Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KANAK-KANAK BERJALAN SENDIRIAN DI AWAL PAGI MENANGIS MENCARI IBUNYA

KANAK-KANAK BERJALAN SENDIRIAN DI AWAL PAGI MENANGIS MENCARI IBUNYA

KANAK-KANAK BERUMUR 2 TAHUN MENANGIS MENCARI IBU SENDIRIAN




Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui dalam keadaan ketakutan dan kelaparan di kawasan tempat letak kereta, Jalan Tun Perak, Melaka pada jam 4.15 pagi tadi.
Muhamad Faqhrul Radzee disuapkan bubur oleh kerani Balai Polis Ayer Keroh, Ummi Khairiah Kassim sambil diperhatikan Timbalan Ketua Balai Ayer Keroh, Sarjan Mejar Muhamad Jeon. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61128#sthash.TgtRSxj2.dpK

Rizdwandean Razali, 27, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Keroh  menemui kanak-kanak itu yang lengkap berpakaian. Alhamdulillah kanak-kanak ini telah disantuni oleh pemuda ini. Beliau merupakan seorang buruh binaan yang berhati mulia.
Muhamad Faqhrul Radzee disuapkan bubur oleh kerani Balai Polis Ayer Keroh, Ummi Khairiah Kassim sambil diperhatikan Timbalan Ketua Balai Ayer Keroh, Sarjan Mejar Muhamad Jeon. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61128#sthash.TgtRSxj2.dpK


 
"Saya menggamitnya (memberikan isyarat dengan jari) sebelum dia berlari ke arah saya sambil menangis tanpa henti dan hanya menyebut perkataan 'mama'.
 
Kemudian saya memberi dia sebotol air mineral dan sebungkus nasi ayam untuk dia makan minum sebelum saya bawa pulang ke rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau kemudian membawa kanak-kanak berkenaan untuk membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh pada pukul 6.30 pagi tadi.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati anak keempat daripada lima beradik itu dibawa seorang jiran untuk bersahur sebelum dia ditemui.
 
Beliau berkata, ibu kanak-kanak yang merupakan ibu tunggal dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah kafe di Bukit Beruang itu tiada di rumah kerana ditahan pada 21 Jun lepas untuk membantu siasatan mengenai kes kereta curi.
 
 "Sehingga petang ini, jiran yang membawa mangsa untuk bersahur masih tidak pulang ke rumah," katanya.
 
Beliau berkata tiada kesan penderaan ditemui pada tubuh kanak-kanak tersebut bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya terdapat unsur pengabaian terhadap kanak-kanak berkenaan. - Bernama



Sumber: Sinar Harian dan Harian Metro, Selasa 30 Jun 2015.




Related Posts:

  • Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup Allah Maha Kuasa... Tidak Mengira Ruang dan Masa... Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa... Walau Di Mana Jua... Allah Maha Penyayang Di Bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mampu melebihi s… Read More
  • Sedih bayi dibuang di lubang tandas akhirnya selamat Sedih bayi dibuang di lubang tandas akhirnya selamat Anggota bomba berjaya mengeluarkan bayi yang dibuang ibunya ke dalam lubang tandas di wilayah Zhejiang di timur China semalam. Gambar kecil, anggota bomba cuba m… Read More
  • ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH  Apalah dosa anak kecil ini.  DADAH BUKAN PEMBERI BAHAGIA BAHAGIA ITU MAKNAWI ANUGERAH ILAHI MAKA DEKATKANLAH DIRI DENGAN TUHANMU MAKA DI SITU KAU KAN TEMUI BA… Read More
  • Bantu kanak-kanak mengatasi kesedihan Bantu kanak-kanak mengatasi kesedihan     Oleh: DR. TEOH HSIEN-JIN SORAYA tidak bercakap banyak ketika ibunya meninggal dunia. Dia merenung jasad ibunya sambil membisu, memegang tangan kaku dan dingin yang su… Read More
  • Perkongsian Tentang Autisme Perkongsian Tentang Autisme Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti PENYAKIT AUTISME SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme. Selain anak autism… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .