Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Format SPM. Show all posts
Showing posts with label Format SPM. Show all posts

Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012

Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012



Ini hanyalah jangkaan berdasarkan soalan-soalan trial negeri,jadi manfaatkan semaksima yang mungkin.Jika kalian serius dan disiplin membuat rujukan dan latihan sejarah,tak mustahil A+++++++++++…


BAB 1 TAMADUN AWAL Tamadun Hwang Ho ( MELAKA )
1.Dua buah dinasti yang memerintah
2.Sumbangan
3.Kemajuan dalam pertanian
4.Usaha membangunkan sektor pertanian



BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN Tamadun China dan India ( KELANTAN,PERAK, SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING, SBP)
1.Sumbangan dalam ekonomi – pertanian dan perdagangan
2.Monumen tinggalan sejarah
3.Pendidikan, senibina, sains dan teknologi ( semua tamadun )
4.Kebaikan persatuan perdagangan dan perusahaan
5.Bagaimana ekonomi Negara dapat ditingkatkan (KBKK)
6.Mengapa masyarakat memajukan sains dan teknologi (KBKK)
7.Kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia (KBKK)
8.Usaha meningkatkan kemajuan sains dan teknologi (KBKK)



BI mungkin subjek wajib SPM 2016

BI mungkin subjek wajib SPM 2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel berkaitan Bahasa Inggeris Mungkin Menjadi Mata Pelajaran Wajib Lulus SPM Pada 2016 ini dipetik daripada Laporan Berita TV3, Laporan Bernama di Sinar Harian, Berita Harian dan Kosmo sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan. Sekian terima kasih.


Bahasa Inggeris Mata Pelajaran Wajib Lulus SPM?

 

untuk menonton Berita Utama TV3

BI mungkin subjek wajib SPM 2016

PORT DICKSON - Bahasa Inggeris berkemungkinan besar akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran berkata langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
 
Katanya perkara itu sedang diperhalus Kementerian Pelajaran dan pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.
   


BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA FORMULA 10 + 2

BILANGAN MATA PELAJARAN 
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
FORMULA 10 + 2  



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel Pekeliling Tahun 2009 ini dimuat naik di sini sebagai kemudahan pemilik blog hendak membuat rujukan. Sekian terima kasih. 

FORMULA 10 + 2 BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

FORMULA 10 + 2
BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
 
 
1.      Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009 telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2010 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan untuk mengambil maksimum 10 mata pelajaran kecuali murid-murid aliran agama sains yang boleh mengambil 11 mata pelajaran sehingga tahun 2010 sahaja.
 
2.      Kerajaan telah menerima pandangan pelbagai pihak yang mendakwa keputusan itu menyebabkan murid Cina dan murid India terhalang daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil. 

3.      Sukacita saya maklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009, kerajaan telah bersetuju menerima rayuan pelbagai pihak agar murid dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM mulai tahun peperiksaan 2010. Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil DAN Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil. Sehubungan dengan keputusan ini, murid juga dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

4.      Formula 10 + 2 ini bermaksud dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada murid untuk mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan di atas sahaja. Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.
 

Kurikulum Silibus Baharu Subjek Sejarah Sekolah Menengah

Kurikulum Silibus Baharu Subjek Sejarah Sekolah Menengah



Muhyiddin Yassin diiringi Omar Mohd. Hashim melawat Galeri Sejarah selepas merasmikannya sebelum Mesyuarat Tahunan Majlis Ke-57 
Persatuan Sejarah Malaysia di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. - BERNAMA

Kurikulum baharu subjek Sejarah

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang merangka kandungan baharu kurikulum Sejarah dalam silibus sekolah menengah sebagai sebahagian daripada usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendekatan itu juga dibuat selari dengan keputusan kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus bagi mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.

Katanya, perkara itu juga sesuai dengan keputusan kerajaan memperkenalkan Sejarah pada peringkat sekolah rendah mulai 2014.

Format Baru Mata Pelajaran Sejarah Mulai 2013

Format Baru Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Mulai Tahun 2013


Arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tentang pelaksanaan pentaksiran peperiksaan SPM mulai tahun 2013 bagi mata pelajaran Sejarah iaitu terdapat satu penambahan kertas baru iaitu Kertas 3 (1249/3) yang berbentuk tugasan.

Berikut adalah format baru mata pelajaran Sejarah SPM mulai tahun 2013 :

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI TAHUN 2013
Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)


Bahagian B (Esei)

7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan

Nota :

Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Li

Sila Rujuk:

Format baharu pentaksiran SPM Pelajaran Sejarah

Format baharu pentaksiran SPM Sejarah

Gambar
Calon SPM 2011 dari Pelajar SMK Jengka Pusat 2
sedang khusuk mendengar taklimat Kem Komandan semasa Kem Perkampungan Ilmu selama 3 hari 2 malam sebagai Pecutan Akhir Menghadapi SPM 2011.

Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu.

Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014.

Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alfatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham 

Artikel entry ini, saya memuat naik kupasan tentang Nilai Positif Dalam Soalan Karangan Bahasa Melayu 2010. Kupaasan tentang Soalan BM Julai 2010 dan Soalan BM November 2010.

Pada tahun 2010, LPM mengeluarkan soalan yang hampir kesemuanya berbentuk positif seperti cadangan, langkah, kebaikan, peranan dan sebagainya. Tiada unsur negatif seperti kesan buruk, masalah, mala petaka, kerumitan dan sebagainya digunakan dalam soalan.

Memetik ulasan Cikgu Abd Razak Bin Hassan, bahawa penerapan unsur positif akan menghasilkan lebih banyak pelajar yang berfikiran positif yang bakal melahirkan pemikir untuk menyelesaikan suatu isu pada masa hadapan. 
Saya secara peribadi juga bersetuju dengan pandangan ini. Ini adalah kerana, penerapan unsur positif akan membina individu yang lebih positif dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan, dugaan dan ujian dalam kehidupan seharian pelajar. 
Nilai posotif umpama ilmu tebat diri individu dalam menghadapi cabaran hidup masa depan. Begitulah kuatnya kuasa minda positif, dalam membuat transformasi diri individu, keluarga, dan masyarakat amnya. 

Pada entry ini, ulasan berkaitan SOALAN BM JULAI 2010, Soalan BM November 2010 dan BM Julai 2011, yang kesemuanya menekankan unsur dan nilai positif dalam membina karangan. Mari kita lihat:

Soalan BM Julai 2010

1. Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas tersebut.

2. Amalan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat. Huraikan kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa tersebut.


3.  Isu kenaikan harga barang keperluan hanan perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan pelbagai kesan terhadap rakyat di negara ini. Tulis sebuah rencana yang bertajuk `Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang'.

4.  Semua pemimpin negara di dunia wajar menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik pemimpin-pemimpin negara di dunia.
5.   Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah.
Petikan gurindam di atas menggambarkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan.Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu.

Soalan BM Nov 2010 :

1. Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.

2.  Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.


Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.

3.  Negaraku

Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.

4. Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global.
Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.

5. Peribahasa 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan. Tulis  sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Sumber ulasan bentuk soalan peperiksaan ini, cikgukaunseling petik daripada Blog Cikgu Abd Razak, di sini. Artikel ini disalin di sini sebagai kemudahan para pelajar membuat ulangkaji. Sekian, wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .