Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Borang Online. Show all posts
Showing posts with label Borang Online. Show all posts

Cara Periksa Semula MUET

Cara  Periksa Semula MUET


 1) Transkrip result –salinan.

2)  Sampul surat putih Saiz A4 beralamat sendiri letak stem. Atau. Sediakan Sampul surat ekspress. Beralamat sendiri.

BORANG RAYUAN KEMASUKAN IKM/KKTM SESI JULAI 2013

BORANG RAYUAN KEMASUKAN IKM/KKTM SESI JULAI 2013


 Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA ( IKM) & Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sesi Julai 2013 adalah untuk lepasan SPM sahaja. Permohonan boleh dibuat melalaui UPU sahaja. Untuk ambilan Julai 2013. telah pun ditutup. Sila rujuk artikel sebelm ini, Permohonan UPU, IPTA, ILKA dan TEVT klik di sini.
Jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Julai 2013 telah DIBUKA dari 7 JANUARI hingga  15 APRIL 2013 yang lalu. 



Semakan keputusan institusi kemahiran MARA telah diumumkan pada hari ini 1 Jun 2013 melalui Laman Web 





ataupun melalui laman web 




Calon yang berjaya dikehendaki Klik Setuju Terima Dan Mencetak Surat Tawaran dan Dokumen lain-lain. Tempoh untuk memberi maklum balas adalah sehingga 9 Jun 2013.
 Kepada anak-anak pelajar lepasan SPM SMK Lepar Hilir, KLIK DI SINI, SMK Jengka 2, dan SMK Jengka Pusat 2, KLIK DI SINI, semoga anda telah mempunyai halatuju jelas dalam menentukan kerjaya masa depan anda selepas SPM 2012.


CARA BUAT RAYUAN

Sekiranya calon tidak berjaya, sila cetak Borang Rayuan di Laman Web eKemahiran ataupun memuat turun naik di laman web BORANG RAYUAN dan faks ke 03-26914510 untuk membuat rayuan.

 Sila muat turun BORANG RAYUAN KEMASUKAN IKM/KKTM di sini ya.




87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Permohonan Murid Berkeperluan Khas Ke Ting 1 dan 4

Permohonan Murid Berkeperluan Khas Ke Ting 1 dan 4

APLIKASI PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 DAN 4 UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013.



Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memulakan proses pengambilan dan penempatan murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2013 .
Permohonan Penempatan Murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 telah dibuka. Permohonan  melalui laman sesawang e-PKHAS. Permohonan dibuka dari  27 Ogos 2012 sehingga 22 Oktober 2012.

Panduan permohonan penempatan murid berkeperluan khas 

 Panduan permohonan penempatan murid berkeperluan khas ke tingkatan 1 sekolah menengah pendidikan khas, klik di sini

Sekolah Menengah Keperluan Khas untuk pemohon Tingkatan 1;

Tingkatan 1: Masalah Pendengaran di SMKP Persekutuan Pulau Pinang dan di SMKP Setapak.

Tingkatan 1: Masalah Penglihatan di SMKP Setapak

Tingkatan 1: Masalah Pendengaran/ Penglihatan/ Pembelajaran di Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi

Sedikit informasi Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi:

Program Pendidikan Khas Integrasi

Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ?

Jom Semak Online Nama Peserta PLKN 2013

Jom Semak Online Nama Peserta PLKN 2013

Semakan Online Senarai Nama Calon/Peserta PLKN 2013 kini dibuka. Bagi yang mahu membuat semakan online Senarai Nama Calon/Peserta PLKN 2013, anda dinasihatkan berbuat awal bagi mengelakkan masalah server down akibat ramai yang menggunakan aplikasi tersebut.

Kaedah semakan online Senarai Nama Calon/Peserta PLKN sesi 2013 boleh dilakukan dengan dengan cara:

Semakan Pemilihan Pelatih Siri 10/2013:

Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka

Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka



UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

Diploma Seni Mushaf Restu College

Permohonan Diploma Seni Mushaf Restu College
Pendaftaran Program Diploma Seni Mushaf 
untuk Sesi 2012-2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, InshaAllah antara prospek kerjaya anda selepas Peperiksaan SPM ialah anda boleh melanjutkan pengajian ke Kolej Restu dalam Bidang Diploma Seni Mushaf. 

Pada post ini dijelaskan juga hala tuju kerjaya anda selepas melanjutkan pengajian dalam Diploma Seni Mushaf di Kolej Restu.

Selain itu, Program Diploma Perbankan Islam turut ditawarkan di Kolej Restu. Kepada lepasan SPM 2011, khususnya calon SPM 2011 di SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2, rebutlah peluang keemasan ini.

Restu College merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kolej ini  didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) [KPT (JPS) 600-03/849(07)]

Hak untuk menubuhkan kolej telah diberikan kepada Restu Holdings Sdn Bhd bagi pihak Restu Foundation.

Kolej Restu terletak di  Shah Alam, Selangor.

BIASISWA KEPADA YANG LAYAK!



5 BIASISWA oleh Restu Yayasan  masih dibuka!! Sila hubungi 03-55119001/2/3 (ext 261) atau e-mel untuk enquiries@restucollege.edu.my untuk pendaftaran.

Kemudahan

Kolej Restu beroperasi di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak di Pusat Bandar Shah Alam serta dilengkapi dengan kemudahan bilik kuliah, studio, auditorium, perpustakaan, makmal komputer, galeri seni, surau, kafeteria dan asrama.

Lokasi premis Kolej Restu terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti pengangkutan awam (Bus Rapid, Seranas), Masjid Negeri Shah Alam, Perpustakaan awam Raja Tun Uda Shah Alam, Muzium Shah Alam, Galeri Seni, Taman Rekreasi, Pasaraya, bank dan lain-lain.

Program Diploma Seni Mushaf

Semakan Rayuan ke Politeknik Premier


Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke Politeknik Premier

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan sekolah yang telah membuat rayuan ke Politeknik, sila buat semakan rayuan anda.

Semakan keputusan rayuan ke Politeknik Premier boleh dibuat mulai 14 Jun 2012

Semakan Boleh dibuat di sini, http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/polipremier/index.asp 

JIKA ADA SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313
Faks : 03-8891 9319
 


Sekian, wassalam.

Jadual Permohonan Terbuka Institusi Pendidikan MARA Julai 2012

Jadual Permohonan Terbuka Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pengambilan Julai 2012 





 Sila klik gambar untuk besarkan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Kepada lepasan SPM, Cepat rebut peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelbagai bidang kursus yang bersesuaian dengan kelulusan SPM dan kecenderungan minat anda, ada di tawarkan di Institusi Pendidikan MARA.

MARA kini membuka tawaran terbuka bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) kepada semua graduan lepasan IKM dan juga lepasan SPM melalui sesi pengambilan IPMA. Pengambilan ini terbuka kepada lepasan SPM dan lepasan IKM.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:

Syarat-syarat kemasukan bagi Graduan IKM adalah:

1) CGPA bagi Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik adalah 3.0 dan ke atas dan Kredit Bahasa Melayu
2) CGPA bagi Sijil Kejuruteraan Elektronik adalah 2.5 dan ke atas dan Kredit Bahasa Melayu.


Syarat-syarat kemasukan bagi Lepasan SPM adalah:

1) Kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
2) Kredit bagi mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan salah satu mata pelajaran Sains ( Fizik/Biologi/Kimia) atau
3) Kredit mata pelajaran Kejuruteraan Elektronik bagi lepasan Teknik
4) Lulus Bahasa Inggeris
 
CARA MEMOHON:

Cara memohon adalah dengan mendapatkan borang pendaftaran di: 

13 & 14 Jun 2012 ( 9.00 pagi - 4.30 ptg)
Pejabar MARA Negeri Selangr
Anggerik Mall, No 5 jalan 14/8, Seksyen 14
4000 Shah Alam, Selangor


27 & 28 Jun 2012 ( 9.00 pagi - 4.30 ptg)
Ruang Legar Medan MARA
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur

ATAU TERUS KE TAPAK LOKASI TEMUDUGA:

Untuk maklumat penuh jadual Permohonan terbuka Institusi Pendidikan MARA Julai 2012, sila klik http://apponline.mara.gov.my/upimonline/dokumen/JADUALPENGAMBILANterbukaJULAI2012.pdf
atau di http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ed871856-8fed-4ae4-90fb-523efe871e2f&groupId=30564

Bermula 10 dan 11 Jun 2012,Lokasi Permohonan Terbuka Institusi Pendidikan MARA ialah di Pejabat MARA Negeri Kedah di Alor Star.

Lokasi terakhir Permohonan Terbuka Institusi Pendidikan MARA Sesi Juali 2012 ialah di Ruang Legar Medan MARA Kuala Lumpur, pada 27 dan 28 Jun 2012.

CARA MENGHANTAR BORANG

Borang tersebut perlu dihantar ke tempat yang sama di mana borang tersebut didapati.

 MUAT TURUN BORANG ONLINE:

Borang juga boleh dimuat turun menggunakan pautan di bawah:

Lepasan SPM
http://www.mediafire.com/?27jxt5eucu5v8rs

Lepasan IKM
http://www.mediafire.com/?3grbugllrkaxxll

   
PERTANYAAN DAN MASALAH

Pemohon boleh menghubungi UPIM, Fakulti UniKL atau Institut seperti alamat yang dinyatakan di bawah sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan kursus-kursus yang ditawarkan seperti maklumat berikut :-

1. UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI, TINGKAT 12,
IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-261 34075 / 34076 / 34077.
e-mel: upim@mara.gov.my
2. BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (BPT)
KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM),
TINGKAT 12, MEDAN MARA,
21, JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-261 34087.
e-mel: upimkpm@mara.gov.my
3. BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BPKT)
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) & KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
TINGKAT 20, MEDAN MARA,21, JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-261 34605 / 34612 / 34611.
e-mel: upimikm@mara.gov.my
4. GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
JALAN ILMIAH, TAMAN UNIVERSITI,
43000 KAJANG,
SELANGOR.
TEL : 03-8921 9000 FAKS : 03-8921 9001
e-mel: enquiry@gmi.edu.my
5. KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM)
WISMA YPM, JALAN 6/91, TAMAN SHAMELIN PERKASA, CHERAS,
56100 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-9281 9700 / 9285 6033 FAKS : 03-92815764
e-mel: marketing@kptm.edu.my
6. UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL)
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK,
TINGKAT 25 , 1016, JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-2175 4426 FAKS : 03-2175 4441 
e-mel: admission@unikl.edu.my
7. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE (UniKLBMI)
BATU 8, JALAN SUNGAI PUSU,
53100 GOMBAK, SELANGOR.
TEL : 03-6184 1000 FAKS :03-6189 5715 / 61864040
e-mel: admission@bmi.unikl.edu.my
8. MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY (MIIT)
TINGKAT 3, UNIVERSITI KUALA LUMPUR CITY CAMPUS
1016 , JALAN SULTAN ISMAIL
50250 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-2175 4424  FAKS : 03-2175 4446
e-mel: admission@miit.unikl.edu.my
9. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN INSTITUTE OF MARINE ENGINEERING TECHNOLOGY (UniKL MIMET)
DATARAN INDUSTRI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MARIN
JALAN JAMBATAN TENGKU BAINUN
32000 SETIAWAN ,PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 05-6909033  FAKS : 05-6909033
e-mel: admission@mimet.unikl.edu.my
10. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIA FRANCE INSTITUTE, (UniKL MFI)
SEKSYEN 14, JALAN TERAS JERNANG,
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
TEL : 03-8926 2022  FAKS : 03-89201011
e-mel: admission@mfi.unikl.edu.my
11. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY (UniKL MIAT)
LOT 2891, JALAN JENDERAM HULU,
43800 DENGKIL, SELANGOR
TEL : 03-8768 8487 FAKS : 03-8768 8485
e-mel: admission@miat.unikl.edu.my
12. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE (UniKL MSI)
KULIM HI-TECH PARK
09000 KULIM, KEDAH
TEL : 04-4035 200  FAKS : 04-4037409
e-mel: admission@msi.unikl.edu.my
13. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK (UniKL RCMP)
NO.3, JALAN GREENTOWN,
30450 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL : 05-2432635   FAKS : 05-2536634
e-mel: admission.rcmp@rcmp.unikl.edu.my
14. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN INSTITUTE OF CHEMICAL & BIOENGINEERING TECHNOLOGY
(UniKL MICET)
TABOH NANING, LOT 1988, KAWASAN PERINDUSTRIAN BANDAR VENDOR,
78000 ALOR GAJAH, MELAKA.
TEL : 06-5512000  FAKS : 06-5512001
e-mel: admission@micet.unikl.edu.my
15. INSTITUTE OF PRODUCT DESIGN & MANUFACTURING (IPROM)        
No 119, JALAN 7/91        
TAMAN SHAMELIN PERKASA           
BATU 3 ½ CHERAS         
56100 KUALA LUMPUR                  
TEL : 03-92815704  FAKS : 03-92812368
e-mel: admission@iprom.unikl.edu.my
16. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY
(UniKL MITEC)       
PERSIARAN SINARAN ILMU,      
81750 BANDAR SERI ALAM,
MASAI, JOHOR      
TEL : 07-2597300  FAKS : 07-2597400      
e-mel : admission@mitec.unikl.edu.my
17. INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCE TECHNOLOGY (MESTECH)      
A-1 JALAN TKS 1,
TAMAN KAJANG SENTRAL,     
43000 KAJANG,
SELANGOR      
TEL : 03-87395894  FAKS : 03-87395895    
e-mel : admission@mestech.unikl.edu.my
18. KOLEJ  MARA - PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS (PKS - UMK)
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
KARUNG BERKUNCI 36
16100 PENGKALAN CHEPA
KOTA BHARU, KELANTAN 
TEL : 09-7717225   FAKS : 09-7717232



Semakan ke KKTM/IKM bagi Sesi Julai 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE KPM / IKM/ KKTM / UMK / GMI 

Semakan Keputusan Kemasukan ke KKTM/IKM bagi Sesi Julai 2012

>> Semakan Online, klik di sini.

>>  Untuk merayu, anda perlu memuat turun Borang Rayuan di Borang Rayuan

Keputusan Temuduga Yayasan Pahang ke Timur Tengah

Keputusan Temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 



 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Perhatian kepada semua calon-calon yang telah menghadiri temuduga pinjaman Yayasan Pahang ke Timur Tengah bagi Sesi Mei 2012, keputusan temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang boleh dicapai terus melalui laman web YP bermula 17 Mei 2012 (Khamis) di ruangan Khidmat Atas Talian -> Sistem Dalaman ->e-semakan (di sini, http://eyayasan.yp.org.my/semakan/status/sesi.php)

Semak Keputusan Naik Pangkat Guru

Semak Keputusan Naik Pangkat Guru


1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
  Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada:  

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA .
Tel: 03-88847963/7863/7816
Email: cnp@moe.gov.my


PENGUMUMAN TAMBAHAN:

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing atau Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk tujuan semakan status.


Untuk membuat semakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah klik di http://www.moe.gov.my/naikpangkat/

Peluang Kedua Lepasan SPM, STPM masuk IPTA

Peluang Kedua Lepasan SPM, STPM masuk IPTA


Utusan Malaysia, MELAKA 16 Mei - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berpeluang melanjutkan pelajaran melalui saluran khas yang disediakan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM menganjurkan Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia akan memberi peluang kepada pelajar memohon masuk melalui saluran khas yang disediakan pada 24 Mei ini. 

Ketua Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, program itu menjelajah di Parlimen Masjid Tanah, Jasin dan Bukit Katil bermula pukul 8 pagi.

Menurutnya, di setiap lokasi, konvoi tersebut memberi penerangan kepada lepasan SPM dan STPM mengenai peluang mereka melanjutkan pelajaran melalui program khas Pra-Diploma iaitu Pra-Perdagangan dan Pra-Sains.

Bagi Lepasan SPM di Pahang, anda  Boleh memohon di UiTM Pahang

Sila rujuk entry Dunia Cikgu Kaunseling sebelum ini, Lepasan SPM Pra Diploma UiTM Program Mengubah klik di sini
http://www.cikgukaunseling.com/2012_03_01_archive.html#3482498069554765075

Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.


  
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh didapati sendiri di:- 

Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia
Telefon: 09-4602196/2190/2197/2198/2106
Faks: 09-4602208

Lepasan SPM Pra Diploma UiTM Program Mengubah Destini Anak Bangsa

Peluang Kedua Lepasan SPM Prog Pra Diploma UiTM


Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM

Adalah dimaklumkan, permohonan ke program Pra Diploma MDAB telah dibuka. Sekiranya berminat, hendaklah memohon dengan kadar segera.

Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000 sebulan.

Pelajar yang lulus dalam MDAB layak ditawarkan ke program Diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja 

Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD

Syarat-syarat kemasukan ke program PD002 (Pra Diploma Perdagangan):

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia

2) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris

Syarat-syarat kemasukan ke program PD007 (Pra Diploma Sains):

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Kredit Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
4) Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut: Fizik, Kimia, Biologi, atau Sains Tambahan
Umur pemohon hendaklah tidak melebihi 23 tahun semasa tarikh permohonan.



Maklumat Program

Pra-Perdagangan (PD002)
1 semester / 6 bulan


Brosur Pra Perdagangan klik di sini

Info Program
Program ini memberi tumpuan kepada asas Bahasa Inggeris dan Matematik

Peluang Melanjutkan Pelajaran:


Setelah tamat program ini, calon-calon boleh melanjutkan pengajian ke program diploma yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM  seperti Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media.

Pra-Sains (PD007)1 hingga 2 semester / 6 hingga 12 bulan  

Brosur Pra-Sains (PD007) klik di sini

Info Program 
 Program ini memberi tumpuan kepada asas Sains dan Matematik. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris

Peluang Melanjutkan Pelajaran


 Calon yang lulus program ini akan diserapkan ke program Diploma yang berasaskan Sains dan Teknologi

  • Fakulti Pengurusan Maklumat
  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
  • Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (Bagi Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan )
  • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (melalui proses temu duga)
  • Fakulti Komunikasi dan Pengajian
    Media
    (melalui proses temu duga)
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
    (melalui proses temu duga)


Setelah tamat program ini, calon-calon boleh melanjutkan pengajian di mana-mana program diploma berasaskan sains dan teknologi yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM seperti Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Seni Bina, Fakulti Perancangan & Ukur, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.




Permohonan
  • Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh didapati sendiri di:-
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia
Telefon: 09-4602196/2190/2197/2198/2106
Faks: 09-4602208
  • Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan sendiri atau dihantar ke alamat berikut:-
Sekretariat
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang
Lintasan Semarak
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang Darul Makmur 




Bagi Rakyat Terengganu (Bumiputera), Borang ini boleh didapatkan daripada Cik Raslina Mohamed  Nor  (Koordinator unit MDAB, Bilik KP06 - Blok Intelek) atau En. Mohd Nasrul Mizan (Penolong Pendaftar, Bahagian Pentadbiran).

*Pihak UiTM berhak menolak permohonan/menarik balik surat tawaran sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.

Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.

Borang Permohonan Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM Johor sila klik di sini 

 Borang Permohonaan klik di sini
• Borang Pengesahan Pendapatan, klik di sini

Pautan:
• Facebook Unit MDAB UiTM (Terengganu) – Kampus Dungun


GRED SPM
sebelum 2010 mulai 2010
- A+
1A A
2A A-
3B B+
4B B
5C C+
6C C
7D D
8E E
9G G
   










i-MAS-C-U Aplikasi

Sistem Semakan Kelayakan Akademik i-MAS-C-U



Jom Semak Kelayakan ke IPTA Melalui i-MAS-C-U

http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/

Susulan entry dunia Cikgu Kaunseling sebelum ini, Permohonan ke IPTA Lepasan SPM/ SETARAF Sesi 2011/2012, Fasa 2, klik sini, adalah diharapkan para pelajar telah memahami cara-cara memohon melalui online ini.

Sesiapa yang masih belum melaksanakan permohonan Fasa 2 atau membeli nombor pin dari BSN, para pelajar  boleh la cepat-cepat berbuat demikian ya.

Sebagai rujukan, untuk membolehkan para pelajar melaksanakan permohonan ke IPTA Fasa 2, sila ke laman web ini,
https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html


Jika nak beli PIN UPU, sila ke Bank Simpanan Nasional, MyBSN Pin Purchase, klik sini.

Ok, bila dah ada  No Unik ID yang hanya boleh didapati dari BSN, cuba para pelajar menggunakan aplikasi i-MAS-C-U ini, websitenya; http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat

Bagi Dunia Cikgu Kaunseling, i-MAS-C-U ini, (wah namanya pun sudah menarik, kan), ia sangat membantu para pelajar membuat pemilihan pengajian yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang telah pelajar ambil semasa SPM 2010 dahulu.

Oh ya, apa yang menariknya aplikasi ini bukan setakat pemohon lepasan SPM yang boleh membuat semakan. Bahkan juga kepada pemohon lepasan STPM dan Matrikulasi boleh menyemak kelayakan akademik masing-masing sebelum memilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM dan STPM atau MUET masing-masing.

Pada pandangan Dunia Cikgu Kaunseling, dalam sistem I-MAS-C-U ini, apa yang menarik ialah pemohon boleh juga mengetahui kerjaya yang sesuai dengan minat dan keputusan peperiksaan SPM masing-masing.


Melalui sistem apliaksi ini, pelajar boleh menyemak kelayakan kursus yang sesuai mengikut IPTA yang diminati.  Sebagai contoh, pemohon boleh memasukkan keputusan SPM, kemudian memilih IPTA yang mereka ingin pergi. Samada UTM, UKM, USIM, UiTM, UIA, UM dan sebagainya.

Gambar di atas menunjukkan paparan website tersebut

Sekiranya anda merupakan seorang lepasan SPM 2010 atau tahun-tahun sebelumnya, apa yang perlu anda lakukan ialah layari laman web sistem I-MAS-C-U di alamat http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat dan apabila gambar seperti diatas telah dipaparkan di skrin komputer anda, halaman tersebut akan memaparkan borang yang perlu pelajar isikan.

Mengisi Borang

Baiklah pelajar. Sekarang halaman anda perlu isikan halaman tersebut  dengan maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Negeri. Anda digalakkan untuk mengisi maklumat yang tepat kerana maklumat ini akan dicetak pada dokumen kelayakan akademik anda.


Seterusnya, akan ada 3 butang pilihan, iaitu SPM, STPM dan Matrikulasi KPM.

Jika anda seorang calon lepasan SPM, pilihlah SPM, tapi jika anda seorang calon lepasan Matrikulasi, sila pilih Matrikulasi KPM.

Baiklah, sekiranya anda telah memilih SPM, paparan seperti dalam rajah dibawah akan dipaparkan dan apa yang perlu lakukan kini adalah memasukkan keputusan SPM anda.



Kemudian, selepas anda memasukkan 10 keputusan peperiksaan anda, klik pada Seterusnya untuk membolehkan anda memilih IPTA.

Klik pada seterusnya untuk memilih IPTA dan membuat semakan akademik.


Sebaik sahaja butang Seterusnya diklik, komputer anda akan memuat turun dokumen fail PDF. Sila pastikan komputer anda mempunyai perisian pembaca PDF. Anda boleh memuat turun Adobe Reader atau Foxit Reader untuk membuka dokumen tersebut.

Baiklah, itu sahaja untuk pemohon kategori SPM. Untuk kategori STPM dan STPM pula, proses mengisi maklumat adalah hampir sama, cuma untuk STPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran STPM dan Keputusan STPM dan SPM. 

Manakala untuk Matrikulasi KPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran Matrikulasi, PNGK (CGPA) dan keputusan Matrikulasi dan SPM. 

Kepada para pelajar SMK Jengka Pusat 2, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang jika ada terdapat persoalan, boleh hubungi Cikgu di sekolah ya.
Sekian dahulu entry pada kali ini.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .