Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa
Sejarah Islam jururawat professional yang pertama adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami dari kaum Khazraj.
Beliau adalah seorang shahabiah. Dia dilahir di Yathrib [nama awal kota
Madinah] dan termasuk di dalam golongan yang pertama dari kaum Ansar
yang memeluk Islam.
Ayahnya seorang tabib (doktor), dan dia mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya.
Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa
Sebahagian jururawat bergandingan
tangan semasa menyanyikan lagu jururawat sempena perasmian Hari
Jururawat Peringkat Hospital Pakar Putra di Melaka, semalam.
MELAKA 13 Mei - Golongan jururawat di negeri ini digesa untuk lebih
dinamik dan tidak hanya kekal pada satu tahap, sebaliknya sentiasa
melakukan penambahbaikan segala kekurangan dalam perkhidmatan bagi
memenuhi jangkaan pesakit yang sentiasa meningkat seiring kemajuan
negara.
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, penambahbaikan secara
berterusan adalah perlu dan merupakan cabaran yang harus dihadapi kerana
kaedah perubatan masa kini semakin mencabar dari segi penggunaan
teknologi dan ilmu pengetahuan.
Menurutnya, para jururawat perlu meletakkan daya dinamik pada tahap
paling tinggi kerana jangkaan para pesakit yang juga pelanggan boleh
berubah mengikut kehendak dan suasana.
"Kita akan ketinggalan jauh ke belakang jika sentiasa bersikap pasif
serta tidak minat untuk mengejar ilmu dan pengetahuan yang lebih
mencabar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Hari Jururawat Peringkat Hospital Pakar Putra, di sini hari ini.(13 Mei 2013)
Yang hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Hospital Pakar
Putra, Datuk Ramlah Abas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Radhuana
Salleh.
Jelas Idris, perkhidmatan jururawat merupakan teras dan tulang
belakang kepada perkhidmatan kesihatan kerana skop tugasan yang paling
luas dalam organisasi.
"Jururawat adalah antara golongan barisan hadapan dalam memainkan
peranan penting merealisasikan impian semua rakyat untuk mendapat
penjagaan kesihatan yang optimum secara adil tanpa mengira agama, bangsa
dan warna kulit serta di setiap pelosok negara," ujarnya.
Sumber; Utusan Malaysia, 14/5/2013
Related Posts:
Kerjaya Bidang Perubatan di MalaysiaSenarai Cabang Spesifik dalam Bidang Perubatan :-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar perlulah mengambil berat akan peperiksaan PMR. Ini kerana, hala tuju masa depan kerjaya anda bergantung pada keputusan… Read More
Selepas SPM Cabaran Kerjaya Sebagai DoktorSelepas SPM Cabaran Kerjaya Sebagai Doktor
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun kita ketahui. Permohonan ke IPTA/ ILKA pun sudah ditutup pada 4 April lalu. Kepada para lepasan SPM 2010 ini, adalah di… Read More
Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita
Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita
Gambar Piramid Makanan
Tugas Ahli Dietetik
Pernahkah anda mendengar tentang kerjaya pakar pemakanan atau ahli dietetik? Pasti anda pernah mendengarnya kan?
… Read More
Tahukah Anda Jenis-jenis Kerjaya?
Memahami Jenis-Jenis Kerjaya
Kerjaya Jururawat; kerjaya murni
Para Jururawat dari Poliklinik Kesihatan Bandar Tun Abdul Razak Jengka sedang mengemaskini data pelajar Tingkatan 2 SMK Jengka Pusat 2 yang t… Read More
PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014
PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 3 Julai … Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment