Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Kursus Sijil Teknologi Getah Lepasan SPM

Permohonan Kursus Sijil Teknologi Getah Lepasan SPM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM,  Permohonan Kursus Sijil Teknologi Getah di  Akademi HEVEA Malaysia, Lembaga Getah Malaysia sudah dibuka.

Pemohon adalah dipelawa bagi calon yang berminat.

Kursus Sijil Teknologi Getah Sesi Pengajian September 2012 Hinga Mac 2014.

Tarikh tutup permohonan:
5 Ogos 2012

Akademi Hevea Malaysia
 
Lembaga Getah Malaysia (LGM) di dalam usahanya menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh industri getah akan menjalankan pelbagai kursus dalam sektor perladangan, pemprosesan dan pembuatan getah untuk pembangunan serta kemajuan Negara ke arah pencapaian dan kecemerlangan wawasan 2020.

Bagi melaksanakan peranan tersebut dengan lebih berkesan, LGM telah menubuhkan Akademi Hevea Malaysia (AHM) pada 1 Oktober 2006. Penubuhan AHM adalah selaras dengan matlmat negara iaitu untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dalam bidang getah. Objektif utama penubuhan AHM adalah :
  • Memberi latihan kemahiran secara ’industry oriented’ untuk industri getah
  • Membantu meningkatkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan
  • Menggalakkan pemindahan teknologi melalui latihan teknikal

Tempat

Kursus-kursus akan dijalankan di Akademi Hevea Malaysia, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan yang dilengkapi dengan sebuah kilang pemprosesan SMR, makmal, bilik-bilik kuliah berhawa dingin, auditorium, perpustakaan, lodge, kemudahan rekreasi dan alat pandang dengar yang canggih. Akademi Hevea Malaysia terletak hanya 5km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Selangor.


Borang Permohonan:
Sila kli di sini

Pertanyaan sila hubungi:

Rektor Akademi Hevea Malaysia
Lembaga Getah Malaysia
Stesen Penyelidikan RRIM
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
 
Telefon : 03 6156 1121
Fax : 03-6157 7637
Email:akademihevea@lgm.gov.my


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .