Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)

 Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) 

MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH FELDA 2013



  MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH PIHAK FELDA TAHUN 2013

Pembiayan pengajian dan kursus adalah berbentuk pinjaman . Bayaran kembali Pinjaman perlu di jelaskan oleh pelajar (peminjam) selepas 6 bulan menamatkan pangajian.

Berikut adalah adalah keterangan pinjaman mengikut kategori kursus yang di tawarkan oleh felda:-




1-kursus peringkat sijil.
    -kaedah penajaan bagi peringkat sijil di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk GERAN akan di berikan sebanyak RM 5,000.00 .sekiranya kos melebihi RM 5,000.00 bakinya adalah berbentuk pinjaman.

2-kursus peringkat diploma.
    -Kaedah pinjaman bagi peringkat diploma di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk pinjaman,boleh ubah tanpa faedah mengikut keputusan peperiksaan pelajar (CGPA)



3-kursus peringkat ijazah/profil tinggi.
   -kaedah penajaan bagi peringkat Ijazah /Profil Tinggi di bawah skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk pinjaman boleh ubah tanpa faedah mengikut keputusan peperiksaan pelajar (CGPA).


Kursus diploma dan ijazah, ia dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan oleh pelajar setelah 3 bulan tamat pengajian masing-masing. 

BERIKUT ADALAH SENARAI LENGKAP KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN PERINGKAT SIJIL/KOLEJ/INSTITUT OLEH PIHAK FELDA TAHUN 2013 (BAHAGIAN-1)




KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

Latihan Kemahiran kepada generasi baru dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Program ini diadakan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan FELDA sendiri seperti GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Prodata.


Kursus diperingkat sijil dibiayai sepenuhnya oleh FELDA meliputi tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 yang menyediakan program kemahiran asas, pertengahan dan lanjutan dalam pelbagai bidang. Kursus peringkat diploma pula dijalankan di Universiti atau Kolej dan pusat latihan bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Nilai University College, Akademi Laut Malaysia, UNITAR, UITM dan lain-lain.

1-AKADEMI BINAAN NEGARA (ABM) WILAYAH UTARA.
-lot 2991 & 2992 mukim temin
 jalan sintok padang sanai
06010 sintok Kedah.

 KURSUS yang di TAWARKAN.
-Operasi Backoe Loader dan Operasi  Hydraulic Excavator.
  tempoh kursus 2 bulan
kelulusan- lulus sijil pelajaran Malaysia (spm)
lelaki – umur 17 tahun ke atas (bagi kursus melibatkan pengunaan jentera berat mestilah berumur 21 tahun keatas)
warganegara Malaysia
Pemohon seorang anak peneroka/anak kakitangan felda/cucu peneroka (cucu yang tingal bersama peneroka dan mendapat pengesahan daripada pengurus rancangan.


2-AKADEMI JAHITAN KAMSIAH.
no-2 Tinagkat -1 jalan 2/22
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves Selangor.

KURSUS yang DITAWARKAN
- pembuat pakaian lelaki wanita peringkat 1 dan 2
(kursus 6 bulan)
KELAYAKAN
-Wargenagara Malaysia
-18 hinga 23 tahun
- Pemohon seorang anak peneroka/anak kakitangan felda/cucu peneroka (cucu yang tingal bersama peneroka dan mendapat pengesahan daripada pengurus rancangan.


3-ASTONIAN COLLEGE.
Blok 1,Kompleks Pondok Antarabangsa
jalan Raja Perempuan Zainab -2
16150 Kubang Kerian Kelantan

KURSUS YANG DI TAWARKAN
Automotif SKM dan Latihan Imam Muda Peringat 1 dan 2 (6 bulan)

KELAYAKAN
- Lulus SPM/STPM
-18-25 tahun (belum berkahwin)
-Wargenagara Malaysia
- Pemohon seorang anak peneroka/anak kakitangan felda/cucu peneroka (cucu yang tingal bersama peneroka dan mendapat pengesahan daripada pengurus rancangan.



4-AUTO PRIMA TECNOLOGY TRAINING SDN BHD
no 23 Jalan Kemuning Prima B
sekyen 33
40400 shah Alam
Selangor.

KURSUS YANG DI TAWARKAN
-sijil Automotif 1,2&3/sijil Elektrik 1,2 &3/sijil Automasi 1,2&3 (6 bulan)

KELAYAKAN
-Lulus SPM
-18-25 tahun belum berkahwin
-sihat tubuh badan
-Wargenegara Malaysia
- Pemohon seorang anak peneroka/anak kakitangan felda/cucu peneroka (cucu yang tingal bersama peneroka dan mendapat pengesahan daripada pengurus rancangan.




Felda Perluas Skim Latihan Kemahiran Kepada Anak Bukan Peneroka - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Felda_Perluas_Skim_Latihan_Kemahiran_Kepada_Anak_Bukan_Peneroka.html#sthash.MMkt2hFO.dpuf
 Berita TV3;

Felda Perluas Skim Latihan Kemahiran Kepada Anak Bukan ... - Tv3

SILA KLIK DI SINI


FGV Peruntuk Biasiswa Pendidikan Lepasan SPM Dan Latihan Kemahiran

Felda Perluas Skim Latihan Kemahiran Kepada Anak Bukan Peneroka - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Felda_Perluas_Skim_Latihan_Kemahiran_Kepada_Anak_Bukan_Peneroka.html#sthash.MMkt2hFO.dpuf
Felda Perluas Skim Latihan Kemahiran Kepada Anak Bukan Peneroka - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Felda_Perluas_Skim_Latihan_Kemahiran_Kepada_Anak_Bukan_Peneroka.html#sthash.MMkt2hFO.dpuf

Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
"Felda juga bersetuju perluaskan skim latihan kemahiran kepada anak bukan Felda. Seramai 2,000 akan diambil para peserta bukan sahaja terdiri dari orang kampung tetapi mereka yang tinggal di bandar dan pendapatan keluarga di paras sederhana".

Beliau berkata seramai 2,000 peserta akan diberi peluang mengikuti program seperti skim latihan kejuruteraan penyenggaraan pesawat Penerbangan Malaysia.

Perdana Menteri berkata demikian selepas Majlis Aidilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai Besut Terengganu. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Felda_Perluas_Skim_Latihan_Kemahiran_Kepada_Anak_Bukan_Peneroka.html#sthash.MMkt2hFO.dpuf

LANGKAH memberikan peruntukkan bagi tujuan biasiswa anak-anak peneroka merupakan amalan berterusan Felda Global Ventures (FGV) atas peruntukkan yang telah disalurkan terutama kepada Yayasan Felda yang bertindak sebagai pelaksana program-program berkaitan.


Pada tahun lalu misalnya, FGV memperuntukkan RM25 juta kepada yayasan tersebut khusus untuk perbelanjaan biasiswa pendidikan.


FGV juga membuka tajaan biasiswa kepada rakyat Malaysia khususnya anak-anak peneroka Felda yang mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan peruntukkan RM900 ribu bagi seorang pelajar melanjutkan pelajaran bermula dari peringkat A-Level hingga Ijazah Sarjana Muda.
Menurut Ketua Eksekutif FGV, Datuk Sabri Ahmad, langkah ini menjadi tanggungjawab sosial FGV membantu memakmurkan rakyat khususnya warga Felda dan jumlah peruntukkan sedia ada juga akan ditambah sekiranya FGV memperolehi keuntungan yang lebih besar.
Selain itu, sebahagian daripada kos pengajian anak-anak peneroka di institusi pengajian tinggi (IPTA) akan ditanggung oleh Felda bagi meringankan beban kerajaan dan mempelbagaikan penguasaan kemahiran bagi memenuhi pasaran kerja.
Ini dijangka membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk tahun pertama diikuti RM30 juta pada tahun kedua dan RM45 juta pada tahun ketiga.
Di samping itu, skim latihan kemahiran juga akan diperluaskan termasuk dalam bidang kejuruteraan khusus buat anak-anak peneroka dan anak keluarga miskin di bandar-bandar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah ini di ambil berdasarkan persetujuan Felda untuk memperluaskan peranannya bersesuaian dengan prinsip berkongsi kekayaan.
DS Najib telah menjelaskan, separuh pengajian pelajar di kalangan anak Felda akan dibiayai Felda manakala separuh lagi di tanggung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Katanya, langkah memperluaskan skim latihan kemahiran itu membolehkan anak-anak Felda diberi peluang mengikuti kursus berkaitan seperti melahirkan jurutera penyelanggaraan pesawat dan bidang-bidang kemahiran lain.
Skim ini juga memberikan nilai tambah terutama untuk menceburi bidang pekerjaan yang lebih baik kepada anak-anak peneroka.
Sebagai contoh, skim latihan itu antaranya melibatkan skim latihan dengan kerjasama Malaysia Airline System Bhd. (MAS) serta institusi swasta lain.
Mengulas mengenai pembiayaan separuh daripada kos pengajian pelajar IPTA di kalangan anak Felda, DS Najib berkata, ia turut membantu beban kerajaan.
“Dua langkah terbaru ini adalah rentetan kejayaan menerusi penyenaraian Felda Global Ventures Bhd. (FGV) dan menerusi dana tambahan, kita bersetuju untuk turut mengagihkannya kepada rakyat,” ujarnya.


 Maklumat lanjut sila layari;
www.yayasanfelda.net.my


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .