Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP
Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP
Tarikh : 22- 23 Jun 2012
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Dewan Lama Majlis Daerah Rompin.
Aktiviti Menarik Menanti Anda.
- Pameran Pendidikan.
- Sesi Taklimat dan Pendidikan Kerjaya -
- Maklumat bidang pengajian yang ditawarkan di IKIP seperti Pengajian Islam, Pengurusan dan Perniagaan, Seni Lukis dan Seni Reka serta bidang Sains dan Teknologi.
- Sesi temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
- Kuiz Minda
- Cabutan Bertuah
Orang ramai, khususnya LEPASAN SPM, dijemput hadir.
KAMPUS KOLEJ IKIP DI TAMAN GELORA KUANTAN
PETA KOLEJ IKIP DI KUANTAN
MENGAMATI MODEL KAMPUS INDUK... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menunjukkan sesuatu pada model kampus sambil diperhatikan oleh (dari kiri ke kanan) Dato' Prof Dr Zaleha, Dato' Saariah, Tan Sri Abdul Rashid, Dato' Dr Abdul Monir dan ahli Lembaga Pengarah, IKIP Education Sdn Bhd, Dato' Ti Lian Ker.
Artikel di bawah (IKIP capai penarafan 5 bintang, IKIP bantu pelajar SPM pilih kursus ke IPT, Ikip teruskan program Jelajah Kembara Pendidikan) menggambarkan prestasi IKIP yang berkualiti tinggi dan dekat dengan masyarakat khususnya pelajar sekolah menengah.
*** Kampus Induk IKIP Sudahpun
bermula kerja-kerja tapak. Pembinaan kampus induk Kolej Antyarabangsa IKIP ini di atas
tanah seluas 6.3 hektar, dijangka siap dalam tempoh lima (5) tahun pada 2017
dengan mampu menampung pelajar 2,000 orang.
*** Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mahukan usaha digerakkan bagi menjadikan
Kolej Antarabangsa IKIP sebagai sebuah ‘full-fledged university’ (universiti sepenuhnya).
*** Boleh
dijayakan sementelah Kolej Antarabangsa IKIP mempunyai keupayaan termasuklah adanya
Lembaga Penasihat Akademik yang dianggotai oleh tokoh-tokoh termasuklah Dato’ Prof
Dr Zaleha Kamaruddin, yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM).
*** Antara ciri-ciri
utama kampus induk Kolej Antarabangsa IKIP yang sedang dalam pembinaan ini
ialah bangunan-bangunan Canselori, dewan utama, sekolah-sekolah pengajian,
pusat pelajar serta empat (4) blok asrama empat (4) tingkat.



















