Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Malaysia Barisan Kabinet Persekutuan 2013

Malaysia Barisan Kabinet Persekutuan 2013



KABINET BARU MALAYSIA 2013..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya, 
Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan kabinet baru pada sesi bergambar kenangan 
sebelum mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. 
- Foto BERNAMA


Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin


Jawatan kosong Sime Darby Holdings Berhad May 2013

Jawatan kosong Sime Darby Holdings Berhad May 2013



                                     ALAT penimbang berat tradisional Di Sambutan 100 Tahun Sime Darby

Latar belakang Sime Darby Research Sdn. Bhd. :
 
Sime Darby Research Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat multinasional yang ditubuhkan pada tahun 1910 dan berpangkalan di Malaysia yang terlibat dalam sektor pertumbuhan utama ekonomi negara iaitu, perladangan, hartanah, permotoran, kelengkapan perindustrian,  tenaga utiliti, penjagaan kesihatan dan perniagaan.


 Pada Januari 2007, 3 syarikat multinasional iaitu Guthrie Berhad, Golden Hope dan Sime Darby digabung menjadi Synergy Drive . Pada 27 November 2007 ia ditukar nama kepada Sime Darby Berhad sahaja.

 Sime Darby Research Sdn Bhd turut mempunyai cawangan di luar negara iaitu di negara Belanda, Afrika Selatan dan Sumatera Indonesia. Boleh lihat Senarai Syarikat GLC Di Malaysia di sini.

Jawatan kosong terkini di Sime Darby Holdings Berhad May 2013. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengiai kekosongan jawatan di Sime Darby Holdings Berhad sebagai :-

1. Senior Executive, GCA | 191

2. Executive, GCA | 190
3. Executive, GCA | 189
4. Executive, GCA | 188
5. Executive, GCA | 187
6. Manager, GCA | 186
7. Assistant Manager, GCA | 185
8. Executive, Corporate Assurance | 202
9. Senior Executive, GCA | 203
10. Sime Darby ICSA Sponsorship Programme




Al Fatihah Untuk Wira yang Gugur


Al Fatihah Untuk Wira yang Gugur



Al Fatihah kita hadiahkan kepada pejuang Muslim tanahair yang telah terkorban...

.

Ya Allah...rasa sebak bila dengar beberapa orang pejuang tanah air kita gugur demi mempertahankan kedaulatan negara...

lihat sajalah isteri dan anak kecil ditinggalkan demi sayangnya kepada negara...lagi luluh hati bila mendapat khabar yang imam yang amat mereka sayangi telah terkorban.. Ya Allah..berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Jika Banjir Berterusan Sekolah dibenar tangguh sesi 2013

Jika Banjir Berterusan Sekolah dibenar tangguh sesi 2013


 

Muhyiddin bersama isterinya, Norainee, Ahmad (dua dari kiri) dan Ahmad Shabery (kanan) memasak juadah makan malam semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman semalam.

Sekolah dibenar tangguh sesi 2013

RANTAU PANJANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah-sekolah yang dilanda banjir diberi kelonggaran untuk menangguhkan sesi persekolahan 2013 yang dijadual bermula minggu hadapan sehingga keadaan kembali pulih.
 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kelonggaran turut diberikan kepada sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir. 




Keputusan PMR 2012 19 Disember di Sekolah @ SMS

Keputusan PMR 2012 19 Disember
 di Sekolah @ SMS


Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui sekolah masing-masing pada RABU, 19 DISEMBER 2012. Calon PMR boleh mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11.00 pagi di sekolah masing-masing. 

Semoga semua mendapat Keputusan PMR yang cemerlang.

Kepada yang tidak berjaya semoga anda tidak berputus asa daripada rahmat ALLAH SWT, usah sedih dan berusaha membaiki kelemahan yang ada. 

" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, 
yang menjadikan sakit hatimu, 
yang membuatkan keinginanmu terhalang, 
serta menyusahkan kehidupanmu, 
pasti akan damailah hatimu
kerana 
masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia, 
bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati yang sebiginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah dekat dan akrab denganNYA.."

 
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'

(Al-Baqarah:284)

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini, telah Allah berikan rezekinya masing-masing. InshaAllah kepada yang hanya pencapaian sederhana usah berputus asa terus menekuni ilmu di sekolah dengan sebaik-baiknya ya.
 For the past year, that was year 2011, PMR candidates can only online check their result via SMS, there’s no online checking system yet for PMR.



17,000 lagi jurutera diperlukan negara

17,000 lagi jurutera diperlukan negara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerjaya sebagai jurutera sering sinonim dengan mencanai idea inovasi dan kreatif. Suatu kerjaya yang praktikal, adalah suatu ungkapan kolektif dalam minda jurutera.

 Merekabentuk, mencipta, menambah nilai, memproses, dan membina, semuanya dalam citra filosofis kejuruteraan. Komposisi penyelesaian masalahnya mengambil kira faktor konkrit, selamat dan ekonomi. 

Boleh lihat artikel di blog ini , Kerjaya Sebagai Jurutera, di sini. 
Ke Mana Selepas PMR, KLIK DI SINI. 

Sekian, wassalam.

Negara perlukan 17,000 lagi jurutera


Johor Bahru: Seramai 17,000 jurutera diperlukan bagi mengimbangi nisbah keperluan Malaysia sebagai negara membangun sebelum mencapai status maju pada 2020, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Negara kini, katanya, hanya mempunyai 65,000 jurutera dan jumlah itu tidak mencukupi bagi mengimbangi nisbah negara membangun iaitu seorang jurutera kepada 350 penduduk. 
 
Masih kurang jurutera

“Berdasarkan kajian Lembaga Jurutera, Malaysia sebagai negara membangun memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional, tapi kita masih kekurangan lagi 17,000 pakar terbabit. Untuk mencapai status negara maju, nisbahnya 1:100 seperti dicapai Korea dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam. Hadir sama Timbalan Naib Canselor UTM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Peneroka Felda Tenang Nyaris Dibelit Ular Sawa

Peneroka Felda Tenang Nyaris Dibelit Ular Sawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di Felda Tenang, Labis, Segamat berlaku kejadian seorang peneroka nyaris dibelit ular sawa. Inilah asam garam kehidupan seorang peneroka yang menoreh pokok getah. Mari kita ikuti laporan akhbar Kosmo di bawah ini:

Selangkah dibelit ular



LABIS - Seorang penoreh getah di tanah rancangan Felda Tenang di sini trauma selepas dia nyaris dibelit seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter ketika bekerja di kebunnya semalam.

Narizan Ali, 41, memberitahu, kelibat reptilia gergasi itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi ketika dia menoreh dari satu pokok ke satu pokok di kebun getah berkeluasan 3.2 hektar itu.

"Bila saya beralih ke satu pohon lain, saya terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang hanya selangkah dari kedudukan saya.

Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor

Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor







JOHOR BAHRU, Johor (19 Jun 2012): Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. 

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI. Seramai 1,000 orang telah menghadiri  Majlis Perasmian di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor.

Program ini yang merupakan program induk Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) akan berlangsung selama 7 hari bermula dari 19 hingga 25 Jun 2012. 
 

Dedah pelajar mengenai teknologi inovasi



JOHOR BAHRU – Golongan pelajar dari pelbagai peringkat tidak melepaskan peluang menyertai Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor, bagi menyuntik idea kreatif   menghasilkan inovasi.

Karnival itu yang berlangsung selama seminggu hingga 25 Jun ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung antaranya demo petrosains, catur bistari, sesi bersama angkasawan, pertandingan jejak sains dan lainlain lagi.


Salah seorang pengunjung, pelajar tingkatan empat, Samsiah Samsuddin, 16, berkata, karnival berkenaan memberi banyak pendedahan kepadanya mengenai teknologi inovasi dan memberi idea untuknya melakukan perubahan  berinovasi dalam kehidupan seharian.



Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu

Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu



Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel tersebut wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya mengurangkan jarak penglihatan.  Oleh itu, setiap pemandu dinasihatkan supaya :

Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.

Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.

Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.

Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.

Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.

Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.

Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu.

Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.

Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.

Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.

Tuah Bidan Terjun, Tahniah

Tuah Bidan Terjun, Tahniah

ATLET 4x400 meter lelaki (dari kiri) S. Kannathasan, Mohd. Yunus, Yuvaraaj dan Schzuan mengibarkan Jalur Gemilang
selepas berjaya meraih emas di Palembang semalam.

Tahniah Dunia Cikgu Kaunseling ucapkan kepada atlet Malaysia yang berjaya meraih emas. Tahniah diucapkan kepada kuartet 'bidan terjun' yang tidak langsung diletakkan harapan berjaya meraih emas dalam acara 4x400 meter lelaki semalam di Palembang, Indonesia.

"Kami berjaya buktikan, walaupun datang di bawah kategori B dan di saat akhir, kami berjaya membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Sebahagian laporan akhbar berkaitan kemenangan mereka:

PALEMBANG - Penyertaan di saat-saat akhir itu tidak menghalang gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh untuk menyinar, sekali gus mengejutkan banyak pihak termasuk yang menghalang kedatangan mereka ke sini sebelum ini.

Kuartet itu mencatat masa 3 minit 10.47s untuk menewaskan juara bertahan, Thailand di tempat kedua dan Indonesia (ketiga). Catatan itu bagaimanapun jauh daripada rekod Sukan SEA, 3:05.47s.

"Kami berjaya menutup mulut mereka yang menghalang kedatangan kami ke sini. Kami berjaya buktikan dengan membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Kejayaan kuartet 4x400 ini yang hanya baru tiba dua hari lalu akibat pelbagai halangan dan dengki khianat pihak tertentu bakal memberi satu tamparan hebat kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Ini kerana dalam menyenaraikan mereka ke Sukan SEA ini, berlaku tarik tali di mana pada peringkat awal mereka disenaraikan, kemudian digugurkan sebelum disenaraikan semula di saat akhir.

Sebagai rekod, kali terakhir kuartet 4x400 meter lelaki negara memenangi pingat emas pada temasya dwitahunan itu ialah edisi 2007 di Thailand menerusi rangkaian pelari Mohd. Zuslaini Mohd. Zafril, Zainal Abidin Muhammad Zaiful, Subramaniam Thipan dan Krishnan Amran Raj.

Sebelum ini, penyertaan kuartet emas negara itu berdepan pelbagai halangan ekoran beberapa kontroversi yang timbul membabitkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Tahniah Kepada Encik Yahya Bin Zainal Abidin

Tahniah Kepada Encik Yahya Bin Zainal Abidin


Assalam dan selamat sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada Encik Yahya Bin Zainal Abidin, AAP,AMP yang akan meneruskan kecemerlanagannya di JPN Pahang sebagai  Pengarah Pelajaran Pahang yang baru. 

Kepada para pelajar, jom jengah blog pendidikan Tuan Pengarah kita. Ok, apa lagi. Jom kita terjah blog beliau:

http://cemerlangmatematik.blogspot.com/

http://cemerlangmatematik.blogspot.com/

http://memoripengetua.blogspot.com/


Sekian. Wassalam.

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

 Jalur Gemilang, berkibar di pagar, Masjid di Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Bangunan Wisma Gunasama Maran.
 Jalur Gemilang, di kawasan letak kereta, SK Jengka Pusat 2.


 Jalur Gemilang, di kawasan Dataran Ilmu, SMK Jengka Pusat 2.

Salur darah Manusia, Boleh Digodam?

Salur darah manusia boleh digodam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Benarkah, bukan komputer sahaja boleh digodam? Berdasarkan penemuan seorang pesakit diabetis, beliau mendpaati, salur darah manusia boleh digodam. bagaimana tu? Ok, nak tau jom baca lanjut berita ni.



JAY RADCLIFFE menunjukkan sebuah peranti radio yang digunakan untuk menggodam pam insulin semasa dia menghadiri persidangan Black Hat di Las Vegas pada Khamis lalu. 
 

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Salur darah manusia turut tidak terselamat daripada penggodam komputer selepas seorang penyelidik keselamatan siber mendapati pam insulin alat pengawasan gula dalam darah boleh dikawal penggodam, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibatnya, pesakit diabetis boleh dikawal supaya menerima terlampau banyak atau terlalu sedikit insulin iaitu hormon yang mengawal pencernaan gula, sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Penyelidik siber berkenaan, Jay Radcliffe yang juga penghidap diabetes mencipta sendiri peranti radio untuk menggodam seterusnya mengawal pam insulin yang digunakan oleh pesakit diabetis.

Dia membentangkan penemuan itu pada persidangan keselamatan komputer Black Hat di sini pada hujung minggu lalu.

"Reaksi awal saya ialah peranti penggodam ini hebat tetapi saya kemudian berasa gerun apabila menyedari pam insulin yang membantu saya untuk terus hidup tidak memiliki kawalan keselamatan," katanya.

Penemuan Radcliffe mencetuskan kebimbangan mengenai peralatan kesihatan sedia ada seperti peralatan yang mengawal degupan jantung dan monitor bilik pembedahan di era Internet. - Agensi

Program Matrikulasi Sesi 2011/ 2012

Makluman Terbaru Program Matrikulasi Sesi 2011/ 2012


Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang. Kursus-kursus berikut adalah: 

Pakej mata pelajaran Sains: 
Senarai Subjek Teras


1. Modul I
1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Biologi


2. Modul II
1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Sains Komputer


3. Modul III
1. Matematik 2. Kimia 3. Biologi 4. Sains Komputer

Senarai Subjek Wajib


1. Bahasa Inggeris 2. Kemahiran Dinamika 3. Pendidikan Islam dan Moral 4. Kokurikulum


*Senarai Modul adalah sama bagi Program Satu Tahun atau Program Dua Tahun. Hanya masa dan syarat kemasukan yang berbeza


Permohonan yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara. 

Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja. 

Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun.


Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Apabila Portal Kena Godam

Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

 

 

SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai 
Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan.

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.
Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.
"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.
"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Gerakan antiponteng sekolah

Operasi cegah ponteng bukan berkonsep menangkap

MARAN 30 Mei - Semua sekolah di Pahang diarah menubuhkan Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan Petugas Antiponteng bagi menangani gejala ponteng di kalangan pelajar di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, jawatankuasa membabitkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis itu akan bergerak secara bersepadu dalam usaha menangani gejala itu.

Katanya, operasi pencegahan ponteng bukan berkonsep menangkap tetapi memujuk pelajar untuk kembali ke sekolah meneruskan pelajaran.

''Penubuhan pasukan itu sebagai kaedah menarik pelajar datang ke sekolah.
''Gejala ponteng sekolah itu dianggap 'ibu' kepada rangkaian masalah disiplin dan salah laku pelajar kerana mereka akan terbabit dengan pelbagai aktiviti negatif di luar kawalan guru," katanya.

Beliau berucap merasmikan pelancaran Program Sifar Ponteng-Gerakan Hadir ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Zainul Abidin Daud; Pengetua SMK Jengka 18, Saimah Hassan; Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Maran, Hamzah Mat Ali dan Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Maran, Yahya Awang.

Mazlan berkata, data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan gejala ponteng sekolah terus berlarutan walaupun pelbagai usaha menanganinya dilaksanakan.
''Masalah ponteng ini perlu ditangani secara bersepadu dan strategik dengan meneruskan usaha-usaha pencegahan dan pemulihan menerusi Gerakan Hadir Ke Sekolah (GHKS).

Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Sukacita dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) telah diterajui oleh Dr. Haji Zahri b Aziz berkuatkuasa 7 Februari 2011. Tahniah diucapkan!


Lubuk Yu Ditutup Serta Merta

Lubuk Yu Ditutup Serta Merta



Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB dan SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


MARAN 10 Julai - Selepas enam maut dan 83 orang dijangkiti virus kencing tikus, sebuah pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu di sini diarahkan ditutup serta- merta bermula hari ini.

Kesemua mereka yang dijangkiti bakteria meilioidosis dan leptospirosis itu dipercayai terlibat dalam usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah tersebut seramai 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan.

"Seramai 13 mangsa menunjukkan simptom dijangkiti kuman berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya enam kematian.

"Justeru, pusat perkelahan itu hendaklah ditutup serta-merta bermula hari ini dan orang ramai dilarang mengunjunginya sehingga dibenarkan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di pusat perkelahan tersebut di Kuala Sentol di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerajaan Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, ADUN Kuala Sentol Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Rosnah Ismail.


Menurutnya, penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun.

"Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.

"Malah, ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis," jelasnya sambil memberitahu dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Tambahnya, orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit.

"Kawasan rekreasi yang berisiko seperti di Jengka, Jerantut dan Maran tidak perlu dikunjungi pada masa ini bagi mengelak jangkitan bakteria sama.

"Saya ingin jelaskan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar," jelasnya.

Menurutnya, penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun.
“Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.

“Malah, ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis,” jelasnya sambil memberitahu dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Tambahnya, orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit.

“Kawasan rekreasi yang berisiko seperti di Jengka, Jerantut dan Maran tidak perlu dikunjungi pada masa ini bagi mengelak jangkitan bakteria sama.

“Saya ingin jelaskan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar,” jelasnya.

p/s: Entry ini saya masukkan kerana ibu saya dimasukkan ke Hospital Jengka petang ini setelah membuat pemeriksaan kesihatan, mangsa yang lemas adalah jiran ibu.

Kriteria Utama Biasiswa JPA

Empat Kriteria Utama Bagi Tawaran Biasiswa JPA - Muhyiddin



KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun ini dibuat berdasarkan empat kriteria utama bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kriteria tersebut adalah pencapaian akademik, penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum, sosio ekonomi keluarga pemohon dan prestasi temuduga.

Dalam kenyataan Selasa, katanya, kerajaan menyediakan 1,750 biasiswa JPA untuk program penajaan PILN bagi lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan cemerlang dalam sembilan mata pelajaran.


Konvensyen OKU, Kanak-kanak dan Wanita

Malaysia Tandatangani Konvensyen Hak OKU


KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia pada Selasa menandatangani instrumen ratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU) dan penarikan balik reservasi terhadap beberapa artikel dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak serta Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita.

Instrumen ini yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, memberi gambaran jelas komitmen kerajaan terhadap golongan OKU, kanak-kanak dan wanita tidak diabaikan.

Beliau berkata konvensyen berkaitan dengan OKU itu menggariskan lapan prinsip umum, termasuk sikap hormat dan hidup berdikari, tiada diskriminasi serta penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat.

"Harapan kami begitu tinggi supaya ia dapat memberi perubahan dalam serba-serbi kehidupan OKU di negara ini," katanya ketika berucap di majlis itu di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot Jaem. Pada majlis itu juga, Shahrizat menyerahkan instrumen konvensyen tersebut kepada Riot untuk dihantar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRPD) bagi tindakan selanjutnya.

Mengenai penarikan balik reservasi beberapa artikel dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, Shahrizat berkata kerajaan akan memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bersuara dan memberi hak kepada mereka untuk berpersatuan dan berhimpun secara aman.

Katanya, langkah itu seiring dengan pengiktirafan terhadap hak kanak-kanak sebagai pemimpin masa depan dan juga penerus bangsa.

Selain itu, kerajaan akan menetapkan umur minimum perkahwinan wanita serta mewajibkan pendaftaran perkahwinan, menghapuskan prejudis dan adat resam yang mempunyai unsur diskriminasi terhadap wanita dan menekankan peluang bagi wanita memegang jawatan dan menjalankan tugas awam.

Beliau berkata dengan pelantikan dua wanita sebagai hakim syarie baru-baru ini membuktikan langkah positif kerajaan dalam memartabatkan wanita untuk memegang jawatan penting.

-- Sumber:  BERNAMA, 06 Julai, 2010 19:58 PM

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .