Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN JADI TENTERA PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 50

PERMOHONAN KERJAYA TENTERA 

PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 50

 

IKLAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 50 

 Minat dan semangat warganegara Malaysia untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Anggota (LLP) adalah amat dialu-alukan bagi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Sehubungan dengan itu, TUDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk hadir di lokasi-lokasi berikut bersama dokumen yang diperlukan bagi menjalani Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM.

Temuduga di Temerloh, Pahang pada Rabu 4 September 2013 ini.




KELAYAKAN AKADEMIK
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris.


Atau


Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris diperingkat SPM.


LAIN-LAIN KELAYAKAN


- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah
- Penglihatan dan Penecaman warna yang baik
- Diperakui sehat dan tidak cacat anggota
- Syarat minima ukuran fizikal:

Tinggi : 162cm
Berat : 47.5 Kg
*BMI : 18-25
Ukuran dada biasa :76cm
Ukuran dada kembang : 81cm

*BMI = Berat / Tinggi x Tinggi



DOKUMEN DAN SIJIL YANG DIPERLUKAN
Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut:
- Sijil SPM/SPMV
- SKM Tahap 2
- Kad Pengenalan
- Sijil Lahir
- Sijil Berhenti Sekolah * Lain-lain Sijil Kemahiran yang berkenaan
- Sampul Surat berukuran A4 beralamat sendiri
- Setem RM 1.00
Sila bawa bersama sebatang pen (biru/hitam)



KEISTIMEWAAN MENYERTAI TUDM
- Pakaian seragam percuma
- Sajian dan Penginapan percuma
- Rawatan kesihatan dan pergigian percuma
- Waran perjalanan tahunan untuk bercuti bersama keluarga
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Cuti Tahunan
- Insurans Kelompok ATM
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- PERNAMA
- Kemudahan pinjaman perumahan, kendaraan, pendidikan dan komputer
- Peluang melanjutkan pelajaran tajaan ATM.



KETUKANGAN ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT TUDM
- Anak Kapal
Kuartermaster Udara

- Kejuruteraan
Juruteknik Rangka Kapal Terbang, Juruteknik Enjin, Juruteknik, Elektronik, Juruteknik Senjata, Juruteknik Instrumen, Juruteknik Avionik

- Pengurusan Ruang Angkasa
Pembantu Kawalan Trafik Udara, Juruteknik Pertahanan Udara, Bomba

- Logistik
SIstem Logistik, Juruteknik Bekalan, Juruteknik Stor, Kerani Inventori, Pemandu

- Pentadbiran
Pembantu Tadbir, Pembantu Sajian, Pancaragam, Jurulatih Jasmani, Pembantu Tahan



GAJI DAN ELAUN
Skim gaji yang sedia ada mengikut pangkat dan selaras skim yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

PUSAT-PUSAT PEMILIHAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, Seluar trek, berkasut sukan dan berstoking di Pusat-Pusat Pemilihan.



Artikel menarik berkaitan apakah bidang tugas dan matlamat memasuki kerjaya ini sila baca lanjut di http://coltoras1959.blogspot.com/2010/10/tajuk-59-kerjaya-tudm.html




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .