Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Bapa Tinggalkan Anak Dicari

Bapa Tinggalkan Anak Dicari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara kes kauanseling yang GBK pernah kendalikan ialah perkongsian klien GBK yang sering kesedihan kerana ditinggalkan oleh ayahnya di perkarangan hospital bersama 2 adik-adik yang masih kecil setelah ibu kandung mereka meninggal dunia. Dia ditinggalkan ketika berusia 8 tahun, adik keduanya dlaam 6 tahun dan adik bongsunya 2 tahun. Dia masih ingat janji ayah untuk datang semula. 

Dia masih ingat ketika itu adiknya amsih menyusu botol dan apabila adiknya sudah kehausan apabila susu botol habis, adiknya menangis. keadaan ini menarik perhatian jururawat yang lalu di kaki lima perkarangan hospital. Lalu jururawat itu memujuk adiknya. Akhirnya mereka bertiga ditempatkan di sebuah rumah kebajikan setelah ayah kandung mereka tidak muncul lagi. Ketika saya buka lagu Rintihan Seorang Anak,

Lirik lagu Rintihan Seorang Anak, klik di sini

Bapa tinggalkan anak di pejabat JKM diburu




Mohd Mahir menunjukkan gambar kanak-kanak yang ditinggalkan seorang lelaki dipercayai bapanya (gambar bulat) di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Ipoh, semalam. - Foto Muhaizan Yahya

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ipoh Perak sedang mengesan seorang bapa yang dipercayai meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun di pejabat agensi itu di daerah Kinta, kelmarin.
Kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar, mengecam ayahnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat JKM Daerah Kinta yang merakam ketika lelaki terbabit datang ke situ bersamanya. 


Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir, berkata sebaik mengesyaki lelaki terbabit meninggalkan anaknya di situ, pihaknya membuat aduan di Balai Polis Ipoh. 


 


Katanya kanak-kanak berkenaan yang memaklumkan namanya Saiful dikesan ditinggalkan jam 9.02 pagi selepas datang ke kaunter pejabat berkenaan.

Menghilangkan diri

Pegawai di kaunter cuba bertanya tujuan lelaki terbabit berada di situ bersama-sama kanak-kanak berkenaan, namun lelaki itu terus berjalan keluar dari pejabat sambil menjawab panggilan telefon bimbitnya sebelum menghilangkan diri.

“Pegawai kami mengesyaki kanak-kanak berkenaan ditinggalkan selepas 10 minit lelaki itu tidak muncul semula dan usaha mengesannya di sekitar bangunan pejabat gagal.
“Selepas menunggu hampir 90 minit, pegawai berkenaan akhirnya membuat laporan polis mendakwa kanak-kanak berkenaan ditinggalkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Mahir berkata, pemeriksaan pada tubuh Saiful tidak menemui sebarang kesan dera malah kanak-kanak itu kelihatan riang dan tidak menangis atau bertanya mengenai keluarganya.

“Tiada pengenalan diri ditemui, namun kanak-kanak itu dipercayai mempunyai seorang abang bernama Kimi dan adik,” katanya.

Beliau berkata, kes itu dirujuk Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah meletakkan kanak-kanak berkenaan di satu institusi perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar untuk perlindungan sementara mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Mohd Mahir menerusi talian 05-2418860 atau 019-3291176. 


Sumber; Berita Harian












0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .