Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Senarai Institut Kemahiran MARA

           Senarai Institut Kemahiran MARA

Sejarah Institusi


     Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang Melayu, masih jauh ketinggalan dari setiap sudut ekonomi, pelajaran, kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa - bangsa lain di negara ini, maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran rakyat Melayu maju. Justeru itu lapangan kemahiran ketukangan industri juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan.

     Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.





     SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA pada ketika itu hanya ditadbir oleh seorang Pengetua ( Encik Abdul Hamid Bin Dato Haji Mohd Salleh ), 8 orang tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan pentadbiran. Kursus yang dijalankan hanya 2 kursus sahaja iaitu Kursus Kajisawat Motor dan Kursus Mekanikal. Setiap bidang tersebut mempunyai latihan asas dinamakan " Common Module " yang dipecahkan kepada beberapa modul seperti Kimpalan, Pemesinan Am, Mengegas dan Lukisan Teknik.

     Pada tahun 1972, Kursus baru telah diadakan iaitu Lukisan Jentera dan diikuti pada tahun 1975 Kursus Ketuk Dan Cat. Permintaan keperluan tenaga pekerja mahir semakin meningkat dari masa ke semasadan bidang kemahiran semakin bertambah, justeru itu pelajar yang mengikuti bidang latihan kemahiran juga bertambah. 


SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA di Bandar Melaka tidak dapat menampung peningkatan pelajar yang ingin menceburi bidang kemahiran yang semakin ketara. Keluasan yang agak terhad di sana menyebabkan pentadbiran MARA  di peringkat atasan telah memindahkan Sekolah Latehan ini ke sebuah kawasan yang agak luas iaitu di Pekan Jasin, Melaka pada bulan Januari 1984. 

Sesuai dengan pengiktirafan semasa, SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA telah ditukar nama kepada INSTITUT KEMAHIRAN MARA.

 


IKM BESERI
Km. 14, Jalan Kaki Bukit,
02400 Beseri, Perlis
Tel   : 04-9384021 / 4022
Faks : 04-9384023
Laman Web :
www.ikmbeseri.edu.my
IKM SG. PETANI
Jalan Badlishah,
08000 Sg. Petani,Kedah
Tel  : 04-4212382
Faks: 04-4218432
Laman Web :
www.ikmsp.edu.my
   
   
IKM ALOR SETAR
Lrg. Terus, Off Jalan Kota Tanah,
05050 Alor Setar,
Kedah
Tel   :04-7729940
Faks:04-7724340
Laman Web:
www.ikmas.edu.my
IKM SIK
Jalan Sek. Men. Keb. Agama Sik,
08200 Sik,
Kedah
Tel  : 04-4692045 / 4695964
Faks: 04-4693416
Laman Web :
www.ikmsik.edu.my
   
   
IKM LUMUT
Jalan Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung,
32040 Lumut, Perak
Tel  : 05-6884401 / 1403
Faks: 05-6883919
Laman Web :
www.ikmlumut.edu.my
IKM KUALA LUMPUR
Jalan Belangkas, Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur
Tel  : 03-92844455 / 4535
Faks: 03-92848213
Laman Web :
www. ikmkl.edu.my
   
   
IKM JASIN
Km. 32, Jalan Chinchin, Simpang Kerayong, Peti Surat 141,
77008 Jasin, Melaka
Tel   : 06-5291561 / 2595
Faks : 06-5292561
Laman Web :
www.ikmjasin.edu.my
IKM JOHOR BAHRU
Jalan Taruka, Off Jalan Datin Halimah,
80720 Johor Bahru, Johor
Tel   : 07-2361129 / 2370001
Faks : 07-2364289
Laman Web :
www.ikmjb.edu.my
   
   
IKM TAN SRI YAHAYA AHMAD
Kaw. Perindustrian Peramu Jaya,
26600 Pekan, Pahang
Tel   : 09-4269404
Faks: 09-4269400
Laman Web :
www.ikmtsya.edu.my
IKM BESUT
Jalan Batu Tumbuh, alor Lintang,
22200 Besut, Terengganu
Tel : 09-6957244 / 8795
Fax: 09-6957326
Laman Web :
www.ikmbesut.edu.my
   
   
IKM KUCHING
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah,
Peti Surat 3271,
93764 Kuching, Sarawak
Tel  : 082-441149 / 441023
Faks: 082-444135
Laman Web :
www.ikmkuching.edu.my
IKM KOTA KINABALU
Lot. 4, Taman Perindustrian Kota Kinabalu,
Km. 7, Jln. Sepangar,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Tel  : 088-490697 / 496645
Faks: 088-497512
Laman Web :
www.ikmkk.edu.my
   
   
IKM BINTULU
Lot 957, Jalan Bintulu Sibu
Blok 37 Kemena Land District
Bintulu, Sarawak
Te   l:    086-311313 / 086-334122
Faks: 086-316633
Laman Web :
www.ikmbintulu.edu.my

 



Sejarah Penubuhan IKM Perlis


Institut Kemahiran MARA, BESERI Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 45 ekar dan terletak 15km dari bandar Kangar.

 Pengambilan pertama pelatih seramai 77 orang telah dibuat pada sesi Julai-Disember 1993, melibatkan pelatih daripada jurusan Elektronik, Elektrik, Marin, Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Kimpalan & Fabrikasi. Bermula tahun 2001, 2 kursus lagi dijalankan iaitu kursus Mekatronik dan Automobil. 

Kursus yang ditawarkan di sini ialah pada tahap sijil teknologi. Mulai sesi Julai 2006, 5 kursus telah dinaiktaraf kepada sijil kejuruteraan (setara dengan politeknik) dan 4 kursus lagi masih dikekalkan kepada sijil teknologi. Senarai sijil yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumen)
  • Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Kejuruteraan Mekatronik Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri)
  • Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Kejuruteraan Automobil
  • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi
  • Teknologi Kejuruteraan Marin

Sehingga kini IKM Beseri mempunyai sebuah bangunan intergrasi yang merangkumi blok pentadbiran dan dewan theatherade, tiga belas blok bengkel teknikal, tiga buah blok asrama (lelaki dan wanita), sebuah dewan serbaguna, surau, dewan makan, perpustakaan dan beberapa gelanggang sukan.

 

 

 

Sumber:http://ikmjasinmelaka.blogspot.com/p/sejarah.html

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .