Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Program ceramah HIV di sekolah

Program ceramah HIV di sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pihak sekolah telah banyak mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Anti Dadah.

 Program ini biasanya diadakan oleh GPK Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV AIDS atau lebih dikenali Guru PPdA, atau Unit Bina Insan. 



Manakala di pihak PPD sendiri, turut ada Pegawai di Unit PPdA ini. Jika di Maran, Pahang, anda boleh lihat aktiviti yang dijalankan oleh UNIT PPdA Maran di http://ppdamaran.blogspot.com/

Pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi Guru SLAD dan Guru Pendidikan Anti Dadah dan HIV AIDS di SMK Abdul Jalil Kluang, ada beberapa program yang telah pernah saya dan rakan-rakan sejawatan laksanakan untuk para pelajar.

Penyakit HIV AIDS 

Kepada para pelajar dan pembaca blog ini, anda disyorkan membaca blog akuhivpositif.blogspot.com. Kalau boleh ikuti dari awal catatan penulis blog berkenaan. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Hanya mengikuti penulisan blog itu dari awal kemunculan blog itu sebelum blog itu  terkenal. 

Apa yang saya tahu beradasarkan catatan blog berkenaan, beliau bukan seorang pengamal seks bebas, atau penagih dadah namun ujian Allah menimpa beliau.

Memang pahit dugaan yang beliau alami. Ini kerana, stigma terhadap pesakit HIV selama ini. Namun, saya rasa, ada hikmah atas apa yang berlaku kepada penulis blog berkenaan. 

Sekurangnya dengan kemunculan blog berkenaan telah banyak membantu banyak pihak memahami akan penyakit HIV AIDS ini. Selain itu, pesakit HIV AIDS dapat saling menasihati, memberi sokongan dan motivasi positif. 

Bahkan kini, ramai kaunselor dan masyarakat yang bukan pesakit HIV turut sudi menghulurkan bantuan konsultasi kaunseling. Ya, sebenarnya, pesakit HIV AIDS memerlukan sokongan dan dorongan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan baik.

 Sebagaimana pesakit jenis penyakit lain, orang sakit ini biasanya memerlukan insan-insan dan invidu yang saling menasihati  dan memberi dorongan serta sokongan daripada individu lain.

Di dalam Islam sendiri, Allah suka hambaNya saling bantu membantu atas kebenaran dan kasabaran.

 Blog akuhivpositif, http://akuhivpositif.blogspot.com/, Blog beliau memenangi sebuah anugerah peringkat kebangsaan dan masuk TV3.

Sedikit info berkaitan HIV AIDS

Di seluruh dunia, epidemik sejagat HIV/AIDS berkemampuan mencetuskan perasaan belas kasihan, perpaduan dan sokongan, mengeluarkan sifat terbaik seseorang, keluarga dan komuniti mereka. Tetapi penyakit ini juga dikaitkan dengan stigma, penindasan dan diskriminasi, sebab individu yang terlibat (atau dipercayai dijangkiti) oleh HIV telah disingkir oleh keluarga, kawan dan komuniti. Penyingkiran ini berlaku di negara maju dan juga negara miskin.

 Stigma adalah satu alat kawal sosial yang sangat berkesan. Stigma boleh digunakan untuk mengenepikan dan menggunakan kuasa terhadap individu-individu yang menunjukkan sesuatu sifat/ciri. Walaupun penyingkiran masyarakat terhadap kumpulan sosial seperti homoseksual, penagih dadah dan pekerja seks wujud sebelum HIV/AIDS, penyakit ini telah memperkuatkan stigma ini. 

Dengan menyalahkan kumpulan dan individu ini, masyarakat boleh mengelak dari tanggungjawab untuk memberi penjagaan kepada kumpulan orang-orang ini. Ini bukan sahaja terlihat dalam cara mereka menyalahkan "orang luar" yang membawa HIV ke negara mereka, tetapi juga dalam bagaimana kumpulan-kumpulan ini dilarang mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Boleh lihat artikel Sejarah Penyakit HIV AIDS di sini.

 Program ceramah HIV di sekolah (Kosmo)

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran (KPM) buat pertama 
kalinya menganjurkan program kesedaran mengenai bahaya HIV dengan membawa mak nyah memberi ceramah di sekolah-sekolah.

Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM, Jevanartham Baby berkata, program yang bertemakan Manisnya Menjadi Gadis itu juga merupakan serampang dua mata pihaknya bagi membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

"Program ini turut menjemput seorang mak nyah yang hanya mahu dikenali sebagai Maligai yang kini penghidap HIV bagi menceritakan pengalaman kepada pelajar tentang keburukan akibat masalah sosial," ujarnya ketika ditemui semasa program itu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul di sini semalam.

2 Comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

t kasih atas perkongsian ini ummu.
moga penyebaran maklumat yang tepat dpt sama2 kita sampaikan.

bahkan jika pihak sekolah sama ada HEM dan unit B&K berhasrat menjemput saya hadir berkongsi pengalaman, boleh saya pertimbangkan khususnya bagi kawasan Temerloh, Jerantut, Jengka dan Maran.

saya boleh dihubungi melalui positive4eva@gmail.com atau 017 980 5682

Puan Ummi said...

Terima kasih kembali saya ucapakan kepada Saudara HIV Positif di atas kesuian meninggalkan komen di blog saya ini. sangat saya hargai

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .