Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alfatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham 

Artikel entry ini, saya memuat naik kupasan tentang Nilai Positif Dalam Soalan Karangan Bahasa Melayu 2010. Kupaasan tentang Soalan BM Julai 2010 dan Soalan BM November 2010.

Pada tahun 2010, LPM mengeluarkan soalan yang hampir kesemuanya berbentuk positif seperti cadangan, langkah, kebaikan, peranan dan sebagainya. Tiada unsur negatif seperti kesan buruk, masalah, mala petaka, kerumitan dan sebagainya digunakan dalam soalan.

Memetik ulasan Cikgu Abd Razak Bin Hassan, bahawa penerapan unsur positif akan menghasilkan lebih banyak pelajar yang berfikiran positif yang bakal melahirkan pemikir untuk menyelesaikan suatu isu pada masa hadapan. 
Saya secara peribadi juga bersetuju dengan pandangan ini. Ini adalah kerana, penerapan unsur positif akan membina individu yang lebih positif dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan, dugaan dan ujian dalam kehidupan seharian pelajar. 
Nilai posotif umpama ilmu tebat diri individu dalam menghadapi cabaran hidup masa depan. Begitulah kuatnya kuasa minda positif, dalam membuat transformasi diri individu, keluarga, dan masyarakat amnya. 

Pada entry ini, ulasan berkaitan SOALAN BM JULAI 2010, Soalan BM November 2010 dan BM Julai 2011, yang kesemuanya menekankan unsur dan nilai positif dalam membina karangan. Mari kita lihat:

Soalan BM Julai 2010

1. Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas tersebut.

2. Amalan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat. Huraikan kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa tersebut.


3.  Isu kenaikan harga barang keperluan hanan perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan pelbagai kesan terhadap rakyat di negara ini. Tulis sebuah rencana yang bertajuk `Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang'.

4.  Semua pemimpin negara di dunia wajar menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik pemimpin-pemimpin negara di dunia.
5.   Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah.
Petikan gurindam di atas menggambarkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan.Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu.

Soalan BM Nov 2010 :

1. Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.

2.  Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.


Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.

3.  Negaraku

Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.

4. Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global.
Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.

5. Peribahasa 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan. Tulis  sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Sumber ulasan bentuk soalan peperiksaan ini, cikgukaunseling petik daripada Blog Cikgu Abd Razak, di sini. Artikel ini disalin di sini sebagai kemudahan para pelajar membuat ulangkaji. Sekian, wassalam.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .