Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH

Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH 



Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH 



1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

 2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang mana ayahandanya sendiri membuat berhala,





 3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

 4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

 6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya... 

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

 8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal... 

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat... Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar... Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

Related Posts:

  • Wanita dan lelaki saling melengkapi Wanita dan lelaki saling melengkapi   Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketika ini, musim cuti sekolah telah pun berlalu dan bakal tiba tidak lama lagi. Antara perkara yang sinonim dengan cuti sekolah ialah… Read More
  • Bina Bahagia Jangan Benci Lelaki Bina Bahagia Jangan Benci Lelaki   Artikel ini telah dipublish di blog saya di http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/ kemudian dimuatnaik di blog cikgukaunseling setelah blog myraudhatukukhuwah saya 'berkubur'. S… Read More
  • SHARING IS CARING 30 TIP BINA BAHAGIASHARING IS CARING 30 TIP BINA BAHAGIA MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemiki… Read More
  • WAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPIWAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPI Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah s… Read More
  • Bina Bahagia Ujian Tidak Datang Di Luar Kemampuan Kita Bina Bahagia Ujian Tidak Datang  Di Luar Kemampuan Kita Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam kehidupan seorang manusia, kita tidak dapat lari dari masalah dan ujian kehidupan. Samada ujian itu berbentuk … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .