Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Aku Seorang Perempuan

Aku Seorang Perempuan



Hanya kerana aku seorang perempuan …..
Rupa paras sering menjadi taruhan penglihatan
Pada mata lain yang sentiasa memandang
Hanya kerana aku seorang perempuan …
Kegembiraan aku sering dimainkan oleh orang sekeliling
Hanya kerana aku seorang perempuan….
Apa jua keburukan diri terus disuluhi
Berbanding kebaikan diri
Hanya kerana aku seorang perempuan ….
Air mata menjadi peneman diri waktu kesedihan mendatang
Tatkala hati disakiti bertubi tubi tak henti –henti
Hanya kerana seorang perempuan ….
Kebergantungan hidup sering dikaitkan dengan lelaki & family

 
Hanya aku kerana seorang perempuan ….
Setiap langkah boleh menjadi duri
Pada yang memerhati dan terus mencari  
Kalau kita tidak berhati -hati
Akhirnya yang kelihatan ketidaksempurnaan diri sendiri
Hanya aku seorang perempuan ….
Laluan kehidupan penuh onak & duri
Hanya aku seorang perempuan …..
Pengorbanan melebihi kebahagiaan diri
Hanya aku seorang perempuan…
Aku doakan Allah memberi kekuatan pada diri & semua pembaca perempuan
Semoga ketenangan terus di hati terus diberi untuk dinikmati setiap hari
Walaupun berjalan di muka bumi sendiri tanpa sesiapa di sisi dengan ujian yang bersusun menanti
Yang pasti perempuan atau lelaki ….
Allah tak pernah memilih kasih untuk terus memberi dan terus memberi
Segala nikmat untuk dinikmati dan disyukuri
Tuhan tabahkan hati perempuan ini & yang lain untuk bersabar teruskan kehidupan yang mencabar dan berliku ini amin….
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153] .


Sumber;  http://mujahiddahsolehah1983.blogspot.com/

Related Posts:

  • Fadhilat Anak Perempuan Dalam Islam Fadhilat Anak Perempuan Dalam Islam Dari Ibu kita Aisyah radiallahuanha,  Bonda berkata : Seorang wanita datang ke rumahku bersama dua orang anak perempuannya meminta sesuatu. Sedangkan tidak ada se… Read More
  • Gadis hanyut buru cinta sejati Gadis hanyut buru cinta sejati   Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Berita Minggu, ruangan bersama Dr Rubiah K. H… Read More
  • Zina sejenis Dilema ketagih seks sejenis Zina sejenis Dilema ketagih seks sejenis Entry ini saya petik daripada Sesi Kaunseling Remaja bersama Dr Sapora Sipon. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama.  Ruangan … Read More
  • Apa Itu Sindrom PMS remaja perempuan Apa Itu Sindrom PMS remaja perempuan Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia untuk kemudahan Dunia Cikgu Kaunseling membuat rujukan. Ini memandangkan, ada sesetengah pelajar menghadapi masalah sindrom ini. Artikel… Read More
  • WAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPIWAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPI Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah s… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .