Tips Temuduga MEdSI Guru
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahun 2013 ni, semakan Ujian MEdSI Boleh disemak mulai 17 Mei 2013. Aura sambutan Hari Guru 2013 masih terasa bahangnya bagi yang berada di arena pendidikan ini. Entry ini agak panjang kerana saya cuba muatnaik beebrapa tip berguna temuduga MEdSI sebagai panduan individu yang berminat menceburi bidang pendidikan.
Di kesempatan ini saya memuatnaik Adab-adab menuntut Ilmu sebagai santapan rohani kita bagi menilai sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan guru-guru kita.

Tarikh 16 Mei
setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun.
Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke
peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi
hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms
ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan
yang bergelar guru.
Sedar
atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas
yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk
membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru
murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah
Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik
kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal
soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam.
Warga guru sebenarnya menyambung
dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw
من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Sesiapa di kalangan kamu yang
melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan.
Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu
maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.
( Imam Muslim )
Kerjaya ini juga akan dapat saham
akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh
pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;
قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
Apabila meninggal dunia seseorang
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu
yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Hadith Riwayat Imam Muslim)
Semua yang disebut di atas akan
diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah.
Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya
tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar
semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan
macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.
AURA SEORANG GURU
KECEMERLANGAN
ilmu, menguasai kemahiran, berfikiran positif, minat yang mendalam dan
berpersonaliti unggul - merupakan aura yang perlu ada pada seseorang
guru dan harus dibawa ke dalam kelas masing-masing.
Aura keguruan itu
juga lahir selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran supaya semua guru
peka dan menghayati aspirasi negara serta melaksanakannya sebaik
mungkin.
Cabaran guru sekarang bukan sahaja melahirkan pelajar yang
mempunyai kecemerlangan akademik tetapi membentuk akhlak dan etika
pelajar.
Tips Temuduga MEdSI Guru
Cara Berpakaian Hadir Temuduga (Bagi Lelaki)
Cara Berpakaian Hadir Temuduga MEdSI (Bagi Wanita)
Sebelum menghadiri temuduga , calon-calon perlu ketahui bagaimana markah penilaian diberikan dalam sessi temuduga tersebut.
Markah Penilaian