Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting

Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting 

Aktiviti Tingkatan 1S dalam Kelas Bahasa Melayu

Gaya persembahan kunmpulan pertama dalam membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.


 Perbincangan Kumpulan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara aspek dalam Bahasa Melayu ialah penulisan karangan. Namun, kebanyakan pelajar mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan ialah

  • Kekurangan idea
  • Kosa kata terhad
  • Isi berulang


Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda  murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan. Guru berperanan untuk merangsang minda  murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung 
dengan berkesan. Guru boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik. 

 
Peta minda membolehkan murid untuk mencari idea dan merangka dengan baik sebelum mula menulis.  Kelebihan menggunakan PETA MINDA dalam menghasilkan karangan ialah: 

  • Idea yang diperolehi dapat disusun dengan lebih baik.
  • Murid mampu kembangkan isi dengan baik.
  • Murid dapat menyenaraikan peribahasa yang bersesuaian dengan tajuk karangan.
  • Rangka karangan dapat dilihat dengan jelas.
  • Murid dapat menjimatkan masa.
  • Murid tidak mengulang isi yang sama dalam karangan yang dihasilkan.
  • Murid dapat memilih idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam karangan.
  • Murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif.
Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% .

  Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan.
· Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.
· Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.
· Memudahkan proses mengingat.
Berikut adalah senarai langkah-langkah membuat nota yang baik
· Membaca teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.
· Mendapat kefahaman yang menyeluruh.
· Nota yag dibuat mestilah mengikut teks dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil , bahagian-bahagian , pendapat-pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini perlu dihafal.
· Menggabungkan syarahan pensyarah dan teks.
· Membuat rujukan ketika perlu.
· Gunakan buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan garisan-garisan berjalur.
· Pastikan tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.
· Gunakan teknik menggaris kata kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika perlu.
· Nota yang dibuat hendaklah ringkas dan padat.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .