Home »
catatan pemilik blog
,
Dunia Gadis
,
dunia pendidikan
,
keibubapaan
,
Kesihatan
,
Kolej PTPL
,
memoir seorang guru
,
Pendidikan Kesihatan
,
Pendidikan Perkembangan Remaja
,
remaja
,
SMK Jengka Pusat 2
» Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula
Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai salah seorang Pembantu Guru Kesihatan (2011), antara tugas saya ialah membantu program kesihatan di sekolah.
Artikel di bawah dipetik daripada BERNAMA. Gambar daripada Kosmo.
Kepada pelayar blog ini, boleh lihat entry sebelum ini,
TENGKU ADNAN bersama Aminah (kanan) menyampaikan replika
kad Program Vaksinasi HPV kepada seorang pelajar Kolej PTPL di Putrajaya
semalam.
PUTRAJAYA 16 Julai - Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma
Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan
fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor,
Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain
bermula bulan depan.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu merupakan usaha
mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).
Suntikan untuk kumpulan wanita berumur 18 tahun sahaja dibuat selepas
suntikan bagi kumpulan wanita berumur 13 tahun dimulakan tahun lalu
selepas Belanjawan 2012 menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan RM50
juta bagi tujuan itu, katanya.
HPV merupakan penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi
hubungan seks dan Daftar Kanser Kebangsaan menganggarkan dua hingga tiga
kes baharu kanser serviks dilaporkan setiap hari pada tahun 2007. -
BERNAMA
Related Posts:
Tips Pelajar Cemerlang: Nur Syuhadah
TIPS 1: Nur Syuhadah antara pelajar cemerlang
SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejah… Read More
Remaja Sihat
Remaja sihat
Para pelajar khususnya yang berada di bangku sekolah menengah pasti sudah acap kali mendengar perkataan remaja. Melalui fasa remaja, pastinya ramai yang merasakan ia fasa yang menggembirakan. Pel… Read More
Bahaya air ketum sama seperti dadah
Bahaya air ketum sama seperti dadah
Mudarat air ketum sama seperti dadah
PIHAK polis giat melancarkan operasi bagi membendung
pengambilan air ketum yang berleluasa terutamanya dalam kalangan
pelajar-pel… Read More
Semakan Keputusan SBP 2013 dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1
Semakan Keputusan SBP 2013
dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1
Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga yang ingin menyemak kep… Read More
Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?
Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?
Dipetik daripada http://ppdasmkjp2.blogspot.com/
Katakan Tidak Kepada Rokok,
Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Mati Otak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. … Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment