Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Lepasan Matrikulasi dan STPM CGPA 2.8 Akan Ditawarkan IPTA

Lepasan Matrikulasi dan STPM CGPA  2.8 Akan Ditawarkan IPTA Dengan Syarat Tak Memilih Jurusan Ditawarkan

Kuala Terengganu: Semua lepasan matrikulasi dan STPM dengan Gred Nilai Purata Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas yang gagal meneruskan pengajian, akan ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata semua 1,246 pelajar yang mendapat CGPA 2.8 ke atas berpeluang ke IPTA dengan syarat tidak memilih jurusan ditawarkan dengan surat tawaran akan dikeluarkan pertengahan bulan depan bagi sesi pengajian September ini.

 Tiada peluang jika tolak tawaran.


Jika mereka menolak tawaran itu, maka tiada peluanglah. Mereka boleh mula mendaftar seperti pelajar lain September nanti, katanya selepas merasmikan penarafan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE), di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Seri Dr Zaharudin Idrus; Ahli Lembaga Pengarah UMT, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Dengan penarafan itu, INOS diberi suntikan dana RM3 juta setahun bagi tempoh tiga tahun bermula 2012 sebagai tanda sokongan kementerian untuk melonjakkan keupayaan dan pencapaian institut berkenaan dalam bidang tujahan dan lestari ekologi marin.

UMT Institusi ketujuh diiktiraf
UMT adalah institusi pengajian tinggi ketujuh menerima pengiktirafan itu selepas Power Energy Dedicated Advanced Centre, Universiti Malaya (UMPEDAC); Medical Molecular Biology Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMBI); Institute of Melocular Medicine Research dan Universiti Sains Malaysia (INFORMM).

Institute of Biological Sciences, Universiti Malaya (ISB); Centre of Drug Research, Universiti Sains Malaysia (CDR) dan Accounting Research Institute Universiti Teknologi Mara (ARI).

Dengan penarafan sebagai HICoE, ia dapat memastikan hasrat kementerian dalam memastikan aktiviti penyelidikan dan inovasi di IPT memperoleh sumber mencukupi bagi menyokong Sistem Inovasi Kebangsaan. 


Sumber; Berita Harian

Related Posts:

  • Masuk U dengan 1 Peperiksaan?Masuk U dengan 1 Peperiksaan? Pengerusi Biro Pendidikan Gerakan Lau Chin Hoon sememangnya berpendapat begitu atas dasar dwi-sistem bagi kemasukan ke universiti sekarang Peperiksaan tunggal untuk ke universiti? KUALA L… Read More
  • Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi  Penggabungan Kementerian Pelajaran  dan Pengajian Tinggi Penggabungan dua kementerian; Gabung tindakan tepat - TPM (Utusan Malaysia 17 Mei 2013) Penggabungan dua kementerian baik untuk kelangsungan pendidikan:… Read More
  • Menanti kewujudan akta hidu gam Menanti kewujudan akta hidu gam SEORANG pemuda berusia 28 tahun bagaikan hilang akal apabila melibas-libas pisau selepas berang dengan tindakan ayahnya berusia 58 tahun membuang gam yang dihidunya. Dalam keadaan khayal, enta… Read More
  • Manusia Makin Gila? Manusia Semakin Gila?  Apabila Kewarasan Akal hilang... Assalamu'alaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera kepada pelayar blog ini. Apa khabar ? Semoga hari yang ceria ini memberi cahaya baru untuk kehidupan kita,… Read More
  • Al Fatihah Untuk Wira yang Gugur Al Fatihah Untuk Wira yang Gugur Al Fatihah kita hadiahkan kepada pejuang Muslim tanahair yang telah terkorban... . Ya Allah...rasa sebak bila dengar beberapa orang pejuang tanah air kita gugur demi memperta… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .