Liga Remaja kreatif
Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia . Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam
industri kandungan
Durasi Penyertaan : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 1 Ogos 2010Nak tahu hadiahnya? Klik sini.
Liga Remaja Kreatif dilancar
SIBU 12 Mei - Liga Remaja Kreatif Peringkat Kebangsaan yang dilancarkan hari ini mampu memberi peluang kepada generasi muda mewarnai industri kreatif negara dalam kluster komunikasi dan multimedia.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia mampu memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan, mendidik remaja asas kemahiran dan produksi serta mencetus keterujaan remaja negara dalam potensi dan peluang industri kandungan.
''Liga ini melibatkan semua remaja supaya ilmu mencipta kandungan ini menjadi sesuatu yang penting dan mampu memajukan industri komunikasi dan multimedia pada masa depan.















