Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Petua Graduan Terbaik KUIM Tuntut ilmu kerana Allah

Petua Graduan Terbaik KUIM Tuntut ilmu kerana Allah

 Graduan Terbaik Keseluruhan KUIM (Kolej Universiti Islam Melaka), Siti Fatimah Jaafar.

 

Website KUIM, Klik di http://www.kuim.edu.my/v1/

MELAKA: “Saya menuntut ilmu kerana Allah untuk mendapat keberkatan,” kata penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Siti Fatimah Jaafar.

Anak kelima daripada tujuh beradik berusia 21 tahun itu menerima anugerah berkenaan pada majlis Konvokesyen Kuim kali ke-16 selepas mencatatkan nilai purata gred 3.83 di Seri Negeri, di sini, semalam.

Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Syariah Islam berkata, kejayaan itu membuktikan anak pengawal keselamatan mampu berjaya jika berusaha secara berterusan.

“Syukur akhirnya usaha dan pengorbanan ayah, Jaafar Ali, 55, dan ibu, Tuan Khadijah Tuan Mohd Yusof, 52, sedikit sebanyak dapat saya balas dengan anugerah ini.


“Tiada rahsia untuk berjaya dan yang penting kita menuntut ilmu kerana Allah untuk mendapat keberkatan dan sentiasa berusaha untuk berjaya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Anak kelahiran Rantau Panjang, Kelantan itu berkata, sokongan dan dorongan ibu bapanya menjadi penguat semangat untuk lebih berjaya mencapai cita-cita menjadi pensyarah.


“Saya bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang syariah dan sedang menunggu panggilan universiti,” katanya yang juga Exco Dakwah dan Disiplin Kuim.

Pada majlis itu, seramai 604 graduan menerima diploma yang disampaikan Pro Canselor Kuim, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Graduan Diploma Kaunseling, Mohd Halifi Farhan Mohd Yusof pula dianugerahkan Graduan Terbaik Kokurikulum.

Menurutnya, dia yang pernah berhenti belajar di sebuah universiti tempatan dalam bidang Diploma Perniagaan Pengangkutan menjadikan kegagalan lalu sebagai pembakar semangat.

Anak sulung daripada lima beradik berasal dari Segamat, Johor itu berkata, kejayaan itu membuktikan kesungguhannya menebus kesilapan terhadap ibu bapanya, Mohd Yusof Abdul Majid, 55, dan Salwa Kidin, 52.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/1

 

 

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .