Video Nikmat Ujian Nazrey Johany
Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH
By Puan Ummi Tuesday, June 16, 2015
bimbingan dan kaunseling, Motivasi, Mutiara Kata, Usah Sedih No comments
Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH
Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang mana ayahandanya sendiri membuat berhala,

Tahniah SK Kandis Harumkan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa
By Puan Ummi Friday, November 29, 2013
dunia pendidikan, kisah kejayaan, Kisah Masyarakat, kisah motivasi, Malaysia, Motivasi, Pelajar cemerlang No comments
Tahniah SK Kandis Harumkan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa dapat tempat kelima pertandingan robotik dunia
MOHD. Safuan Abdul Rahim (dari kiri), Mohd. Haziq Nordin dan Mohd. Muaz
Mat Lazim
anak petani Kampung Kandis, Bachok yang mewakili negara dalam
Pertandingan Inovasi Robotik Dunia 2013 di Jakarta, baru-baru ini.
Sumber gambar; Utusan Malaysia
Mohd. Safuan Abdul Rahim, 12; Mohd. Muaz Mat Lazim, 12, dan Mohd. Haziq Nordin, 11 adalah 3 orang anak petani yang belajar di Sekolah Kebangsaan
(SK) Kandis.
Mereka telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa apabila merangkul tempat kelima dalam Pertandingan Inovasi
Robotik Dunia 2013 di Jakarta, Indonesia pada 14 hingga 17 November
lalu.
Mereka telah menunjukkan keupayaan dan ketangkasan membina robot untuk bersaing dengan peserta dari 26 buah negara di seluruh dunia.
Guru pengiring, Khairul Azman Awang Hamat berkata, tiga anak petani itu adalah murid pintar sekolah luar bandar yang menjuarai pertandingan robotik peringkat sekolah rendah negeri Kelantan.

Adik ini ada yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR).
Subhanallah. Anak kampung yang cekal + gigih. Teringat lagu Aku Anak Kampung....
Tahniah kepada ibu bapa dan guru kepada 3 orang murid SK Kandis, Bachok, Kelantan di atas kejayaan mereka.
Marilah kita contohi kegigihan anak-anak muda ini.
Tahniah SK Kandis Ke Peringkat Antarabangsa, SK Kandis tempat kelima pertandingan robotik dunia
Program Motivasi Pecutan Akhir PMR Bersama Siswa UMP
By Puan Ummi Sunday, November 10, 2013
bimbingan dan kaunseling, Motivasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, SMK Lepar Hilir No comments
Program Motivasi Pecutan Akhir PMR Bersama Siswa UMP
Program Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP telah diadakan 2 minggu sebelum PMR bermula. Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Kehadiran Encik Za'aber, Pengurus Felda Lepar Hilir 1 dan 4 bersama Pengerusi PIBG SMK Lepar Hilir, sangat dihargai.
Terima kasih kepada PERSIS Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Pahang dan Kaunselor Pelajar UMP di atas kesudian mereka hadir mengadakan program ini. Smeoga jalinan di antara UMP dan SMK Lepar Hilir akan terus mekar pada masa-masa akan datang

MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013
By Puan Ummi Sunday, November 10, 2013
berita sekolah, Foto, kisah motivasi, Motivasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, selepas SPM, SMK Lepar Hilir, SPM No comments
MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI
PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013
MOTIVATOR RAZALI BERSAMA PELAJAR, IBUBAPA PELAJAR DAN GURU SMKLH
MOTIVATOR RAZALI BERSAMA PELAJAR, IBUBAPA PELAJAR DAN GURU SMKLH

Seseorang pelajar yang cemerlang bukan hanya berjaya dalam bidang akademik malah harus mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji agar dapat dijadikan modal insan untuk generasi muda seluruhnya selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam dunia yang serba mencabar.

Tarikh : 25
Oktober 2013 (Hari Jumaat)
Masa Program :
8.30 pagi -12.00 tengah hari
Tempat : Dewan
Seri Bestari, SMK Lepar Hilir.
Program dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SMK Lepar Hilir, Encik Hawari Bin Bachik. Terima kasih pihak kami ucapkan di atas kesudian YDP PIBG SMKLH merasmikan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang hadir.
Aturcara Majlis Restu Ilmu Calon SPM
2013 SMK Lepar Hilir Jumaat 25 Oktober 2013
7.30 am : Perhimpunan Pelajar
8.10 am :
Semua guru tingkatan, guru
ketua bidang dan guru matapelajaran mengambil tempat. Pelajar
Tingkatan 5 Masuk ke Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir
Kehadiran
ibubapa.
8.30 am :
Bacaan Doa Selamat
Al Fadhil Ustaz Tn.Hj.Ikmal Hisham b. Kamal Hakim.
8.40 am : Ucapan Perasmian Oleh Pengurus
Felda Lepar Hilir
Encik Za’aber Bin Abdul Rasid
8.50 am : Ceramah Pecutan Akhir SPM-
Tip
Menghadapi Peperiksaan Untuk Pelajar, Ibubapa dan Guru
Oleh
Motivator Jemputan, seorang pensyarah dan penulis, Encik Mohd Razali
Maarof
10.10 am : Rehat
Ibu Bapa Bersurai
10.30 am ; Semua guru tingkatan, guru ketua bidang dan
guru matapelajaran mengambil tempat. Pelajar Tingkatan 5 Masuk ke
Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir
10.35am : Bacaan
Doa Menghadapi Peperiksaan
Al
Fadhil Ustaz Tn.Hj.Ikmal Hisham b. Kamal
Hakim.
10.55am : Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 5
10.55 am : Ucapan YDP PIBG
11.10 am : Ucapan GPK Penolong Kanan Pentadbiran
Puan
Norilah Binti Adam
11.20 am : Ucapan Pengetua
Puan Siti Mariam Binti Baharudin
11.35 am : Tayangan Multimedia Tingkatan 5 SMK Lepar Hilir
11.40 am : Sesi bersalaman dengan guru-guru.
BIODATA PENCERAMAH MOTIVASI:
MOHD RAZALI MAAROF (ABU RIDHWAN)
Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS), UiTM
Ijazah Pengurusan Perniagaan(Pemasaran) (BBA) – UiTM
Bertugas sebagai Pengurus Pembangunan dan Hubungan Luar, Kolej Teknologi Darulnaim
Dilahirkan di Kajang, Selangor dan dibesarkan di Lenggeng, Negeri Sembilan. Sudah berkeluarga dan memiliki dua orang cahaya mata.
Pengalaman Kerjaya:
Head Supervisor, Mydin Wholesale Emporium (1997-1998)
Pengurus Operasi Hisham & Co. (1998-1999)
Pengurus Pemasaran Anis Pharmacy Group (2000-2003)
Pengurus Berkat Istiqamah Sdn Bhd (2003-2004)
Pengurus ProCAST Consultancy (2004-2007)
Pengurus Pembangunan & Hubungan Luar Kolej Teknologi Darulnaim (2007 – kini)
Pengalaman Berkaitan:
1. Banyak mengendalikan program-program motivasi, kem kepimpinan, khemah ibadah, kursus jatidiri untuk remaja sekolah rendah, menengah dan IPT.
3. Penceramah jemputan untuk program remaja yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah, IPT serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Lain-lain Pengalaman:
1. Alumni ESQ Training Angkatan 1, Malaysia
2. Menyediakan Modul dan Mengendalikan Program-program Remaja dan Mahasiswa
Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM
By Puan Ummi Tuesday, November 05, 2013
DOA, Motivasi, peperiksaan, Petua, Tip Menjelang Peperiksaan, tips No comments
Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.Lihat semua soalan.
4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
Artikel sebelum ini, Menjelang Peperiksaan, sila klik di sini.
SEDIKIT PERKONGSIAN DOA JIKA TERLUPA
Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
Buat semua calon SPM 2013.
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.

| Doa ketika terlupa jawapan | |||
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
|
|||
| “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku |
|||
|
Kepada semua calon yang berjuang di dalam
kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan,
dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan
baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan
cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar) |
Salam AidilAdha 1434 Ketabahan Hajar Iktibar Buat Kita
Salam AidilAdha 1434 Ketabahan Hajar Iktibar Buat Kita
Semoga kita dapat mencontohi pengorbanan Hajar Ibu Nabi Ismail dan Pengorbanan Nabi Ibrahim. Sila klik di sini untuk info lanjut
Kisah Siti Hajar Iktibar Buat kita, sila klik di sini
Semoga kita dapat mencontohi pengorbanan Hajar Ibu Nabi Ismail dan Pengorbanan Nabi Ibrahim. Sila klik di sini untuk info lanjut
Kisah Siti Hajar Iktibar Buat kita, sila klik di sini
Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana
By Puan Ummi Tuesday, October 08, 2013
kisah motivasi, Motivasi, peperiksaan, renungan, SPM, Tip Menjelang Peperiksaan No comments
Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anak-anak...yang rajin menatap tulisan saya di sini dan kemudian kita berdiskusi kembali di sekolah, terima kasih saya ucapkan. Masa memang amat cemburu dnegan kita, kan. Masa mengenali anak-anak cuma dalam tempoh 9 bulan rasanya belum cukup untuk saya mengenali keseluruhan diri anak-anak. Namun, saya ucapkan ribuan terima kasih anak-anak sentiasa tidak jemu membuat temu janji dengan saya hingga ada yang merajuk hati. Maaf ya anak-anak.
Saya tidak dapat memuaskan hati semua anak-anak, tetapi saya cuba membantu secara umum. Anak-anak perlu utamakan proses P&P. Saya sedia bertemu anak-anak di luar waktu sekolah agar tidak mengganggu PNP anak-anak. Terima kasih ya anak-anak, kerana sentiasa membuatkan perkhidmatan kaunseling ini sentiasa HOT MARKET.

PEREMPUAN ITU BUKAN AKU Aku Bukan Perempuan Itu
By Puan Ummi Tuesday, September 10, 2013
Dunia Gadis, Kisah Masyarakat, Motivasi, puisi, renungan, wanita 1 comment
PEREMPUAN ITU BUKAN AKU
Aku Bukan Perempuan Itu
Assalamualaikum
dan selamat malam anak-anak pelajar dan sahabat sekalian, Dunia Cikgu Kaunseling Online malam ini ingin berkongsi article ini
yang saya petik daripada laman i luv islam. Semoga ia amat-amat memberi
kita pegajaran yang berguna. Dunia Cikgu Kaunseling Online rasa besar sungguh nilai seorang
wanita itu sekiranya kita mampu menjaga diri kita seumpama ini. Hati Kita
tidak mampu jika ia tidak di didik dan di latih. Ya Allah, kuatkan hati KAMI dan jangan pernah Kau ambil dari kami nikmat dan hidayah pinjaman-Mu
ini.....
SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL
Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia
moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..
Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku
perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam
cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian.
Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.
TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
By Puan Ummi Sunday, August 18, 2013
Bidang Perkhidmatan UBK, bimbingan dan kaunseling, kaedah belajar, kemahiran belajar, Motivasi, peperiksaan, Petua, Tip Menjelang Peperiksaan, tips, Tugas Hakiki No comments
TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu.
Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari. Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.
Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.
Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Aku Seorang Perempuan
By Puan Ummi Sunday, August 11, 2013
Dunia Gadis, kesihatan wanita, kisah motivasi, Motivasi, puisi, renungan, wanita No comments
Aku Seorang Perempuan
Rupa paras sering menjadi taruhan penglihatan
Pada mata lain yang sentiasa memandang
Pada mata lain yang sentiasa memandang
Hanya kerana aku seorang perempuan …
Kegembiraan aku sering dimainkan oleh orang sekeliling
Hanya kerana aku seorang perempuan….
Apa jua keburukan diri terus disuluhi
Berbanding kebaikan diri
Hanya kerana aku seorang perempuan ….
Air mata menjadi peneman diri waktu kesedihan mendatang
Tatkala hati disakiti bertubi tubi tak henti –henti
Hanya kerana seorang perempuan ….
Kebergantungan hidup sering dikaitkan dengan lelaki & family
Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013
By Puan Ummi Wednesday, July 31, 2013
catatan pemilik blog, DOA, Motivasi, peperiksaan, PMR, Tip Menjelang Peperiksaan No comments
Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Lepar Hilir, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 akan
bermula pada 29 Julai 2013. Semoga anda telah bersedia dengan bekalan
secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya.
WAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPI
By Puan Ummi Sunday, June 30, 2013
Bina Bahagia, cinta remaja, Dunia Gadis, Isu Gender, kaunseling individu, Lelaki, Motivasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, pengurusan cinta, renungan, wanita No comments
WAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPI
Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.
Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH
By Puan Ummi Saturday, June 29, 2013
anak kecil, catatan pemilik blog, jiwa anak, keibubapaan, KES DERA, Kisah Masyarakat, Motivasi, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, Pengalaman Cikgu Kaunseling, prihatin, puisi No comments
ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH
Apalah dosa anak kecil ini.
DADAH BUKAN PEMBERI BAHAGIA
BAHAGIA ITU MAKNAWI
ANUGERAH ILAHI
MAKA DEKATKANLAH DIRI DENGAN TUHANMU
MAKA DI SITU KAU KAN TEMUI BAHAGIA
Beginilah bila dadah sudah menguasai fikiran dan seluruh tubuh.
Dadah sangat kejam.
Dadah hapuskan kasih sayang.
Dadah pisahkan anak dengan ibu bapa.
Dadah hancurkan cinta suci suami isteri.
Dadah bunuh jiwa anak-anak.
Dadah musnahkan rumahku syurgaku.
Dadah biarkan fantasi kuasai realiti.
Dadah hancurkan cinta sejati
Cinta ibu pada anak
Cinta ayah pada anak
Cinta anak pada ayah
Cinta anak pada ibu
Cinta abang pada adik
Cinta adik pada abang
Cinta dan kasih sayang lenyap
Kau kata
saya malas solat, saya malas sangat,
saya malas belajar, saya malasssssssssss
saya cuma rasa nak lari dari masalah
dengan ambil dadah
Salahke?
Itu katamu.
Dengarlah wahai insan
Dengan ambil dadah
Dengan ambil dadah
Yang ada hanya
Dunia fantasi
di awangan
Janganlah kau khianati sebuah persahabatan
sebuah kasih sayang nan suci
Kau hapuskan kasih sayang sahabat sejati
Meracuni sahabatmu dengan dadah
Teganya hatimu
melihat sahabatmu derita dengan dadah yang kau kenalkan
sedangkan balasan TuhanMu itu sangatlah benar
Hari Pembalasan pasti akan tiba
Kerana Janji Allah itu maha benar
Dadah bukan penyelesai segala masalahmu wahai insan
Dadah yang kau rasa bahagia
Itu sebenarnya ada dalah derita
Dadah yang kau rasa beri kau penyelesaian masalah yang berserabut otak
Sebenarnya adalah tipuan
Hakikatnya kau tak boleh lari dari masalah
Masalah perlu dihadapi
Dengan sabar dan doa pada Yang Maha Esa
Masalah dihadapi dengan sabar mendirikan solat memohon kekuatan daripada Allah SWT Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang
PUSI JIWA CIKGUKAUNSELING.COM
SILA BACA CATATAN PENGALAMAN SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH
YANG TABAH DAN CEKAL MEMBESARKAN ANAK-ANAK SENDIRIAN
TANPA SUAMI DI SISI KERANA SUAMI ASYIK KELUAR MASUK PUSAT SERENTI
BACALAH KISAH KETABAHAN WANITA INI SEHINGGA ANAK-ANAKNYA BERJAYA KE MENARA GADING:
JURNAL KEHIDUPAN CERITA SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH KLIK DI SINI

KUALA TERENGGANU – Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.
Ceramah Motivasi Pak Engku Yang Menyentuh Perasaan
By Puan Ummi Monday, June 24, 2013
berita sekolah, dunia pendidikan, kisah motivasi, Motivasi, SMK Lepar Hilir, Unit HEM No comments
Ceramah Motivasi Pak Engku Yang Menyentuh Perasaan
Secara peribadi, ini adalah pengalaman kedua saya bersama Ceramah Motivasi Pak Engku,. Kali pertama sewaktu saya di SMK Jengka Pusat 2, sila klik di sini.
Ceramah motivasi oleh YM Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Engku'. Motivasi yang di sampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di negeri Pahang iaitu Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan Beliau adalah pengerusi rumah anak-anak yatim Tengku Ampuan Fatimah di Kuantan.
Pak Engku memaparkan video anak-anak yatim di bawah jagaannya. Cerita tentang anak yatim. Beliau ada membuka sebuah rumah anak yatim. Di situ, ada anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat HIV. Budak itu juga menghidap penyakit yang sama.
Rahsia Pelajar Cemerlang UiTM 2013 Belajar Berkumpulan
By Cikgu Ma Thursday, May 16, 2013
Halatuju, IPTA, kerjaya, kisah kejayaan, kisah motivasi, Motivasi, Pelajar cemerlang, Petua, tips, UiTM No comments
Rahsia Pelajar Cemerlang UiTM 2013 Belajar Berkumpulan
Belajar berkumpulan rahsia tiga pelajar UiTM cemerlang
ABDUL RAZAK (kiri), Muhammad Asyraf (dua dari kiri) dan Ahmad Zahir (kanan) berkongsi kegembiraan bersama rakan mereka.
Wanita dan lelaki saling melengkapi
By Puan Ummi Monday, May 13, 2013
Bina Bahagia, catatan pemilik blog, catatanku, cinta, kaunseling individu, keibubapaan, Lelaki, Motivasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, pengurusan cinta, suami isteri, Usah Sedih, wanita 9 comments
Wanita dan lelaki saling melengkapi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ketika ini, musim cuti sekolah telah pun berlalu dan bakal tiba tidak lama lagi. Antara perkara yang sinonim dengan cuti sekolah ialah majlis kenduri perkahwinan. Acapkali juga menerima kad jemputan kahwin yang tertulis dengan pelbagai madah..
Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil Iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu belajar.
Untuk suami.. renungkanlah...Untuk suami.. renungkanlah...
...Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?......
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.
Untuk isteri renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.
DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.
Berubah kepada Positif Bermulanya Harapan satu anugerah
By Puan Ummi Tuesday, April 30, 2013
anak remaja, kisah motivasi, Motivasi, Pautan Motivator Malaysia, Pendidikan Perkembangan Remaja No comments
Berubah kepada Positif Bermulanya Harapan satu anugerah
Assalamualaikum artikel ini adalah petikan tulisan Yang Mulia Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pengaasas MAP Training, yang juga motivator terkenal tanahair. Kita ikuti catatan pengalaman beliau.
Harapan satu anugerah
Pada tahun 2000, seorang pelajar yang bermasalah mengikuti program
Motivasi Alihan Pelajar anjuran MAP Training & Consultancy Sdn
Bhd. Pelajar itu terbabit dengan masalah rempit, lumba haram, gaduh,
buli dan ponteng.
Ketika menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), beliau hanya mendapat 1B, 1C, 4D serta gagal subjek Sains dan Matematik.
Ketika mengikuti kursus MAP, peperiksaan PMR hanya tinggal 42 hari lagi. Ibunya nekad memasukkan dia ke program itu.
Bagi si ibu, sedikit perubahan atau pencapaian lebih baik daripada tiada langsung. Selepas selesai menghadiri kursus MAP selama dua hari, pelajar itu mula sedar lalu tidak menoleh ke belakang lagi.
Dia belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan PMR lalu ditawarkan ke sekolah asrama penuh.
Menakjubkan! Namun cerita ini adalah kisah benar. Video selama lima minit mengenai kejayaan pelajar ini boleh ditonton di laman web www.laman-map.com.
Pelajar ini kini berusia 27 tahun dan memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Apa sebenarnya yang berlaku? Pasti sesuatu terjadi selepas beliau menghadiri program itu.
Soal mahu atau tidak
Pertamanya, apabila berdepan dengan pelajar kita mesti yakinkan mereka tetap memiliki harapan untuk berjaya. Selepas tamat kursus MAP, pelajar itu datang kepada saya dan bertanya sama ada dia masih boleh mencapai keputusan cemerlang dalam PMR yang berbaki 42 hari.
Jawapan saya, “Ia bukan persoalan boleh atau tidak, tapi ia sama ada mahu atau tidak mahu?”
Jika mahu, letaklah harapan. Yakinlah Allah pasti memakbulkannya. Lalu aturlah perancangan dan senaraikan apa yang mesti dilakukan. Akhirnya, lakukan saja dengan bersungguh-sungguh dan tepis segala bisikan-bisikan hati negatif atau cakap-cakap orang yang boleh membunuh motivasi diri.
Semakin hari, kita perlu semakin bersemangat dan seronok kerana kita semakin hampir memenuhi harapan itu. Dengan adanya harapan, semangat juang tidak mungkin padam.
Kaedah belajar mudah
Ubah minda mengenai belajar. Selama ini pelajar itu fikir belajar itu susah, otaknya memang lemah, banyak yang perlu dibaca dan dihafal, banyak yang dia tidak tahu dan tidak faham.
Oleh itu cara fikir ini perlu diubah. Pelajar perlu diajarkan cara membaca dan mengambil nota yang betul. Berikan mereka cara belajar yang mudah bukan menyusahkan.
Pengalaman saya yang mengasaskan kursus Motivasi Alihan pelajar ini, di peringkat awalnya (bermula pada 1995) kami mengajarkan anak-anak pelbagai cara belajar dengan harapan lebih banyak yang mereka tahu maka lebih cemerlanglah keputusan peperiksaannya nanti.
Rupanya, perkara sebaliknya berlaku. Bagi pelajar dalam kategori pandai, mereka dapat memanfaatkan apa yang diberikan itu dengan baik. Tetapi, bagi sebahagian besar pelajar mereka merasakan ia menyusahkan dan ada yang tidak pasti mahu gunakan kaedah mana lalu kembali kepada cara belajar mereka sendiri.
Akhirnya, pada 1999, melalui penyelidikan kami, satu pendekatan belajar yang mudah dibuat dan diajarkan kepada pelajar yang mengikuti program MAP.
Sejak itu, ramai pelajar yang melonjak pencapaiannya. Kami namakannya Strategi Pembelajaran Aktif. Inilah kaedah yang diajarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus ini.
Matlamat menghantui diri
Untuk berjaya kita perlu tahu apa matlamat yang mahu dicapai. Matlamat ini pula mesti menghantui fikiran hinggakan setiap kali teringat padanya maka berubahlah emosi dan fisiologi kita.
Matlamat ini mesti mampu membakar semangat dan menjadi pendorong kepada perubahan dan tindakan. Barulah timbul kesanggupan bagi melakukan dan berkorban apa saja untuk mencapainya.
Dalam seminar nanti anak-anak diajarkan cara membina matlamat secara kreatif iaitu matlamat yang mempunyai kesan emosi dan fisiologi.
Fokus pada usaha
Ramai pelajar hanya fokus pada hasil dan lupa bahawa hasil itu adalah kesan daripada usaha yang dilakukan. Kalau betul usahanya maka betullah hasilnya.
Memang meletakkan matlamat itu perlu bagi membolehkan kita merancang dan membakar semangat bagi mencapainya.
Namun, ramai lupa, kejayaan besar yang diperoleh esok hari adalah hasil daripada kejayaan-kejayaan kecil yang dicapai setiap hari. Oleh itu fokuskan pada usaha. Tanyakan diri kita sama ada apa yang dilakukan hari ini mendekatkan kita kepada matlamat atau sebaliknya.
Tanyakan juga apa yang boleh dilakukan lagi atau apa yang belum dilakukan. Soalan-soalan sebegini membuatkan kita berfikir dan mencari jalan ke arah merealisasikan matlamat. Namun, hati perlu faham bahawa hak manusia hanya berusaha, hak Allah menentukan segalanya. Oleh itu konsep reda dan syukur perlu ada dalam hati.
Berusaha dan tawakal
Semua keajaiban tidak mungkin berlaku jika Allah tidak izinkan. Menghadiri seminar motivasi hanyalah satu usaha, namun Allah yang menentukan hasilnya.
Allah itu adil. Dia menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha. Cuma ada ketikanya usaha yang diambil itu salah maka hasilnya tersasar. Anak-anak perlu dilatih konsep tawakal ini agar mereka mempunyai kekuatan akidah yang mantap.
Program ini terbuka kepada anak-anak berusia 10 hingga 19 tahun. Hubungi 03-22734622, 016-5580719 atau layari www.laman-map.com untuk maklumat lanjut.

Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .