Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Felda Lok Heng Barat Johan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2013

Felda Lok Heng Barat Johan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2013

 Rancangan-rancangan Felda yang muncul Juara  Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF)  dengan membawa pulang wang tunai RM1 juta  ialah; 

Tahun 2008  -  Felda Semenchu
Tahun 2009  -  Felda Ulu Belitong 
Tahun 2010  -  Felda Kledang
Tahun 2011 - Felda Tunggal 
Tahun 2012 dimenangi oleh Felda Nitar 2.
Tahun 2013 - Felda Lok Heng Barat.  Semuanya di Negeri Johor.

FELDA Lok Heng Barat menang Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2013

 

FELDA Lok Heng Barat dari Johor Bahru diumum pemenang Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) 2013 sempena sambutan Hari Peneroka Kebangsaan di FELDA Sungai Tiang, di sini, sekali gus membawa pulang hadiah utama RM1 juta. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2013 itu, yang dihadiri kira-kira 20,000 warga peneroka dari seluruh Malaysia.

Sambutan Hari Peneroka adalah acara tahunan untuk mengiktiraf seluruh warga peneroka yang banyak menyumbang kepada pembangunan tanah rancangan.

 

 Pada majlis itu, Felda Lok Heng Barat diumum sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2013 dan menerima hadiah wang tunai RM1 juta.
Pengurus Felda berkenaan Mahmud Ibrahim berkata pihaknya sangat bersyukur dan gembira dengan kemenangan itu kerana selepas tiga tahun mencuba, anugerah itu berjaya dirangkul tahun ini.

 "Semua warga peneroka memainkan peranan dalam membantu mentransfomasi Felda Lok Heng Barat sehingga mencapai tahap yang membanggakan dan memperoleh anugerah ini," katanya.

 

 Muzaidi Makmur, 40, dari Felda Lok Heng Barat, Johor berkata walaupun merupakan generasi kedua, namun beliau amat terharu dengan kelebihan serta keistimewaan yang diberikan kerajaan dan Felda kepadanya.

Beliau berkata pengorbanan generasi pertama dalam membangunkan tanah rancangan itu dibalas ganjaran yang sangat berbaloi dengan pelbagai inisiatif daripada kerajaan dan Felda. 

 

Pelayar blog saya boleh ke blog Felda Lok Heng Barat- Blok 2 untuk melihat suasana di Felda mereka, sila ke

 http://lokhengbarat.blogspot.com

 


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .