Gempa Bumi 5.9 Ritcher di Sabah
Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 6.0 Richter
JUMAAT, 5 JUN 2015 - 7:58AM KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.
Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.
KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi pagi tadi. - Foto ihsan pembaca BH
Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.
Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa. - Foto ihsan laman web USGS
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280?m=1
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Gempa Bumi 5.9 Ritcher di Sabah
Related Posts:
Subhanallah Fosil Embrio Dinosaur Berusia 190 juta tahun Ditemui di ChinaSubhanallah Fosil Embrio Dinosaur Berusia 190 juta tahun Ditemui di China Gambaran Fosil Embrio Dinasaur GAMBAR yang disiarkan Universiti Toronto, Kanada semalam menunjukkan anggota sukarelawan dan… Read More
Musim Pilihanraya Ular satu meter pun nak 'lawat' bilik gerakan Musim Pilihanraya Ular satu meter pun nak 'lawat' bilik gerakan Ular yang berjaya ditangkap selepas dicederakan. MARANG - Tiga petugas pilihan raya yang sedang melaksanakan tugas mereka di bilik gerakan Parlimen Ma… Read More
Khazanah Alam Di Tasik Kenyir Unik dan Misteri Khazanah Alam Di Tasik Kenyir Unik dan Misteri Kala mata ini menatap alam anugerah Allah SWT, timbul rasa takjub akan kebesaran Allah. Betapa beharganya alam ini untuk faedah manusia sejagat. Sesungguhnya negara kita kaya… Read More
Asteroid besar 2012 DA14 kian jauhi bumi Asteroid besar 2012 DA14 kian jauhi bumi Asteroid 2012 DA14 Pelajar USM saksi asteroid Choon Kiat (tiga dari kiri) menerangkan cara menggunakan teleskop berkeupayaan tinggi kepada sebahagian… Read More
Loji Biogas Kitar Semula Najis Jadi Tenaga Elektrik dan Baja Loji Biogas Kitar Semula Najis Jadi Tenaga Elektrik dan Baja LOJI Biogas kelolaan SP Multitech Renewable Energy ini membantu ladang ayam di Pajam bebas daripada mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.&… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment