Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
Gambar dua orang anggota tentera semasa di Hari Terbuka ATM 2013 Kuantan Pahang. Maaf nama mereka berdua saya dah terlupa. Jika mereka berdua ada terbaca artikel ni, sila tinggalkan komen ya. Terima kasih kerna mereka berdua ini sudi membenarkan gambar mereka dirakamkan dan dimuatnaik di blog ini.
Pada hari berkenaan memang panas terik tapi ramainya orang pergi ke sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai pelajar saya bertanya cara hendak menjadi anggota tentera. Jadi entry ini saya catatakan di blog ini bagi memudahkan para pelajar saya membuat rujukan online di blog saya.
Bagi calon SPM 2013, Peperiksaan percubaan SPM akan diadakan bermula Khamis ini. Semoga anak-anak pelajar telah membuat persiapan mental dan lain-lain dnegan selengkapnya.
Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan
minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara,
bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam
TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat
dan kriteria yang diperlukan:
SYARAT LANTIKAN
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
- Lulus latihan asas ketenteraan
KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT LASKAR UDARA GRED ZA 1 BAND 1
Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains atau salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
atau* Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan.
atau
KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT LASKAR UDARA GRED ZA 1 BAND 1 DALAM TUGAS KHUSUS
Memiliki Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL
* Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik (tanpa kaca mata) dan tidak kabur warna.
* Ukuran badan minima:
Perkara | Lelaki | Wanita |
---|---|---|
Tinggi | 1.62 m | 1.57 m |
Berat | 47.5 kg | 40.5 kg |
BMI | 18-25 | 18-25 |
Ukuran Dada | 76cm | - |
KETUKANGAN
- Anak Kapal
- Kuatermaster Udara, Pramugari
- Kejuruteraan
- Rangka Kapal Terbang, Avionik, Instrumen, Senjata, Elektrik, Enjin, Pembantu Statistik, Alat Banud
- Pengurusan Ruang Angkasa
- Juruteknik Pertahanan Udara, Pembantu Kawalan Trafik Udara, Bomba
- Pentadbiran
- Pembantu Tadbir, Pembantu Sajian, Pancaragam, Pembantu Tahan, Jurulatih Jasmani
- Logistik
- Juruteknik Logistik, Juru Katalog, Sistem Logistik, Pemandu
KEMUDAHAN DALAM TUDM
- Penginapan
- Anggota bujang disediakan Berek/Wisma
- Anggota berkahwin disediakan rumah keluarga
- Anggota berkahwin tidak disediakan rumah keluarga layak mendapat
- Imbuhan Tetap Perumahan
- Rawatan
- Rawatan perubatan/pergigian percuma termasuk keluarga dan ibu bapa
- Keistimewaan Kelas Wad di Hospital
- Kelas 1 Bertiga/Lebih (Pegawai Waran U II hingga Pegawai Waran Udara I)
- Kelas II (Laskar Udara hingga Flait Sarjan)
- Cuti Tahunan/Waren Perjalanan
- Laskar Udara hingga Pegawai Waran Udara I – 30 hari
- Waren Bas
- Waren Keretapi
- Waren Bot
- Perkhidmatan Dobi Percuma
- Caruman LTAT
- Koperasi Tentera
- Rangsum (sajian) percuma semasa latihan /kursus/bertugas
- Pakaian seragam percuma
- Biasiswa penuh pengajian di Universiti Pertahanan/KTU
- Kemudahan sukan dan rekreasi
- Pinjaman perumahan/Kenderaan/ Komputer
- Peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA tajaan ATM
- Kemudahan kedai PERNAMA
- Latihan peralihan sebelum tamat perkhidmatan
CARA-CARA MEMOHON
Pemilihan Perajurit Muda TUDM dilaksanakan secara temuduga terbuka (walk-in) di tempat-tempat yang ditetapkan. Maklumat pemilihan disiarkan melalui:
- Iklan di dalam akhbar tempatan
- Laman sesawang TUDM
- Diumumkan melalui siaran Radio
- Sijil Diploma dan Transkrip
- Sijil SPM/SPMV
- SKM Tahap 2 ke atas
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Berhenti Sekolah
- Lain-lain sijil kemahiran (Jika ada)
- Pemohon yang memegang laporan kehilangan Kad Pengenalan (JPN 1/11) boleh dipertimbangkan dengan syarat telah disahkan oleh pejabat pendaftaran Negara
- Sekeping gambar warna ukuran passport
- Sampul surat berukuran 5″ X 9″ beralamat sendiri serta setem RM 1.00
PERTANYAAN
Sila gunakan alamat dan nombor telefon ini untuk semua pertanyaan mengenai kerjaya TUDM:MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR TEL: 03 – 26812412/2413/2414
2 Comments:
Salam.
Dua individu di atas sebenarnya merupakan juruterbang dan juruteknik Cawang Udara TLDM. TLDM turut mempunyai peluang kerjaya di dalam bidang penerbangan.
waalaikumussalam terima kasih Penapertanan di atas kesudian komentor saudara. Saya dah melihat blog saudara di link:
http://penapertahanan.blogspot.com/
Post a Comment