Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2011, anda mungkin telah
membuat semakan Keputusan Permohonan Rayuan ke Politeknik Premier/
Konvensional/ METrO Sesi Ambilan 2012.
Semakan Keputusan Permohonan/Rayuan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Ambilan 2012
- Semakan keputusan permohonan/rayuan boleh dibuat mulai Jumaat, 01 Jun 2012
- Calon-calon boleh mencetak surat tawaran mulai Jumaat, 01 Jun 2012.
- Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada setiap Khamis hingga 19 Ogos 2012
Sila Buat semakan di sini.
Pada posting ini, saya ingin berkongsi berkaitan Politeknik METrO. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working
adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di
Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance
learning (OVDL) dalam kerangka e-learning.
Mungkin anda mempunyai pelbagai sebab musabab anda memilih untuk tidak mahu melanjutkan pengajian anda secara sepenuh masa di mana-mana IPT, samada IPTA mahupun IPTS. Oleh itu, sebenarnya, Politeknik METrO ini membuka ruang dan peluang
kepada lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas alam
persekolahan tamat.
Kepada lepasan SPM, SMK Jengka Pusat 2, dan lepasan SPM SMK Jengka 2, yang telah bekerja, dan ingin meningkatkan kerjaya anda, sedangkan punya kekangan tertentu, maka ketepikan kekangan itu.
Kepada bekas pelajar Tingkatan 5 Aliran 5 MPV 2011 Di SMK Jengka Pusat 2, eloklah jika anda apply kursus di sini. Rebut peluang dan ruang yang ada. Tambahan pula, Politeknik METrO ini ada ditawarkan di Kuantan.
Gambar Politeknik METrO Kuantan, Pahang.
Pelajar ini menjual tempe. Menariknya tempe ini dihasilkan sendiri
oleh Unit MPV dan para pelajar MPV di SMK Jengka Pusat 2.
Ini pula tapai ubi, yang turut dihasilkan oleh Unit MPV SMK Jengka Pusat 2.
Ada juga mee kuning dan air cincau yang dihasilkan oleh Unit MPV.
Cuba baca print screen petikan akhbar ini:
Malaysia kurang pakar industri halal. Adakah anda akan menjadi salah
seorang pakar yang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal
di Malaysia? InshaALLAH, anda boleh. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan Produk Halal di negara kita?
Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program
Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal). Sila baca entry ini selanjutnya bagi mendapatkan pencerahan selanjutnya berkaitan Program Yang Ditawarkan dan lain-lain lagi. Boleh klik Fan Page Facebook Rasmi Politeknik METrO Kuantan di sini.
POLITEKNIK METRO
Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam
sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro
tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem
pengangkutan awam mencukupi.
Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional. Oleh itu, keperluan tenaga pakar dalam bidang teknikal sangat diperlukan. Ia
berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang
diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri.
Apatah lagi Malaysia sedang menuju ke arah negara maju pada tahun
2020, maka keperluan tenaga teknikal amat penting dan negara tidak akan
mencapai wawasan itu tanpa tenaga mahir dalam bidang teknikal.
Daripada jumlah itu, 700,000 pekerja mempunyai kelayakan di peringkat
diploma seperti yang di jana oleh politeknik dan beberapa institusi
pendidikan serta latihan yang lain.
Pendidikan dan latihan di politeknik cukup relevan dengan keperluan
industri dengan menawarkan bidang pengajian seiring dengan bidang
ekonomi utama Negara (NKEA) seperti kejuruteraan, teknologi, perdagangan
dan perkhidmatan.
Politeknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi
memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs)
dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan
(service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat
industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi
negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi
berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang
serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang
dinamik.
Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja
(working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran
di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance
learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga
pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.
Politeknik Metro mempunyai ciri unik dalam menawarkan program
pengajian bagi memenuhi keperluan sosio-ekonomi tempatan dan wilayah.
Program pengajian yang ditawarkan adalah dalam bidang perkhidmatan dan
perdagangan.
Ini juga selari keperluan pekerjaan di bawah NKEA yang
mengunjurkan keperluan pekerjaan tertinggi adalah dalam bidang
pelancongan dan peruncitan menjelang tahun 2020.
METrO - Maximising Education & Training Opportunities
KONSEP POLITEKNIK METRO
1) Responsif kepada keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.
Konsep program pengajian Politeknik Metro berbeza daripada segi
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang khusus . Program pengajian,
kemudahan dan persekitaran yang dipadankan dengan keperluan industri.
2) Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialization in the creation of new courses and programmes).
Konsep politeknik metro ini juga unik dan tidak pernah dilaksana di
mana-mana politeknik kerana ia menawarkan pendekatan Open Distant
Learning (ODL) yang memudahkan golongan berkerjaya menyambung pengajian
di sini untuk meningkat tahap pendidikan mereka.
3) Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi
keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang
berorientasikan perkhidmatan.
Politeknik Metro dibina untuk memudahkan rakyat termasuk golongan bekerja
mendapat pendidikan teknikal di kawasan yang hampir dengan mereka
menerusi pengajian secara sepenuh masa dan sambilan dengan kos pengajian
yang rendah.
Politeknik Metro disediakan di tengah masyarakat
dengan harapan dapat menyumbang kehidupan yang lebih baik kepada mereka
yang tidak bernasib baik termasuk golongan miskin dan orang kurang upaya
(OKU).
Penyediaan asrama untuk pelajar tidak menjadi keutamaan kerana pelajar berulang-alik dari kediaman masing-masing.
CIRI-CIRI POLITEKNIK
Program yang mempunyai jangka masa dan kos pengajian yang fleksibel.
Pelajar daripada kalangan penduduk tempatan atau commuting students
Komposisi pelajar terdiri lepasan sekolah dan pelajar bekerjaya.
CIRI-CIRI PROGRAM
Mempunyai nilai pasaran tinggi
Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
Mematuhi kompetensi professional /industri melalui pensijilan /pengijazahan
Mendapat akreditasi MQA
Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN DAN LOKASI:
Politeknik METrO Kuala Lumpur
Diploma In Retail Management
Diploma in Hotel & Catering Management
Alamat;
Politeknik METrO Kuala Lumpur
No 2-12, Jalan Setiawangsa 10,
Taman Setiawangsa,
54200, Kuala Lumpur
Tel: 03-42518000
Fax: 03-42517979
No 2-12, Jalan Setiawangsa 10,
Taman Setiawangsa,
54200, Kuala Lumpur
Tel: 03-42518000
Fax: 03-42517979
Politeknik METrO Kuantan
Diploma in Foodservice (Halal Practice)
Diploma in Tourism & Hospitality
Alamat:
Politeknik METrO Johor Bahru,
d/a Politeknik Johor Bahru
KM 10, Jalan Kong Kong
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim
Tel: 07-2612488
Fax: 07-2612963
d/a Politeknik Johor Bahru
KM 10, Jalan Kong Kong
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim
Tel: 07-2612488
Fax: 07-2612963
Politeknik METrO Johor Bahru
Diploma in Islamic Banking & Finance
Diploma in Logistic & Supply Chain Management
Politeknik METrO Kuantan,
No A-5, Jalan Tun Ismail 2,
Sri Dagangan 11
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 609 5173 259
Faxs : 609 5173 259
No A-5, Jalan Tun Ismail 2,
Sri Dagangan 11
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 609 5173 259
Faxs : 609 5173 259
PERTANYAAN DAN KEMYUSKILAN, SILA HUBUNGI:
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313
Faks : 03-8891 9319
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313
Faks : 03-8891 9319
Politeknik wadah lahirkan penginovasi hebat
Kini ruang dan peluang untuk rakyat khususnya yang bekerja meneruskan
pembelajaran di peringkat tinggi dalam aspek teknikal sudah disediakan.
Ini sekali gus membuka lembaran baru sistem pengajian tinggi negara
kerana selama ini hanya universiti tertentu saja yang bersedia membuka
peluang mengikuti pembelajaran cara itu.
Dengan adanya Politeknik Metro, jumlah tenaga pakar dalam bidang teknikal dan vokasional pasti berjaya dihasilkan secara optimum. Malah, diramalkan bidang ini akan mendapat wajah baru yang lebih segar dengan kerancakan penyelidikan dan penerokaan pelbagai inovasi bermanfaat untuk negara.
Tunjang teras kepada kelangsungan perkembangan pembangunan industri negara pada masa depan banyak bergantung kepada penyediaan tenaga pakar dalam bidang teknikal dan vokasional.
Kesediaan dan kemampuan pihak IPT
termasuklah politeknik menawarkan graduan yang hebat dan berkemahiran
unggul pasti dapat menyumbang kepada hasrat negara menjadi sebuah
negara maju menjelang 2020.
Soalnya, bagaimana kita mampu merealisasikan hasrat murni itu? Jawabnya sudah tentu terletak pada kesediaan pihak IPT termasuklah seluruh politeknik dan institusi kemahiran lain menggembleng usaha memperhebatkan kualiti pengajian.

Justeru, penubuhan Politeknik Metro menepati hasrat itu yang ingin melahirkan anak tempatan berkebolehan sebagai bangsa pencipta.
Dengan pengajian teras utamanya menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional, dirasakan politeknik termasuklah Politeknik Metro mampu memikul amanah besar melahirkan bangsa pencipta.
Oleh itu, Bahagian
Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi atau lebih dikenali sebagai Pusat
Inovasi Politeknik seharusnya berperanan secara lebih aktif dalam
menggerakkan usaha mengetengahkan hasil cipta dan inovasi bermutu.
Dengan semangat anak muda yang sentiasa dahagakan ilmu dan kemahiran ketika mereka belajar di politeknik berupaya melahirkan warga tempatan yang berani menjadi seorang penginovasi hebat.
Sesungguhnya dengan wujudnya Politeknik Metro itu menjadikan sektor pengajian tinggi negara semakin hidup berkembang subur dengan kerancakan pesat menuju pencapaian visi negara sebagai sebuah negara maju.
Inilah langkah yang mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, sekali gus memenuhi keperluan pasaran industri negara.
Politeknik Metro adalah satu lagi mercu tanda baru sektor pengajian tinggi negara yang akan menggalas tanggungjawab besar membina wajah baru masyarakat bestari.
Sumber: Harian Metro, Oleh Mohd Rizal Azman Rifin, Penulis pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Politeknik Metro Lengkapkan Sistem Pengajian Politeknik - Khaled
KUALA LUMPUR: Penubuhan politeknik metro akan
menyempurnakan lagi sistem pengajian politeknik yang sedia ada sejajar
dengan pelan transformasi politeknik yang dilancarkan Februari tahun
lepas (2010).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penubuhan politeknik metro juga bukan untuk menyaingi politeknik konvensional yang lain tetapi merupakan satu inisiatif baru bagi melonjakkan lagi pengajian politeknik khususnya dalam menawarkan program pengajian berasaskan perkhidmatan.
"Penubuhan politeknik metro menyediakan program pengajian sepenuh masa dan secara sambilan dalam bidang pekerjaan seperti perdagangan dan perkhidmatan yang sememangnya memenuhi keperluan sosioekonomi tempatan dan wilayah terutamanya bagi keperluan industri kecil dan sederhana dan syarikat multinasional," katanya semasa merasmikan politeknik metro di Setiawangsa di sini, Khamis.
Mohamed Khaled berkata selain politeknik itu, dua lagi politeknik metro akan ditubuhkan tahun ini (2011) di Johor Baharu dan Kuantan manakala tujuh lagi bakal dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Katanya konsep politeknik metro adalah unik yang meliputi lima ciri utama berbanding politeknik konvensional lain.
"Antara cirinya termasuk berbaloi dengan wang yang dibelanjakan kerana pembangunannya mengambil pendekatan pertambahan capaian dengan modal minima yang tidak memerlukan perbelanjaan tinggi serta beroperasi di bangunan komersial di dalam bandar tanpa memerlukan kemudahan asrama," katanya.
Mohamed Khaled berkata politeknik itu juga dikhususkan kepada kalangan penduduk tempatan atau pelajar harian dengan sasaran enrolmen pelajar seramai 1,000 orang dengan pelaksanaan dua program pengajian sepenuh masa melalui pengambilan dua kali setahun.
"Jenis program yang ditawarkan adalah berbentuk sepenuh masa dan sambilan dengan penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pengalaman dan pengetahuan menggunakan ICT secara optimum," katanya.
Beliau berkata dalam aspek program pengajian, politeknik metro memfokuskan kepada penawaran program bercirikan nilai pasaran tinggi seperti pengurusan peruncitan dan perkhidmatan makanan termasuk diploma reka bentuk fesyen, diploma kewangan dan perbankan Islam, diploma pengurusan pelancongan, diploma pengurusan hotel dan katering dan diploma animasi digital.
Mohamed Khaled berkata penubuhan politeknik metro boleh menampung permintaan pelajar yang semakin meningkat dan menambahkan akses ke pengajian politeknik memandangkan untuk pengambilan Jun lepas, politeknik yang sedia ada hanya mampu menawarkan 29,000 tempat berbanding permohonan sebanyak 119,000 orang.
"Kementerian Pengajian Tinggi meletakkan harapan dan sasaran yang besar agar inisiatif baru ini akan melonjakkan lagi prasarana sekitar pengajian tinggi, bermakna kualiti pengajian di politeknik metro juga mesti berada pada tahap terbaik agar dapat menawarkan mutu ilmu dan kemahiran yang terbaik pada pelajar, katanya. -BERNAMA

0 Comments:
Post a Comment