokan harinya untuk menyambung belajar. Ini akan mem buat otak lebih segar dan bertenaga sekali gus lebih mudah untuk mengingati pelajaran.

Berikut panduan yang boleh dimanfaatkan oleh calon peperiksaan dan ahli keluarga mereka:

# Yakinkan anak jika cukup tidur dan rehat, mereka rasa selesa semasa belajar. Selain itu, ibu bapa harus berikan bantuan dengan menimbulkan rasa yakin anak boleh meng hadapi peperiksaan dengan baik.

# Sebagai ibu bapa, hentikan membebel dan menyuruh anak belajar setiap masa. Ini berlaku kerana ibu bapa sendiri yang rasa berdebar dan bimbang, sama seperti anak mereka yang bakal menghadapi peperiksaan.

Akibatnya, ibu bapa mudah melepaskan rasa berdebar itu dengan leteran pada anak.

# Elakkan daripada terlalu mengingatkan anak mengenai peperiksaan kerana anak mempunyai cara mereka tersen diri.

# Sebagai ibu bapa, bantu anak menyediakan apa yang mereka perlukan seperti tempat belajar selesa, alat tulis dan buku.

Elakkan daripada cuba membantu dengan mengingatkan mereka mengenai peperiksaan setiap masa. Semakin banyak anda bercerita mengenai peperiksaan, semakin kuat tekanan perasaan yang mereka alami.

# Tanya anak-anak secara bersahaja mengenai persiapan mereka. Anda cuma perlu senyum dan tanya, “Macam mana dengan persiapan? Ok ke tidak?” Elakkan daripada me nunjukkan anda resah dan berdebar kerana ia akan membuat keadaan mereka lebih teruk.

# Menjelang peperiksaan, ibu bapa perlu kurangkan ber ceramah mengenai kepentingan mendapat keputusan pe periksaan yang baik. Anak-anak sudah tahu perkara itu.

Mereka sudah diingatkan sepanjang tahun di rumah dan di sekolah. Semasa makan bersama, anak-anak yang sibuk belajar perlukan masa untuk melegakan fikiran mereka.

# Selain itu, jangan asyik berceramah mengenai kesan buruk jika keputusan tidak baik. Ini juga boleh membuatkan mereka lebih tertekan.

# Dalam program pecutan akhir menjelang peperiksaan, satu perkara yang amat dititikberatkan ialah rasa tenang semasa menghadapi peperiksaan.

Perasaan tenang boleh membuat pelajar rasa lebih selesa dan mudah ingat apa saja yang sudah dipelajari. Satu cara paling mudah untuk menenangkan hati dan perasaan ialah melalui doa.

# Berdoa, bayangkan apa yang diminta menjadi kenyataan. Selepas solat bersama keluarga, bapa atau imam berdoa dengan kuat (supaya boleh didengar dengan jelas oleh makmum) dengan memohon ketenangan hati dan keupayaan untuk mencapai kejayaan.

Jika boleh, berdoa dalam bahasa ibunda supaya apa yang didoakan difahami oleh sesiapa yang didoakan itu. Ini pasti akan menambahkan rasa tenang di dalam hati.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .