Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kereta Proton Suprima S Dilancarkan

Kereta Proton Suprima S Dilancarkan



BAHAGIAN belakang Proton Suprima S.
Kereta model terbaharu keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton), Suprima S, yang dilancarkan semalam adalah model hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa Turbo 1.6 liter. Sebagaimana yang diketahui, Proton Holdings Bhd pada Sabtu 17 Ogos 2013 telah melancarkan model terbaru versi hatchback  Proton Suprima S ini.

Kereta Suprima S model hatchback mampu milik pertama bagi generasi baru, untuk pasaran tempatan dan global. Proton Suprima S yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi dan keselamatan terkini, turut menerima anugerah lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian depan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.



 DR. MAHATHIR (kanan) bersama Mohd. Khamil (tengah) dan Lukman bergambar bersama kereta Proton Suprima S pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.

 

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Penasihat Kumpulan Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pameran dan Konvensyen MATRADE


Proton Suprima S

Pengenalan model berkenaan adalah kesinambungan daripada kejayaan model Proton Preve sedan yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu dan kelahiran Proton Suprima S pula lebih dikenali Preve Hatchback dengan menggunakan kod P3-22A.

Proton pada Jun lalu, melancarkan peraduan “Nama Siapa Hebat” yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakan model kompak terbarunya dengan hadiah utama berupa sebuah model baru versi Premium beserta hadiah pakej pelancongan, wang tunai dan gajet elektronik bernilai lebih RM120,000.

Sumber industri berkata, antara ciri menarik model berkenaan ialah reka bentuknya yang lebih aerodinamik dengan gaya kereta Eropah manakala ruang dalaman dan but lebih luas.

“Kelahiran model ini adalah selari dengan perkembangan semasa industri automotif yang kini menyaksikan model hatchback diperkenalkan sejurus selepas sesebuah model sedan dilancarkan.

 
Diiktiraf sebagai kereta yang menepati piawaian antarabangsa, Suprima S dilengkapi ciri-ciri keselamatan maksimum seperti enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS) serta kawalan kestabilan elektronik. 

“Model ini menjadi model kereta pertama di negara ini yang menggunakan radio Android keluaran Blaupunkt yang mempunyai fungsi untuk melayari Internet,” katanya.

Beliau berkata, dengan sentuhan kejuruteraan Lotus yang terkenal daripada segi aspek teknologi enjin dan pemanduan, model baru itu mampu memikat golongan muda yang gemarkan kereta yang lebih sporty serta kompak. Ciri keselamatan lain ialah sistem brek anti kunci (ABS), EBD, beg udara SRS berkembar, kawalan cengkaman (TC), pengawal stabiliti elektronik (ESC) dan lampu hadapan automatik.



Ciri lain termasuk butang kawalan di stereng, pedal penukar gear di stereng, butang pemula, auto cruise, pengelap cermin automatik, sistem audio sambungan Bluetooth, USB, iPod dan navigasi GPS
Harga jualan atas jalan bagi varian Suprima S Eksekutif diumumkan RM76,338 seunit manakala varian Premium pula pada harga RM79,638 seunit untuk Semenanjung.
Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Proton suprima S ini dipamerkan dengan lima variasi warna iaitu, Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquilty Black

Maklumat lanjut mengenai Proton Suprima S, klik pada tajuk pautan berwarna biru yang disertakan
Harga dan Spesifikasi Suprima S - Executive 
Harga dan Spesifikasi Suprima S - Premium

Sumber; Harian Metro dan Kosmo Online

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .