Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Gadis ini dijangkiti HIV positif seawal usianya 15 tahun setelah diperlakukan perbuatan "Sumbang Mahram' oleh bapa tirinya.
Semoga ada sinar kehidupan baru kepada gadis ini.
BACHOK: Seorang wanita mendakwa dibaling plastik berisi kelapa parut oleh seorang pemilik kedai runcit gara-gara takut ‘berjangkit’ sebaik berita mengenai dirinya menghidap virus HIV tersebar luas di kampungnya.
Malah, saudara-mara termasuk rakan karib turut memulaukan dirinya hingga wanita berusia 23 tahun itu menangis mengenangkan nasib yang menimpanya.
Mahu dikenali sebagai Nita, dia berkata, penyakit itu bukan dicari, sebaliknya berjangkit daripada ayah tirinya yang meninggal dunia tiga tahun lalu akibat Aids.
Katanya, ayah tiri yang juga penagih dadah memperkosanya menyebabkan dia dijangkiti HIV.
Mengimbas kembali perubahan hidupnya, Nita berkata, kehidupan keluarga mula berubah apabila ayah kandung meninggal dunia sebelum ibu berkahwin dengan lelaki lain tanpa mengetahui suami barunya itu penagih dadah.
"2 BULAN SELEPAS ibu meninggal dunia, kerana bArah, saya dijadikan tempas untuk melampiaskan hawa nafsu ayah tiri yang memperkosa saya sewaktu usia saya 15 tahun,"katanya.
Menurut Nita, beberapa bulan selepas diperkosa, dia ke sebuah hospital kerajaan sebaik mendapati rambutnya gugur seperti menghidap leukemia. tetapi terkejut apabila doktor memaklumkan dan mengesahkan dia positif HIV.
SUMBER; HARIAN METRO.
0 Comments:
Post a Comment