SDH Sekolah Dalam Hospital diperluas
Asslamualaikum dan selamat sejahtera. Pengalaman berada di lantai wad memberi saya banyak pengajaran, pengalaman dan iktibar. Walau di mana berada, sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, budaya ciri-ciri kaunselor bagai telah sebati dengan saya. Menjadi 'kaunselor tidak rasmi' kepada pesakit lain saling sharing is caring di lantai wad.
Melihat pelbagai gelagat masyarakat pesakit menghadapi dugaan kehidupan membuatkan saya perlu lebih bersyukur kepada nikmat Allah iaitu nikmat iman dan Islam, dua nikmat terbesar.
Selain ketika berada di Wad Kelas 3, diri rasa perlu membantu orang lain yang lebuh memerlukan. Ketika berada di Kelas Wad 1, rasa diri insaf melihat ada insan lain yang lebih hebat diuji Allah namun masih tersenyum. Bahkan mereka terus mendirikan solat dan membaca Al Quran meskipun mereka tiada upaya dek kesan kimoterapi yang dilalui dan lain-lain lagi.
Kepada anak-anak pelajar saya yang sedang diuji dengan masalah kesihatan (sila klik di sini)samada berpunca dari kemalangan motorsikal dan gangguan kesihatan, sila patuhi temujanji yang telah hospital berikan ya.
Kepada anak-anak yang sedang dilanda dugaan masalah gangguan kesihatan samada disebabkan oleh masalah kesihatan dan akibat kemalangan, SEKOLAH DALAM HOSPITAL , sila klik di sini ya.
Di Pahang, Sekolah Dalam Hospital dijalankan di HOSHAS, Temerloh. Dalam program ini, cikgu akan datang ke wad dan mengajar di katil pesakit.
Banyak anak-anak yang terpaksa tinggal lama di hospital memperolehi faedah. Sekurang-kyrangnya anak-anak yang berada di wad ini tidaklah ketinggalan dalam silibus matapelajaran mereka di sekolah.
Banyak anak-anak yang terpaksa tinggal lama di hospital memperolehi faedah. Sekurang-kyrangnya anak-anak yang berada di wad ini tidaklah ketinggalan dalam silibus matapelajaran mereka di sekolah.
Walaupun sakit, sesungguhnya kesakitan tidak mengahalang anak-anak ini belajar dan mereka seronok pembelajaran begini. Sebenarnya telah ramai individu yang menghidapi penyakit sejak kecil tetapi mereka berjaya dalam kehidupan mereka berkat izin Tuhan Yang Maha Kuasa, mereka berjuang mengatasi sakit mereka selain berfikiran positif.
Sesungguhnya meskipun saya tidak terlibat dalam Program Sekolah Dalam Hospital Ini namun saya percaya program ini memberi sinar baru bagi anak-anak yang menjadikan hospital sebagai rumah kedua mereka untuk mereka mengharungi masa depan dengan lebih ceria dan cemerlang.
INFO: SDH
* Penubuhan SDH hasil kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan YNY.
* Hanya empat subjek utama diajar di SDH iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
* Dua sesi persekolahan iaitu pagi (10 pagi - 12 tengah hari) dan petang (2 petang hingga 4 petang).
* Langkah pencegahan perlu diikuti khususnya pelajar yang berada di wad pengasingan.
* Semua kemudahan termasuk buku dan peralatan menulis disediakan secara percuma.
* Maklumat prestasi pelajar akan dirujuk kepada sekolah asal selepas pelajar tamat rawatan.
* Perkhidmatan pendidikan di sekolah dimulakan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia sejak era 30-an.
Untuk melihat foto aktiviti SDH, sila ke blog seorang Pediatik yang ramah. Jom zoom ke Blog beliau; http://fahzahida.blogspot.com/
Sekolah Dalam Hospital diperluas
Pujian harus di beri kepada isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman atas idea bernas beliau mewujudkan sekolah dalam hospital. Program yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani itu
dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Kesihatan.
Sekolah Dalam Hospital yang diperkenalkan sejak
tiga tahun lalu diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara
termasuk di Sabah dan Sarawak sebagai satu inisiatif berterusan kerajaan
dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dan remaja
yang sedang menjalani rawatan di hospital.Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, pada masa ini terdapat lapan buah hospital yang mempunyai kemudahan Sekolah Dalam Hospital manakala dua lagi dalam perancangan untuk diwujudkan iaitu masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.
"Kementerian berpuas hati dengan tahap penerimaan ibu bapa dan masyarakat terhadap kemudahan yang disediakan melalui program ekolah Dalam Hospital ini memandangkan pembelajaran yang ditawarkan berorientasikan pendekatan didik hibur dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis tandatangan memperbaharui Memorandum dan Nota Persefahaman projek Sekolah Dalam Hospital bagi tempoh lima tahun akan datang di Putrajaya, baru-baru ini.
Projek yang dianggap mencipta sejarah dalam sistem pendidikan negara itu menggabungkan kerjasama dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan di bawah projek Hati Nurani Yayasan Nurul Yaqeen (YNY).
Pendekatan pembelajaran Sekolah Dalam Hospital berbeza daripada sekolah biasa iaitu berasaskan 'fun learning' yang menekankan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.
Persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan penuh warna-warni merupakan terapi secara semula jadi bagi pelajar dan kanak-kanak di hospital.
Matlamat penubuhan Sekolah Dalam Hospital adalah bagi membolehkan golongan murid yang tidak bernasib baik dan terganggu masalah kesihatan mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik melalui sistem pembelajaran yang teratur serta sistematik ketika menjalani rawatan di hospital kerajaan.
Sekolah itu dilaksanakan secara secara formal dan berstruktur dengan memfokuskan kepada kesediaan dan keupayaan murid yang sedang menerima rawatan di wad hospital.
Ketika diwujudkan pada Julai 2011, tiga perintis Sekolah Dalam Hospital ialah di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang.
Kemudian diteruskan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras pada kasa kedua projek itu.
Seterusnya, Sekolah Dalam Hospital di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor merupakan yang kelapan dan telah beroperasi bermula 1 April lalu manakala perluasan ke Sabah dan Sarawak dijangka dilaksanakan pada akhir tahun ini.
Setakat ini, lebih 22,000 murid yang mempunyai masalah kesihatan telah mendapat akses pendidikan menerusi projek itu sejak Julai 2011 hingga April tahun ini.
Sekolah dalam hospital
Sakit tidak halang kanak-kanak sambung belajar sambil jalani rawatan
Muhammad Hanif Mohd Sufian, 11, sepatutnya hadir ke sekolah seperti biasa bersama rakan sebaya, tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan dia banyak menghabiskan waktu hanya di katil hospital.
Walaupun sakit, kanak-kanak itu juga wajar diberikan hak yang sama seperti rakan lain. Ia juga penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran," Norazura Ab Aziz, Penyelia SDH PPUKM
Selepas dua bulan kembali ke rumah, Muhammad Hanif sekali lagi dirujuk ke hospital apabila mengalami demam berterusan dan hasil pemeriksaan, dia disahkan menghidap kanser kelenjar.
Menurut ibunya, Lamiah Uchap, 38, anak kedua daripada lima beradik itu kini menjalani sesi kemoterapi kali kedua selepas berehat dua bulan daripada sesi rawatan kali pertama.
Dihimpit rutin rawatan yang ketat menyebabkan Muhammad Hanif terpaksa melupakan seketika alam persekolahan dan senda tawa rakan di sekolah.
Teruja dapat belajar
“Kalau ikutkan, tahun ini dia hanya ke sekolah selama sebulan setengah saja menyebabkan Hanif banyak ketinggalan dalam pelajaran.
“Jadi, dengan adanya Sekolah Dalam Hospital (SDH), PPUKM ini, saya rasa lega sedikit. Sekurang-kurangnya dia tidak tertinggal banyak jika perlu tinggal di hospital berbulan-bulan begini,” katanya.
Cuba menyelami isi hati Muhammad Hanif, namun ternyata kesan ubat digunakan menyebabkan tubuhnya lesu tidak bermaya. Melihatnya membuka bibir mengucapkan sebaris ayat pun tampak sukar.
Bagaimanapun, semangat anak anggota tentera, Mohd Sufian Mohd Zauhari, 39, ternyata tetap membara untuk meneruskan persekolahan walaupun kadangkala hanya belajar di katil pesakit.
Ketika ditanya apakah cita-citanya, pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buluh, Selangor itu hanya menjawab sepatah, iaitu bomba.
Kata Lamiah, doktor sering mengingatkannya emosi pesakit yang menjalani kemoterapi sering berubah menyebabkan beliau menjadi lebih terbuka.
“Jadi, dia hanya akan ke SDH jika benar-benar larat. Jika dia kata tidak mahu ke sekolah, saya faham, tentunya kerana dia tiada daya.
“Bagaimanapun, jika dia ke SDH sama ada sesi pagi atau petang, sekurang-kurangnya waktunya terisi dengan sesuatu yang bermanfaat,” kata ibu tabah itu.
Lebih fokus
Melihatkan wajah Amani Hanani Zulkhairi, 17, tiada bezanya dengan remaja perempuan lain, tapi melalui redup matanya, dapat ditebak kekecewaannya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Seberang Jaya, Prai, Pulau Pinang itu pernah menjalani rawatan di PPUKM kerana leukemia ketika usianya 10 tahun sebelum disahkan bebas virus membunuh itu.
“Tiga minggu lalu, kanser kembali menyerang selepas keadaan kesihatannya tidak stabil dan timbul kesan lebam pada tubuh,” kata bapanya, Zulkhairi Kassim yang setia menemaninya.
Tambah jurutera bebas itu, beliau pada mulanya tidak percaya wujudnya SDH apabila pertama kali diberitahu doktor.
“Apabila anak berpeluang mengikuti kelas dikendalikan guru SDH, saya teruja, malah kagum kerana ada pihak yang tampil dengan inisiatif sebegini.
“Bayangkan apabila dimasukkan ke hospital dalam tempoh lama, pelajar pastinya akan ketinggalan, tapi melalui SDH ini, seorang guru untuk seorang pelajar, jadi fokus diberikan itu menyebabkan anak saya sendiri lebih memahami subjek diajar,” katanya.
Suasana SDH PPUKM hari itu turut ceria dengan suara halus Farhana Mardhiah Mustaza,4, yang mengisi waktu di pra sekolah, SDH PPUKM sementara menunggu sesi rawatan kimoterapi. Anak kecil yang setia ditemani ibunya, Faizah Khairuddin, mula menerima rawatan setelah disahkan menghidap leukemia tahun lalu.
Kaedah pengajaran, persekitaran mesra alam
Berbeza situasi guru sekolah biasa, guru SDH dilatih khas bagi mengendalikan pelajar terdiri daripada penghuni wad pediatrik.
Penyelia SDH PPUKM, Norazura Ab Aziz, berkata selaras objektif pendidikan kebangsaan, SDH dibangunkan bagi memastikan pendidikan dapat diakses oleh pelajar tidak kira di mana mereka berada.
“Walaupun sakit, kanak-kanak itu juga wajar diberikan hak yang sama seperti rakan lain. Ia juga penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.
Norazura berkata, SDH PPUKM termasuk dalam fasa kedua program SDH dicetuskan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) dinaungi isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sejak 2011.
Pusat ini mula beroperasi pada 17 Oktober lalu bersama tiga hospital lain iaitu Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Fasa pertama SDH membabitkan Hospital Ampang, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Serdang.
“Kami mempunyai sembilan tenaga pengajar terlatih di bawah Kementerian Pelajaran dalam opsyen masing-masing. Malah, sebelum diserap ke SDH, guru juga menjalani kursus jangka pendek bagi mendalami kaedah pengajaran dan ilmu psikologi.
“Istimewanya guru SDH, mereka berkemahiran mengajar pelajar berusia empat hingga 19 tahun meliputi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
“Kami juga mengajar subjek lain atas permintaan pelajar terbabit,” katanya.
Fleksibel tanpa tekanan
Mengendalikan pelajar yang tidak sihat memerlukan kaedah pengajaran dan persekitaran tanpa tekanan, justeru, kerana itu SDH menerapkan modul pembelajaran belajar sambil bermain atau fun learning.
Kaedah belajar sambil bermain menekankan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan. Melihatkan suasana persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan penuh berwarna-warni diakui menjadi terapi secara semula jadi bagi pelajar dan kanak-kanak di PPUKM.
“Melalui pemerhatian kami, ramai pesakit kanak-kanak pada awalnya mempunyai masalah komunikasi dengan doktor, bagaimanapun, sejak adanya SDH, ada banyak perubahan dari segi emosi,” katanya.
Tambah Norazura, apabila sakit, kanak-kanak mudah rasa rendah diri terutama pesakit yang tinggal di wad untuk tempoh jangka panjang disebabkan penyakit kritikal seperti kanser dan penyakit berkaitan kardiovaskular.
“Pendekatan yang kami gunakan lebih fleksibel, selalu memberikan mereka motivasi bagi mengubah persepsi terhadap orang sekeliling, malah mereka juga dilayan sama seperti kanak-kanak normal.
“Jadi diakui, pendekatan digunakan sedikit sebanyak membantu memperbaiki emosi dan psikologi mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Jururawat Pediatrik PPUKM, Che Tom Sabri, berkata pemilihan pelajar ke SDH ada kriteria tersendiri iaitu pesakit perlu dimasukkan ke wad lebih dua hari, mendapat kebenaran pegawai perubatan untuk hadir kelas sama ada di wad atau kelas SDH dan mendapat kebenaran ibu bapa serta penjaga.
“Setiap hari, borang khas perlu diisi mempunyai maklumat mengenai pesakit seperti nama, tahun belajar, sekolah asal, jenis penyakit, lokasi dan sesi pembelajaran.
“Pergerakan guru akan diatur berdasarkan maklumat itu,” katanya sambil memberitahu segala urusan membabitkan SDH PPUKM dan pesakit wad pediatrik dikendalikan pegawai perhubungan iaitu Pengurus Jururawat Pediatrik, Hernawati Daramin.
Sehingga kini, seramai 367 pelajar mendapat manfaat daripada SDH PPUM iaitu 38 orang pada Oktober tahun lalu, November (22), Januari (82), Februari (75) dan Mac (150).
Sumber; Berita Harian
0 Comments:
Post a Comment