Biasiswa Universiti Multimedia 2013
MMU tawar biasiswa penuh kepada 10 pemohon
KUALA LUMPUR -
Universiti Multimedia menawarkan biasiswa penuh
kepada 10 pemohon terbaik yang bakal mengikuti pengajian sarjana muda
dalam bidang kejuruteraan, sains komputer, teknologi maklumat (IT) dan
bioinformatik bagi pengambilan Oktober ini.
Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Muhamad Rasat Muhamad berkata, biasiswa itu membabitkan nilai keseluruhan RM600,000.
"Kami ditugaskan untuk mengupayakan negara ke arah ekonomi berasaskan
pengetahuan dan IT, sekali gus membolehkan kami mempertingkatkan
inisiatif ini.
"Biasiswa ini akan membolehkan kami menarik bakat terbaik mengikuti
pengajian dalam disiplin teras kami,” katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Untuk layak memohon biasiswa itu, pelajar mesti mempunyai
sekurang-kurangnya Purata Penilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 dalam
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
dan A-level.
"Selain kelayakan akademik, pelajar juga akan dinilai berdasarkan
ciri-ciri kepimpinan serta latar belakang sosioekonominya selain rekod
baik dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti sukarelawan,” katanya.
Tarikh akhir permohonan ialah 18 September dan mereka yang berminat
boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi www.mmu.edu.my. - Bernama
Related Posts:
Lepasan SPM 2018 Permohonan Matrikulasi KPM dilanjutkan sehingga 2 April 2019
Lepasan SPM 2018 Permohonan Matrikulasi KPM dilanjutkan sehingga 2 April 2019
Permohonan Matrikulasi dibuka mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019
PUTRAJAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)… Read More
Program Jom Masuk UniMAP untuk masyarakat Kedah dan Pulau Pinang 2017
Program Jom Masuk UniMAP untuk masyarakat Kedah dan Pulau Pinang 2017
Sila kepilkan permohonan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan/MyKad c… Read More
Permohonan Diploma Kejururawatan, Radiografi & Makmal Perubatan di PPUM Ambilan 2017Permohonan Diploma Kejururawatan, Radiografi & Makmal Perubatan di PPUM Ambilan 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Permohonan Diploma Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Ra… Read More
Tawaran Ke program Ijazah Sarjana Muda Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Muar, JohorTawaran Ke program Ijazah Sarjana Muda Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Muar, Johor
Tawaran kemasukan ke p… Read More
PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 2017PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 2017
Penundaan Tarikh Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2017 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Atas T… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment