Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Subhanallah Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud

Subhanallah Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud

 Al Fatihah





Al Fatihah Untuk Allahyarham  Bilal Roslan Ishak meninggal dunia ketika sujud dalam solat di Surau Bangi. Sebelum ini saya hanya mendengar dan mengetahui kejadian hamba Allah yang meninggal dunia ketika sujud berlaku di luar negara. Contohnya tersebar di youtube  kejadian seorang hamba Allah yang emninggal dunia ketika sujud di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah.

Namun Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Di mana-mana pun ada berlaku perkara ini. Termasuk di Malaysia. Alhamdulillah. Benarlah kasih sayang Allah sangatlah luas.

 Perkara ini telah menggemparkan penduduk kerana menghembuskan nafas ketika sujud atau menunaikan solat adalah mulia dalam Islam. Apatah lagi ianya berlaku di bulan yang penuh mulia iaitu Ramadhan.

 Roslan yang juga seorang bilal di Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi disahkan meninggal dunia ketika sedang bersujud pada Solat Zohor 23 Ramadhan 1434 atau bersamaan dengan 1 Ogos 2013.


 

BANGI, 1 Ogos - Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini mengejutkan orang ramai, apabila beliau ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit. 



Kejadian ini menggemparkan penduduk setempat, tambahan pula di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. "Arwah Meninggal hari Khamis malam Jumaat... Bulan puasa... 10 hari terakhir Ramadhan.. Dan sewaktu sujud.."

 Kepada keluarga arwah Bilal ini, saya ucapkan takziah. Saya jua iringi doa semoga Allah letak arwah d syurga Firdaus..aminnn..


sumber; Facebook

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .