Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tuah Bidan Terjun, Tahniah

Tuah Bidan Terjun, Tahniah

ATLET 4x400 meter lelaki (dari kiri) S. Kannathasan, Mohd. Yunus, Yuvaraaj dan Schzuan mengibarkan Jalur Gemilang
selepas berjaya meraih emas di Palembang semalam.

Tahniah Dunia Cikgu Kaunseling ucapkan kepada atlet Malaysia yang berjaya meraih emas. Tahniah diucapkan kepada kuartet 'bidan terjun' yang tidak langsung diletakkan harapan berjaya meraih emas dalam acara 4x400 meter lelaki semalam di Palembang, Indonesia.

"Kami berjaya buktikan, walaupun datang di bawah kategori B dan di saat akhir, kami berjaya membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Sebahagian laporan akhbar berkaitan kemenangan mereka:

PALEMBANG - Penyertaan di saat-saat akhir itu tidak menghalang gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh untuk menyinar, sekali gus mengejutkan banyak pihak termasuk yang menghalang kedatangan mereka ke sini sebelum ini.

Kuartet itu mencatat masa 3 minit 10.47s untuk menewaskan juara bertahan, Thailand di tempat kedua dan Indonesia (ketiga). Catatan itu bagaimanapun jauh daripada rekod Sukan SEA, 3:05.47s.

"Kami berjaya menutup mulut mereka yang menghalang kedatangan kami ke sini. Kami berjaya buktikan dengan membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Kejayaan kuartet 4x400 ini yang hanya baru tiba dua hari lalu akibat pelbagai halangan dan dengki khianat pihak tertentu bakal memberi satu tamparan hebat kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Ini kerana dalam menyenaraikan mereka ke Sukan SEA ini, berlaku tarik tali di mana pada peringkat awal mereka disenaraikan, kemudian digugurkan sebelum disenaraikan semula di saat akhir.

Sebagai rekod, kali terakhir kuartet 4x400 meter lelaki negara memenangi pingat emas pada temasya dwitahunan itu ialah edisi 2007 di Thailand menerusi rangkaian pelari Mohd. Zuslaini Mohd. Zafril, Zainal Abidin Muhammad Zaiful, Subramaniam Thipan dan Krishnan Amran Raj.

Sebelum ini, penyertaan kuartet emas negara itu berdepan pelbagai halangan ekoran beberapa kontroversi yang timbul membabitkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Related Posts:

  • ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH  Apalah dosa anak kecil ini.  DADAH BUKAN PEMBERI BAHAGIA BAHAGIA ITU MAKNAWI ANUGERAH ILAHI MAKA DEKATKANLAH DIRI DENGAN TUHANMU MAKA DI SITU KAU KAN TEMUI BA… Read More
  • Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013 Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013 RM32.3 juta duit raya peneroka FELDA  Jumlah berdasarkan kedudukan harga sawitSungkai: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan duit raya RM32.313 juta kepada 112,635 pener… Read More
  • Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup Allah Maha Kuasa... Tidak Mengira Ruang dan Masa... Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa... Walau Di Mana Jua... Allah Maha Penyayang Di Bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mampu melebihi s… Read More
  • Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah Cikgukaunseling.com menerima berita sedih ini semalam petang namun hanya pada pagi ini dapat mempublish di blog ini. Saya  juga ingin mengambil kesemp… Read More
  • Jerebu di Muar dan Ledang Darurat diisytiharkan Jerebu di Muar dan Ledang Darurat diisytiharkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta-merta selepas bacaan Inde… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .