Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Mesej Iklan Raya Petronas 2013 Jahit

Mesej Iklan Raya Petronas 2013 Jahit


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelayar blog ini Muslim, khususnya followers, silent readers, para pelajar dan bekas pelajar  saya  serta sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Ramadhan kian pergi. Berbaki tak sampai 10 hari sahaja lagi. Baki seminggu lagi sahaja untuk kita raih ruang dan peluang melipatgandakan amalan soleh. Amin.

Sempena pagi Sabtu yang sungguh nyaman ni, saya ingin berkongsi berkaitan iklan raya petronas 2013 ni. Mesej kesusahan hidup menjadi motivasi kejayaan pelajar untuk lebih bersungguh-sunggh dalam pelajaran dan menghargai pengorbanan seorang ibu.

Iklan Raya Petronas 2013 – Jahit

Kisah yang dilakonkan oleh dua beranak ni memang menyentuh perasaan. Pengorbanan seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit memang tiada nilainya.

 Sanggup bekerja siang dan malam mengambil upah menjahit baju demi melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan dapat menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.



 Si ibu telah menggunakan peluang yang baik di bulan mulia ini dengan mengambil upah menjahit baju bagi menampung kos hidup keluarga.

Kebimbangan seorang anak, memang tak ada surutnya. Melihat si ibu bertungkus lumus menjahit baju, pastinya akan teretik rasa simpati dalam hati. Sentiasa memikirkan akan kesihatan ibunya. 

Bagi ibu pula, jika tak mengorbankan usianya dalam menambah pendapatan melalui menjahit ni, bagaimana lagi sumber pendapatan yang boleh dilakukan untuk memberikan keselesaan hidup dalam keluarganya. Rela mengabaikan kesihatan diri semata-mata untuk melihat anaknya gembira. Dari suasana sebeginilah, seorang anak akan berfikir.



“Keluarga aku orang susah. Aku mesti belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan”



Pertengahan cerita ni, si ibu telah melakukan satu kesilapan, iaitu silap menjahit baju pelanggan. Tidur tak lena, makan tak lalu la jawabnya. Dan rela bersekang mata untuk menjahit semula baju yang silap tadi. Akhirnya, kalau dah rezeki tak kan kemana

 Baju yang tersalah jahit tu akhirnya di ambil juga oleh pelanggan. Wujudlah perasaan gembira di hati mak cik tua tu. Barangkali ini rezeki yang betul-betul tak dijangka.


Pengakhiran cerita ni, dua beranak ni berasa sangat gembira apabila mendapat sepucuk surat. Nak tahu kisah selanjutnya, silalah tonton video Iklan Raya Petronas 2013 di bawah ni.









Related Posts:

  • Bob Lokman; Masa menangis Bob Lokman; Masa menangis Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini disalin daripada Metro Ahad, 22/5/2011. MEMETIK kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali: “kita ya… Read More
  • Rintihan Seorang Anak Rintihan Seorang Anak Betapa peritnya hidupku tanpa belaian kasih dan sayangmu sejak kecil tidak kurasa sentuhan jejarimu Ke mana perginya dirimu ibu Terbiar sepi jiwa kerdilku hilangnya ehsan dirimu apa salah … Read More
  • PELAJAR NAKAL BERUBAH BAIK SETELAH HADIR MOTIVASI PELAJAR NAKAL BERUBAH BAIK SETELAH HADIR MOTIVASI Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kata-kata ibu yang sangat penyabar ini, Tiada petua mendidik anak melainkan banyak bersabar dengan karenah mereka.“Kenakala… Read More
  • Bablu Jatav Bapa Penyayang Mengayuh Beca Sambil Gendong Bayinya Bablu Jatav Bapa Penyayang Mengayuh Beca Sambil Gendong Bayinya Bablu Jatav terpaksa menarik becak sambil menggendong putrinya  yang baru berusia satu bulan setelah istrinya meninggal dunia Bablu … Read More
  • Kemurungan Meroyan Gangguan emosi selepas bersalin Kemurungan Meroyan Gangguan emosi selepas bersalin Doa Mohon Ketabahan hati dan kesabaran dalam menghadapi ujian hidup Rawatan simptom kemurungan Terapi sokongan Ubat anti depresi Rehat yang cukup Makan mak… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .