Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

3 beradik hilang di Ipoh di temui selamat

3 beradik hilang di Ipoh di temui selamat

Tiga beradik hilang di Ipoh di temui di Lembah Klang

 Kiri Syazwan Rizaudin, Syahir Syafi, Syauratul Syafiyah

Misteri kehilangan 3 beradik

Tiga beradik hilang di Ipoh di temui di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 15 Ogos -Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah ibu mereka di Ipoh Selasa lepas ditemui selamat di Lembah Klang malam tadi dan telah dituntut bapa mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.

 
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Khoo Leng Huat berkata, Sharafuddin Syazwan, 11; Syahir Syafi, 8; dan Syauratul Syafiyah, 6, diserahkan kepada bapa mereka Rizauddin Md. Zain, 38, kira-kira 7.50 pagi ini.
"Bapanya juga sudah membuat laporan polis mengenai penemuan semula anaknya itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kehilangan tiga beradik itu disedari selepas ibu mereka, Syafarila Azwa Ishak, 36, pulang ke rumah dari tempat kerja dan mendapati anak-anaknya tidak ada di rumah.
"Kami akan menyerahkan kes tersebut kepada rakan sejawat di Ipoh dan mereka akan mengambil keterangan daripada mangsa dan tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas itu," kata Khoo. - BERNAMA


Misteri kehilangan 3 beradik

IPOH 14 Ogos - Ke manakah mereka pergi? Itulah persoalan yang menyelubungi keluarga tiga beradik yang didapati hilang di rumah ibu mereka di Taman Meru 2B, di sini sejak petang semalam.


Kehilangan Sharafuddin Syazwan Rizaudin, 11, serta dua adiknya, Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiyah, 6, disedari ibu kanak-kanak terbabit, Safarila Azwa Ishak, 36, kira-kira pukul 6 petang.
Bapa kanak-kanak berkenaan yang juga bekas suami Safarila Azwa, Rizaudin Md. Zain memberitahu, tiada tanda-tanda rumah tersebut dipecah masuk, malahan terkunci rapi.
Rizaudin, 38, memberitahu, ketiga-tiga anaknya itu dipercayai membawa bersama beg sandang kecil masing-masing yang berisi pakaian dan sedikit makanan.
"Kebiasaannya, Syauratul Syafiyah dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak di sini, tetapi semalam anak bongsu saya itu mahu berada di rumah bersama abang-abangnya.
"Bekas isteri saya menyedari kehilangan mereka semasa pulang bekerja. Puas dia mencari di kawasan rumah, namun kelibat ketiga-tiga mereka tidak kelihatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kehilangan tiga beradik itu turut menjadi perhatian umum apabila ahli keluarga kanak-kanak berkenaan memuat naik gambar mereka di laman-laman sosial sejak pagi ini.
Menurut Rizaudin, pada hari kejadian, ketiga-tiga anaknya itu ada bersama kakak dan abang ipar Safarila Azwa yang datang ke sini bagi meraikan Aidilfitri sebelum pasangan tersebut bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.30 petang.
Safarila Azwa yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Batu Gajah dekat sini ketika dihubungi pula memberitahu, laporan polis berhubung kehilangan ketiga-tiga anaknya itu telah dibuat semalam di Balai Polis Jelapang dekat sini pukul 11.45 malam.
"Saya, bekas suami, keluarga dan kenalan puas mencari mereka di segenap pelosok bandar raya ini sejak malam kejadian, tetapi tidak berjaya. Mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan kami sekeluarga tidak pula dihubungi mana-mana pihak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam dalam sidang akhbar petang ini memberitahu, anggota polis termasuk Unit Rondaan Bermotosikal sudah dikerah bagi mencari ketiga-tiga beradik berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan tiga beradik ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak di talian 05-2451222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
















0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .