Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Halatuju Selepas SPM Cara Menjadi Pegawai Kadet UPNM

Halatuju Selepas SPM Cara Menjadi Pegawai Kadet UPNM

 Kadet UPNM
Pengambilan telah ditutup pada 5 Feb 2013. Tiada pengambilan terkini bagi kategori Pegawai Kadet UPNM.
 
BAGAIMANA saya boleh mengetahui sesi pengambilan akan datang ?
Maklumat sesi pengambilan akan disiarkan melalui cara berikut:




  • Pendaftaran secara atas talian (online) melalui: www.jobsmalaysia.gov.my
  • Melanggan perkhidmatan Langganan Maklumat (Percuma) dimana anda akan dimaklumkan melalui email sekiranya terdapat sesi pengambilan baru - SILA KLIK DISINI.
  • Penyiaran melalui Portal Tentera Darat. - http://army.mod.gov.my.
  • Penyiaran melalui laman sosial rasmi Tentera Darat Malaysia: www.facebook.com/PortalTD.
  • Penyiaran melalui akhbar-akhbar tempatan di negara ini.

Apakah syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM ? 

 
SYARAT KELAYAKAN AM


Jantina.

  • Lelaki dan Wanita.

Umur.

  • 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Mei 12. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu-bapa/penjaga.

Fizikal.

  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

Taraf Kesihatan.

  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).

Kriteria Pemilihan.

  • Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan Akademik.

  • Mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya DUA (2) A dalam mata pelajaran seperti berikut Fizik, Kimia atau Biologi dalam peperiksaan SPM.
  • Calon-calon yang berminat mengikuti Program Asasi Perubatan Pertahanan perlu mendapat sekurang-kurangnya LAPAN (8) A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran Sains.

PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

Pelantikan.

  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.

Pentauliahan.

  • Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

Gaji.

  • Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SPBA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.

Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen Sokongan.
Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Butir-butir peribadi (resume) beserta no telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
  • Salinan keputusan percubaan SPM.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  • Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229 mm x 162mm, beralamat sendiri.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.



MOHON RUJUK LAMAN WEB UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) UNTUK MAKLUMAT LANJUT KERANA KEPUTUSAN PENUH PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) AKAN DIAMBIL KIRA BAGI SETIAP PERMOHONAN RASMI. SEKIAN, HARAP MAKLUM.



87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014


Related Posts:

  • Virtual Open Day PICOMS 2020 *Nak tau tentang PICOMS?* Virtual Open Day PICOMS 2020 Kunjungi *Virtual Open Day PICOMS* yang akan berlangsung pada 15&16 April 2020. Layari openday.picoms.edu.my untuk mendapatkan pelbagai info m… Read More
  • Permohonan ke Kolej Profesional MARA 2020MAKLUMAN PENTING> PERMOHONAN KEMASUKAN KE ‼PROGRAM IEP‼ KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI FEBRUARI 2020 KINI DIBUKA Sila layari 🌐 http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ Permohonan *DIBUKA bermula 14 Oktober 2019 h… Read More
  • Semakan Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi Januari 2020Semakan Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi Januari 2020 MOHON PERHATIAN . . Sistem Semakan Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi Januari 2020 akan dibuka pad… Read More
  • UPU 2020UPU 2020 Bermula tahun hadapan, semua permohonan sama ada ke universiti awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru dan ILKA akan disatukan dalam satu portal. Iaitu UPU. Permohonan ini akan diselaraskan di bawah 's… Read More
  • Permohonan ke ILP Kangar 2020✨ PENGAMBILAN PELAJAR SESI JANUARI 2020   INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR ✨ JANGAN LEPASKAN PELUANG‼ Pengambilan pelajar baharu sesi JANUARI 2020 ke INS TITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR, telah dibuka … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .