Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN PINJAMAN IJAZAH PERTAMA DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014

PERMOHONAN PINJAMAN IJAZAH PERTAMA DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014 

PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN ( IJAZAH PERTAMA) KEPADA PELAJAR YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM ( YAKIN ) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1981 hasil dari percantuman dan pemansuhan dua buah badan berkanun terdahulu iaitu Yayasan Kelantan dan Kumpulan Wang Amanah Kebajikan Darulnaim
 Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia rakyat Negeri Kelantan Darulnaim. Permohonan tawaran pinjaman untuk mengikuti kursus bagi peringkat Ijazah Pertama DI Mesir, Jordan dan Indonesia dibuka pada 18 OGOS 2013.
 Permohonan tawaran pinjaman untuk mengikuti kursus bagi peringkat Ijazah Pertama  Sesi 2013 / 2014


Cara Permohonan
1. Dibuat dengan membeli borang permohona berharga RM 2 secara tunai.
2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan salinan surat tawaran, sijil kelahiran dan persekolahan yang berkaitan yang telah disahkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah di hantar sebelum atau pada 15 September 2013 bagi lepasan universiti tempatan
dan  31 Oktober 2013 bagi pelajar di Indonesia, Mesir dan Jordan.
 Syarat-syarat permohonan mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah sesi 2013/2014
 http://www.mohe.gov.my/portal/en/pengumuman-terkini-selanjutnya/1536-permohonan-mengikuti-pengajian-di-institusi-pengajian-tinggi-di-timur-tengah-bagi-sesi-2013-2014.htmL

Application to Further Study at Higher Education Institution in Middle East for Session 2013/2014




SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MESIR

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan, Pergigian & Farmasi
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Borang Permohonan Pengajian Mesir BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)                
2.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
2.1    Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
DAN
Lulus Imtihan Qabul (IQ)
Borang Permohonan Pengajian Islam di Univerti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013-i boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)              
2.2    Pengajian Qiraat
Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun
Borang Permohonan Pengajian Islam (Qiraat) di Universiti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)          
3.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah  sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab
1.2       Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
DAN
memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM
Borang Permohonan Pengajian Jordan BORANG KPT/JORDAN/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)               
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MAGHRIBI

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1    Pengajian Islam        
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.
Borang Permohonan Pengajian Maghribi BORANG KPT/MAGHRIBI/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)            
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 31 MEI 2013 (Jumaat) di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud
 Sila dapatkan borang pinjaman di Pejabat YAKIN

Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diperolehi di :

Yayasan Kelantan Darulnaim
Tingkat 5, Komplek Yakin, Jln Gajah Mati,
15000 Kota Bharu
Kelantan.
Tel : 09-7483213/7446127

Wesite rasmi YAKIN  Sila layari Laman Web Rasmi YAKIN http://yakin.kelantan.gov.my/










0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .