Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka
UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.
Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.
PERINGKAT PENGAJIAN
KELAYAKAN MEMOHON TENAGA PENGAJAR MUDA UITM TAHUN 2010 DAN 2011
KELAYAKAN MEMOHON
1. Calon-calon mestilah mempunyai
a) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).
b) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Bagi kursus-kursus Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari universiti yang diiktiraf.
4. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
5. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.
6. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
CARA-CARA MEMOHON
Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/ mulai 12 Julai 2012.
NO KP DENGAN TANDA SEMPANG SEMASA LOGIN
Sila masukkan no kad pengenalan dengan tanda sempang (-) semasa login ke Sistem eTPM
Sila masukkan no kad pengenalan dengan tanda sempang (-) semasa login ke Sistem eTPM
Tarikh tutup permohonan
adalah pada 25 Julai 2012
Syarat-syarat kelayakan memohon adalah
seperti yang diiklankan
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PERMOHONAN BIASISWA INI BOLEH TERUS BERHUBUNG
TALIAN DI BAWAH:
03-5544 3095
03-5544 3109
03-5544 3182
03-5544 2336
03-5521
1312
03-5521 1310
03-5544 3093
03-5544 3109
Sebarang masalah teknikal berkenaan Sistem eTPM, mohon hubungi talian bantuan
teknikal 03-55442203
1 Comments:
salam.. untuk taun 2014 bila ek tarikh start mohon?? terima kasih..
Post a Comment