Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan ke Institut Penilaian Negara Julai 2013

Permohonan ke Institut Penilaian Negara Julai 2013

Lepasan SPM Peluang Lanjutkan Pengajian ke 
Institut Penilaian Negara




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM, terutamanya lepasan SPM SMK LEPAR HILIR,  SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2, anda boleh memohon melanjutkan pengajian anda ke Institut Penilaian Negara. 

Pernah tak dengar tentang institusi ini? Mesti pernah dengar kan? Bagi pelajar yang pernah berjumpa saya dan meminati bidang kerjaya pengukuran dan penilaian harta tanah, ada saya jelaskan Institusi Awam ini. 

Peta INSPENS

 Permohonan secara ‘On-Line’ untuk pengambilan Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) sudah DIBUKA.

Program Akademik Yang Ditawarkan
INSPEN menawarkan tiga (3) program peringkat sijil iaitu:
  • Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
  • Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
  • Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)
- Brosur (Mod Sepenuh masa)
- Brosur (Mod Separuh masa)

Program akademik ini (SPHT dan SPGT) ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara sepenuh masa selama dua tahun termasuk Latihan Industri di organisasi berkaitan. Program akademik lain akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Pengiktirafan Kelayakan


  • Program SPHT dan SPGT berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Kurikulum SPHT dan SPGT diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Kurikulum SPHT dan SPGT disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH)
  • SPHT INSPEN telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai setaraf dengan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Lulusan SPHT INSPEN yang menjawat jawatan Pembantu Penilaian Gred W17 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia menikmati tangga gaji permulaan pada peringkat P1T9
  • Graduan SPHT INSPEN boleh meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Harta Tanah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan menikmati pengecualian kredit



Latar Belakang



INSPEN menawarkan khidmat pengajian peringkat sijil kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT). SPHT adalah program akademik sulung yang diperkenalkan pada tahun 2004 dan diikuti dengan SPGT pada tahun 2008. Tempoh pengajian ialah selama dua (2) tahun secara sepenuh masa yang meliputi lima (5) semester, termasuk satu (1) semester untuk Latihan Industri.



Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke pengajian peringkat sijil di INSPEN adalah rakyat Malaysia berumur antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf, dengan kelayakan minimum berikut:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan;
  • Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain;
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan
  • Lulus dalam satu (1) mata pelajaran lain.

Sistem dan Penilaian Pengajian

Sistem pengajian di INSPEN adalah berdasarkan semester yang meliputi:

  • Kuliah dan tutorial;
  • Latihan amali makmal/studio; dan
  • Latihan Industri

Penilaian pengajian adalah secara individu berdasarkan kerja kursus dan pembentangan, projek dan pembentangan berkumpulan, ujian, kuiz, lawatan kerja serta peperiksaan akhir.

Yuran Pengajian

Yuran pengajian adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian : RM200.00 setiap semester
  • Yuran Kemudahan : RM80.00 setiap semester
  • Yuran Lain-Lain : RM85.00 setiap semester

Kurikulum Pengajian

Kurikulum pengajian adalah berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran dalam bidang penilaian dan pengurusan harta tanah.

  • Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)

BIL.
SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH (SPHT)
JAM KREDIT

SEMESTER 1

1
PENILAIAN HARTA TANAH I
3
2
PENGENALAN UNDANG-UNDANG
3
3
MATEMATIK PENILAIAN
2
4
PRINSIP EKONOMI
2
5
KOMPUTER
2
6
BAHASA INGGERIS I
2
7
PENGAJIAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL
3

JUMLAH JAM KREDIT
17




SEMESTER 2

8
PENILAIAN HARTA TANAH II
3
9
PENGENALAN UNDANG-UNDANG HARTA TANAH
3
10
PENGENALAN PENGURUSAN HARTA TANAH
3
11
TEKNOLOGI DAN KEMUDAHAN BANGUNAN
3
12
KEMAHIRAN LUKISAN DALAM PENILAIAN
2
13
BAHASA INGGERIS II
2

JUMLAH JAM KREDIT
16




SEMESTER 3

14
PENGENALAN PENCUKAIAN HARTA TANAH
3
15
PENGAJIAN MALAYSIA
3
16
BAHASA INGGERIS III
2

JUMLAH JAM KREDIT
8




SEMESTER 4

17
LATIHAN INDUSTRI
6

JUMLAH JAM KREDIT
6




SEMESTER 5

18
EJENSI DAN PEMASARAN HARTA TANAH
3
19
PRINSIP PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
2
20
PENYENGGARAAN BANGUNAN
3
21
EKONOMI HARTA TANAH
3
22
PRINSIP PERAKAUNAN
2
23
KO-KURIKULUM
1

JUMLAH JAM KREDIT
14




JUMLAH KESELURUHAN JAM KREDIT
61

  • Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)

BIL.
SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH (SPGT)
JAM KREDIT

SEMESTER 1

1
PENGURUSAN HARTA TANAH I
3
2
PENGENALAN UNDANG-UNDANG
3
3
TEKNOLOGI BANGUNAN
3
4
EKONOMI HARTA TANAH
2
5
PENGAJIAN ISLAM/MORAL
3
6
BAHASA INGGERIS I
2

JUMLAH JAM KREDIT
16




SEMESTER 2

7
PENGURUSAN HARTA TANAH II
3
8
PENGENALAN UNDANG-UNDANG HARTA TANAH
3
9
KEMUDAHAN BANGUNAN
3
10
LUKISAN BANGUNAN
3
11
BAHASA INGGERIS II
2

JUMLAH JAM KREDIT
14




SEMESTER 3

12
PENYENGARAAN BANGUNAN
3
13
PENGAJIAN MALAYSIA
3
14
BAHASA INGGERIS III
2

JUMLAH JAM KREDIT
8




SEMESTER 4

15
LATIHAN INDUSTRI
6

JUMLAH JAM KREDIT
6




SEMESTER 5

16
EJENSI DAN PEMASARAN HARTA TANAH
3
17
PRINSIP PENILAIAN
3
18
PENCUKAIAN HARTA TANAH
2
19
PRINSIP PERAKAUNAN
2
20
PENGURUSAN HARTA TANAH III
3
21
PRESTASI DAN KECACATAN BANGUNAN
3
22
KO-KURIKULUM
1

JUMLAH JAM KREDIT
17




JUMLAH KESELURUHAN JAM KREDIT
61



Penganugerahan Sijil

Pelajar akan dianugerahkan sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Mencapai Purata Mata Nilai Himpunan (CPA) 2.0 ke atas;
  • Telah lulus semua mata pelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum pengajian;
  • Telah menjelaskan semua yuran pengajian dan bayaran lain yang berkaitan; dan
  • Tidak dikenakan apa-apa tindakan tatatertib.

Prospek Graduan

Graduan INSPEN mempunyai tiga (3) pilihan setelah tamat pengajian iaitu:

  • Bekerja di sektor awam;
  • Bekerja di sektor swasta; atau
  • Melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Harta Tanah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).



Untuk memohon, lepasan SPM boleh memohon secara online, dengan emnggunakan Internet Explores.

Mohon Sekarang.

SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN:

Institut Penilaian Negara

Institut Penilaian Negara 5 Persiaran Institusi
43000 Kajang, Malaysia
03-8925-9377
http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .