Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke Program Kemahiran Minyak Dan Gas di IKBN Bandar Penawar

Permohonan Ke Program Kemahiran Minyak Dan Gas 
di IKBN Bandar Penawar







Perjanjian  memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani KBS dan Petronas.


Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran (Minyak Dan Gas) di IKBN Bandar Penawar

Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Bidang Minyak & Gas
 

 Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan melaksanakan program berasaskan latihan dalam Bidang Minyak & Gas. Melalui kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), SIRIM Berhad dan Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) pada November 2012 telah mencapai satu persetujuan untuk menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai hub Pensijilan Profesional Antarabangsa yang menyediakan latihan kemahiran bersepadu bagi memenuhi keperluan sektor minyak dan gas di Malaysia. 




Bidang Latihan
  • Health Safety & Environment (HSE)
  • Welding For 6G/6GR
  • Basic Welding Inspections
Pusat Latihan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama,
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim

Kemudahan

Pusat pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, rekreasi dan kemudahan sukan 

Tarikh Tutup
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun

Keputusan Permohonan
Calon yang berjaya akan dihubungi secara terus oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar melalui talian telefon atau surat tawaran rasmi

Permohonan
Calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon program yang ditawarkan dengan




Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut, calon boleh menghubungi;
Pengarah
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama,
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim
Tel : +607-822 1567/1530
Fak : +607-822 1566
E-mail : brendanicholas@kbs.gov.my atau khairunafida@kbs.gov.my


http://eikbn.gov.my/oildangas/programkemasukkan1.html atau http://www.ekbs.gov.my
http://www.ikbnbp.gov.my/ 

IKBN  BANDAR PENAWAR BAKAL LAHIRKAN TENAGA PAKAR


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar bakal melahirkan tenaga pakar dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) khususnya bagi memenuhi keperluan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kementeriannya dan Petronas Khamis, syarikat itu akan melatih tenaga pengajar IKBN dalam bidang minyak dan gas bermula Oktober ini.
"Kerjasama yang dijalankan oleh pihak IKBN dan Petronas ini adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berpendapatan tinggi sebagaimana yang digariskan Program Transformasi Ekonomi (ETP)," katanya semasa berucap dalam majlis tersebut di kementeriannya di sini hari ini.
Katanya dengan termeterainya MoU itu akan turut menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai hab pengiktirafan sijil HSE bagi industri minyak dan gas negara.
Sebagai permulaan seramai 20 tenaga pengajar IKBN akan mengikuti latihan bersama Petronas dan jumlah itu dijangka bertambah mengikut keperluan semasa.
 
INFORMASI BANDAR PENAWAR, DARI WIKIPEDIA:
 
 Bandar Penawar merupakan sebuah bandar baru di daerah Kota Tinggi, timur negeri Johor, Malaysia. Antara lokasi berdekatan ialah Kota Tinggi, Desaru dan Tanjung Balau.
 
 

Sejarah awal

Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru yang terletak di bahagian selatan negeri Johor, iaitu berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang.Nama Bandar Penawar diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu Tanjung Penawar , 2 km dari kawasan Bandar Penawar. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan pertanian - kelapa sawit.

Kawasan Bandar Penawar mula diteroka pada tahun 1972, oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau singkatannya KEJORA yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 75/1972 dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Dengan keluasan 1,314.333 hektar, kawasan bandar baru Bandar Penawar ini merupakan sebahagian daripada 300,364 hektar iaitu 16% daripada keluasan Negeri Johor yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk dibangunkan di bawah KEJORA.


Sewaktu diambil alih oleh KEJORA, sebahagian besar dari kawasan ini masih diliputi oleh hutan. Namun begitu, sudah terdapat juga beberapa buah petempatan FELDA berhampiran yang telah dibina lebih awal iaitu pada akhir tahun 1960-an, seperti Felda Sungai Mas, Felda Papan Timur, Felda Semencu, Felda Gugusan Lok Heng,Felda Gugusan Waha dan Felda Gugusan Air Tawar, serta beberapa perkampungan tradisional dan pekan kecil di sepanjang pantai dan Sungai Johor.

Infrastruktur

Sebagai sebuah bandar baru yang kian berkembang pesat, Bandar Penawar kini telah cukup dilengkapi oleh hampir semua kemudahan awam dan infrastruktur asas. Penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur asas ini telah disediakan lebih awal lagi di kawasan ini dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).


Sehingga kini, antara kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan di Bandar Penawar adalah seperti masjid, surau, dewan serbaguna, balai raya, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, sekolah, balai bomba, balai polis, pejabat pos, klinik kesihatan, medan selera dan perpustakaan awam.


Satu lagi kemudahan sosial yang telah siap dibina adalah Perpustakaan Awam. Pembinaan perpustakaan ini yang telah diambilalih pengurusan sepenuhnya oleh Perpustakaan Awam Negeri Johor pada 28 Mac 2005 dan mampu menarik lebih ramai penduduk ke Bandar Penawar untuk mencari bahan rujukan dan sumber ilmu.


Bagi kemudahan riadah dan rekreasi penduduk juga tidak dilupakan. Taman Tasik Penawar yang dibina di bawah program pengindahan bandar dan penempatan merupakan di antara kawasan rekreasi yang cukup menarik untuk dikunjungi di Bandar Penawar.

Bandar ini mempunyai sekolah yang terkenal iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Bandar Penawar, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar (sekarang Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar.

Jaringan Pengangkutan

Bandar Penawar adalah destinasi yang amat mudah dikunjungi. Dengan infrastruktur jalan raya yang lebih baik, penduduk dari luar hanya perlu mengambil masa kira-kira hampir satu setengah jam sahaja untuk sampai, menggunakan laluan Johor Bahru-Kota Tinggi.


Manakala penduduk dari Singapura pula boleh menggunakan feri yang berpengkalan di Kompleks Terminal Feri Tanjung Belungkur. Kompleks Terminal Feri ini telah mula beroperasi pada Mei, 1993. Dengan laluan Tanjung Belungkur-Changi, pelancong dari Singapura dapat sampai ke Bandar Penawar dalam tempoh anggaran 1/2 jam sahaja.

Sehingga akhir tahun 1993, dicatatkan bilangan pelancong yang telah menggunakan feri dari kompleks terminal feri ini adalah seramai 23,454 orang, yang mana kebanyakannya adalah pelancong dari Singapura

Dipetik dari website wiki di sini.sumbernya di sini

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .