Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013
"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"
tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.
Gambar Logo Hari Kemerdekaan Tahun 2013
Rasional Logo Hari Kemerdekaan Ke 56 2013
Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013
"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"
tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada
penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti
kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman
kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh
penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan
negara.
"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata tema tersebut telah dipersetujui Jemaah Menteri.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata tema tersebut telah dipersetujui Jemaah Menteri.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Menurut KKMM, tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa itu dipilih untuk mengingatkan rakyat kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.
"Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna di Sabah menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," menurut kenyataan itu.
Sempena pemilihan tema ini, KKMM berkata satu pertandingan logo kemerdekaan telah diadakan selama 10 hari dan Noor Hishammudin Omar dipilih sebagai pemenang utama dengan memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan.
Untuk meraikan Hari Kemerdekaan Ke-56 ini, menurutnya beberapa acara akan diadakan termasuk majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
Sambutan Ambang Merdeka akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti bermula 5 petang anjuran Perbadanan Putrajaya, termasuk Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.
"Perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 akan diadakan di Dataran Merdeka yang melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Acara yang melibatkan empat segmen iaitu Rukun Negara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang, pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM akan diadakan".
Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia, KKMM berkata Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan termasuk acara bot berhias yang akan diadakan di tebingan Sungai Sarawak pada 15 Sept dan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas di Padang Merdeka, Kuching pada 16 Sept.
"Di Sabah, sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu bermula 15 September termasuk aktiviti Karnival Rakyat dan acara kemuncak sambutan pada 16 September yang akan dimeriahkan dengan penyertaan kesemua 35 kumpulan kaum atau etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi www.malaysiamerdeka.gov.my.
-- BERNAMA
0 Comments:
Post a Comment