Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SELEPAS RAYA

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SELEPAS RAYA


Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru yang dedikasi, pelajar-pelajar dan juga kepada semua ibu bapa yang prihatin memilih pendidikan terbaik buat anak-anak untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada Isnin esok 19 Ogos 2013,  semua warga pendidik dan anak-anak didik SMK Lepar Hilir  akan kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat kembali belajar kepada semua pelajar.
Semoga semua warga SMK Lepar Hilir selamat kembali ke sekolah semula pada hari Isnin 19 Ogos 2013.

Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah.

Kepada semua pelajar, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar.


 

 Belajar adalah satu proses untuk melahirkan seorang insan yang terdidik bagi memastikan anda menjadi individu yang mempunyai keseimbangan sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan modal JERI itulah nanti yang akan menjadikan anda sebagai insan yang bermodal, dan seterusnya menjadi pewaris kepada kesinambungan kemakmuran negara.



Cuti yang agak lama (2 minggu) sudah tentu menjadikan catatan diari kita semakin panjang kerana banyak cerita....cerita panjang, cerita pendek, cerita berbingkai dan pelbagai genre lain yang telah kita lalui sepanjang cuti yang lalu. 



Walau bagaimana seronok, suka dan dukanya anda sepanjang cuti yang lalu, namun saya berharap semua pelajar sedar bahawa semalam adalah sejarah, hari ini ialah realiti dan esok adalah harapan dan terbentang masa depan anda yang belum pasti lagi. Oleh itu sama-samalah kita memantapkan persiapan kita untuk mengharungi esok tadi, khususnya dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan peperiksaan akhir tahun.



Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari.  Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.

Calon-calon PMR pula pastinya akan sebuk mengikuti pelbagai program Pecutan Akhir seperti yang telah diaturkan oleh KB dan panitia-panitia mata pelajaran. Juga inshaAllah akan juga diadakan Program Motivasi untuk anda oleh UBK.

Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.

 


Minggu pertama selepas cuti raya adalah minggu yang sangat sebuk bagi guru-guru dan semua murid. Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini., dan selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda.


 Keputusan peperiksaan percubaan SPM adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan SPM nanti.

Sementara itu bagi semua murid tingkatan 1, 2 dan 4, anda sepatutnya turut sIbuk dalam mempersiapkan diri sebelum peperiksaan akhir tahun. Para guru sudah tentulah pada minggu ini dan seterusnya berusaha mempersiapkan anda untuk menduduki peperiksaan.

 Kesimpulannya kita semua sIbuk dengan banyak tugas dan perkara yang perlu diselesaikan...hakikatnya inilah yang dinamakan sebagai Kesibukan Profesional. Janganlah selepas ini anda menyebuk pula di bilik disiplin dengan menambah kesibukan Unit HEM kerana mengambil terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas salah laku anda. Atau jangan pula anda menyebuk di bilik Kaunseling, untuk menokok kesibukan kaunselor yang terpaksa memperuntukkan masa untuk menasihati anda atas kesalahan yang anda lakukan.
Sekian catatan untuk kali ini, selamat belajar.

Related Posts:

  • Soalan SPM bocor disiasat Soalan SPM bocor disiasat Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Ke… Read More
  • Anak Aliran Sains Pelepasan cukai RM3,000 Anak Aliran Sains  Pelepasan cukai RM3,000   Kuala Lumpur: Kerajaan menaikkan kadar pelepasan cukai daripada RM1,000 kepada RM3,000 untuk ibu bapa yang mempunyai anak mengikuti bidang sains dan teknologi di s… Read More
  • SAINS DAN MATEMATIK MATAPELAJARAN MENYEROKKAN SEBENARNYA SAINS DAN MATEMATIK  MATAPELAJARAN MENYEROKKAN SEBENARNYA Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Pelajaran Sains dan Metematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan sebenarnya. Yang penting minat, … Read More
  • Apa Itu Cloud ComputingApa Itu Cloud Computing Sumber gambar klik di sini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkembangan cloud di Malaysia...Saya tercari-cari di internet artikel berkaitan Cloud dalam Bahasa Melayu.  Apa itu Cl… Read More
  • Panduan Pemilihan IPTS 2013 Panduan Pemilihan IPTS 2013 Panduan Pemilihan IPTS versi 2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Keputusan SPM 2012 dan STPM 2012 masih belum diumumkan lagi. Namun ada bekas pelaajr yang menghubungi saya bagi m… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .