Permohonan ke Institut Penilaian Negara Julai 2013
Lepasan SPM Peluang Lanjutkan Pengajian ke
Institut Penilaian Negara
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM, terutamanya lepasan SPM SMK LEPAR HILIR, SMK
Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2, anda boleh memohon melanjutkan
pengajian anda ke Institut Penilaian Negara.
Pernah tak dengar tentang
institusi ini? Mesti pernah dengar kan? Bagi pelajar yang pernah
berjumpa saya dan meminati bidang kerjaya pengukuran dan penilaian harta
tanah, ada saya jelaskan Institusi Awam ini.
Peta INSPENS
Permohonan secara ‘On-Line’ untuk pengambilan Sijil
Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah
(SPGT) sudah DIBUKA.
Program Akademik Yang Ditawarkan
INSPEN menawarkan tiga (3) program peringkat sijil iaitu:
- Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
- Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
- Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)
Program akademik ini (SPHT dan SPGT) ditawarkan kepada
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara sepenuh masa selama dua tahun
termasuk Latihan Industri di organisasi berkaitan. Program akademik lain akan
diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Pengiktirafan Kelayakan
Permohonan Program Sijil Harta Tanah INSPEN Lepasan SPM
(Artikel ini telah disiarkan pada 7 Septmber 2012 dan akan menjadi entry awal hingga 5pm 13/9/2012)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita gembira kepada lepasan SPM 2011, yang berminat menceburi bidang Penilaian Harta Tanah, anda dipelawa memohon melanjutkan pengajian ke INSPEN.
Bagi saya, peluang untuk para pelajar sekarang melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam semakin meluas. Jadi Cepat ya. Bagi lepasan SPM yang berminat, boleh mohon sekarang. Tarikh tutup pada 19 September 2012.
Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA atau ke IPTS di blog ini, adalah secara percuma dan tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan dalam bidang pendidikan sebenarnya.
Jadi, para lepasan SPM yang belum mendapat tawaran ke mana-mana IPT, apakata anda mohon INSPEN?
Berminat dengan Pendidikan Harta Tanah? Inilah peluangnya. INSTITUT PENILAIAN NEGARA, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia (INSPEN), menawarkan kursus di peringkat sijil, terbuka kepada Lepasan SPM, iaitu;
• Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
• Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
SPHT adalah program pertama seumpamanya yang dijalankan di Malaysia.
Kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan
bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.
Lepasan SPM Peluang Lanjutkan Pengajian ke
Institut Penilaian Negara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM, terutamanya lepasan SPM SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2, anda boleh memohon melanjutkan pengajian anda ke Institut Penilaian Negara. Pernah tak dengar tentang institusi ini? Mesti pernah dengar kan? Bagi pelajar yang pernah berjumpa saya dan meminati bidang kerjaya pengukuran dan penilaian harta tanah, ada saya jelaskan Institusi Awam ini.
Peta INSPENS
PERMOHONAN ‘ON-LINE’ UNTUK SPHT & SPGT SUDAH
DIBUKA!!!
Permohonan secara
‘On-Line’ untuk pengambilan Sijil
Penilaian Harta Tanah (
SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah
(
SPGT) sudah
DIBUKA.
Program Akademik Yang Ditawarkan
INSPEN menawarkan tiga (3) program peringkat sijil iaitu:
- Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
- Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
- Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)
Program akademik ini (SPHT dan SPGT) ditawarkan kepada
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara sepenuh masa selama dua tahun
termasuk Latihan Industri di organisasi berkaitan. Program akademik lain akan
diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Pengiktirafan Kelayakan
- Program SPHT dan SPGT berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Kurikulum SPHT dan SPGT diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Kurikulum SPHT dan SPGT disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu
Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta
Tanah Malaysia (LPPEH)
- SPHT INSPEN telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai
setaraf dengan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Lulusan SPHT INSPEN yang menjawat jawatan Pembantu Penilaian Gred W17 dalam
Perkhidmatan Awam Malaysia menikmati tangga gaji permulaan pada peringkat P1T9
- Graduan SPHT INSPEN boleh meneruskan pengajian ke peringkat Diploma
Pengurusan Harta Tanah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan menikmati
pengecualian kredit
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .