Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cabaran warga pendidik luar bandar

Cabaran warga pendidik luar bandar


Cabaran warga pendidik luar bandar
 
KAPIT: Mahu melihat anak didik berjaya ke peringkat tertinggi. Menolak tepi segala cabaran dan dugaan, guru muda, Farah Najihah Abdul Rahman, 29 tahun berazam akan cuba sedaya upaya menggalas amanah sebagai guru, mendidik anak bangsa.

Berasal dari Dungun, Terengganu, Farah tidak pernah menyangka akan berkhidmat sebagai guru, apatah lagi di kawasan pedalaman Sarawak –Kapit.

“Pada awalnya, agak sukar untuk terima kenyataan apabila ditempatkan ke sini (Kapit),” jelas Farah.

“Tapi kerana amanah yang diberi, kita buat yang terbaik demia anak bangsa,” tambahnya lagi ketika ditemu bual Astro Awani.

Memegang Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media (Penerbitan), Farah menyifatkan bidang perguruan adalah satu bidang yang begitu besar cabarannya, bukan sahaja pada diri sendiri, malah kepada negara dan bangsa.

“Keikhlasan itu penting. Perlu sentiasa berdedikasi ketika menjalankan tugas, “ kata Farah.

“Jangan harapkan balasan kerana hadiah paling bermakna bagi seorang guru adalah kejayaan pelajar,” nasihat beliau.

Guru mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini antara lain menekankan, menjadi guru di kawasasn pedalaman perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental, selain bijak menyesuaikan diri di tempat orang.

“Kalau saya tidak kuat, saya rasa, saya tidak mampu bertahan di sini (Kapit) selama 3 tahun,” tegasnya.
Beliau turut memberitahu, bijak menyesuaikan diri  tempat asing itu perlu dan usah menyombong dalam mengenali adat dan budaya masyarakat tempatan.

Sempena Hari Guru ini, beliau berharap pelajar-pelajar seluruh Malaysia amnya tidak melupakan jasa guru yang mendidik mereka hingga berjaya.

Turut sama berkongsi pengalaman, Ahmad Faizul Mohd Noor, yang sudah 5 tahun berkhidmat sebagai guru Teknologi Maklumat di Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik, Kapit.

Berterima  kasih kepada rakan tempatan yang banyak membantu beliau menyesuaikan diri di sini, anak kelahiran Pahang ini tidak melihat cabaran itu sebagai alasan untuk patah semangat meneruskan perjuangan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.

“Pertama sekali ialah bahasa. Mereka faham Bahasa Melayu, tapi bertutur bahasa Iban,” jelas Faizul.

Jadi, guru kena faham bahasa Iban jika tidak mahu dipermainkan pelajar,” tambah beliau lagi.

Katanya, perbezaan latar belakang agama dan budaya jug amerupakan antara cabaran yang perlu ditangani guru-guru semenanjung terutamanya.

Faizul berharap anak-anak muridnya  tidak akan jemu belajar dan usah jadikan gelaran ‘pedalaman’ sebagai kekangan untuk terus berjaya.

Sementara buat seluruh warga pendidik di Malaysia, tidak kira dimana akan ditempatkan, niat untuk berjuang mencurah ilmu kepada pelajar merupakan adalah ramuan paling penting sebagai pendidik.

Hampir 98 Peratus pelajar di SMK Selirik, Kapit merupakan masyarakat peribumi Iban dan rata-rata warga pendidik di sekolah tersebut adalah guru  muda dan berasal dari Semenanjung.

Buat warga pendidik di seluruh Malaysia, Selamat Hari Guru, terima kasih Cikgu, jasamu dikenang.

Semoga Guru Malaysia: 1 Agenda 1 Aspirasi mencapai matlamat selaras menuju negara bependapatan tinggi 2020.

Sumber; Astro Awani, di sini. Berita mula diterbitkan pada: Mei 16, 2013 10:40 (MYT)



















Related Posts:

  • TEMA HARI GURU 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA TEMA HARI GURU 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA Dimaklumkan bahawa tema yang telah diperserujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:   “GURU MALAYSIA :  … Read More
  • Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010 Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010   Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Na… Read More
  • Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia Tema Hari Guru Tahun 2012, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" Selamat Hari Guru kepada seluruh warga Guru. Semoga kerjaya Kita diberkati ~ … Read More
  • Logo Hari Guru Malaysia Logo Hari Guru Malaysia Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. B… Read More
  • Sejarah Hari Guru di MalaysiaSejarah Hari Guru Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .