By Puan Ummi Saturday, May 18, 2013
civil servant, dunia pendidikan, Halatuju, Halatuju selepas PMR, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Keusahawanan, Kolej Vokasional, Sekolah Vokasional, selepas PMR, Vokasional
Kolej Vokasional ERT Setapak
Kolej Vokasional SMV-ERT Setapak
Kolej Vokasional ERT Setapak
Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 KL
1) Telefon: 03-4149 5578
2) Faks: 03-4149 4899
3) Email: whe0001@gmail.com
SMV-ERT Setapak tawar kursus diploma
INFO
Kolej Vokasional SMV-ERT Setapak
- Menyediakan 15 bengkel untuk empat kursus
- Mempunyai dua restoran kursus seni kulinari
- Program keusahawan buka dua pusat asuhan kanak-kanak
- KV ERT Setapak mempunyai 388 pelatih
Kuala Lumpur: Transformasi Bidang Vokasional di bawah kerangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyaksikan Sekolah
Menengah Vokasional Ekonomi Rumah Tangga (SMV-ERT) Setapak, Jalan
Genting Klang, di sini, meningkat fungsinya.
Ia kerana bermula
awal tahun ini, Kementerian Pelajaran mewujudkan Kolej Vokasional (KV)
di kawasan sama di bawah pentadbiran di SMV itu yang menawarkan kursus
peringkat diploma selain sekolah vokasional harian biasa.
By Puan Ummi Wednesday, January 23, 2013
bimbingan dan kaunseling, bimbingan kerjaya, Halatuju, Halatuju selepas PMR, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Muat Turun, Sekolah Teknik, Sekolah Vokasional, selepas PMR
Cara Rayuan Ke Sekolah Menengah Teknik
dan Kolej Vokasional 2013
Kepada pelajar SMK Jengka 2 yang telah menghadiri Aktiviti Program Selepas PMR, Anjuran Unit Bimbingan Kaqunseling SMK Jengka 2, Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional Chenor, Maran telah pun diadakan pada Oktober 2012 lalu.
Begitu juga bekas pelajar saya di SMK Jengka Pusat 2(KLIK DI SINI), yang saya temui sewaktu cuti sekolah tempoh hari, yang mencapai keputusan PMR sangat sederhana dan telah pun memohon Sekolah Vokasional dan Kolej Vokasional KPM.
Terima kasih kerana anak-anak pelajar masih mengikuti perkembangan blog CIKGUKAUNSELING.COM ini seperti dahulu. Terima kasih atas sokongan anak-anak pelajar dan sahabat-sahabat guru di SMKJP2.
Para pelajar yang berminat aliran Vokasional termasuk Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memohon secara online di website Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini anak-anak pelajar boleh buat semakan. Bagi yang memohon bersama dengan saya tempoh hari, tahniah ya telah berjaya dalam permohonan anda. Gunakan peluang dan ruang yang ada untuk mengasah ilmu kemahiran yang ada sebagai bekalan masa hadapan anda.
Tahniah kepada
yang berjaya dan kepada yang gagal, janganlah gundah.
Calon
yang gagal tetap diberi peluang membuat rayuan, bergantung kepada kekosongan. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berkenaan.
Sila klik Senarai Sekolah Menengah teknik dan Vokasional di Malaysia di sini
Kaedah membuat rayuan ke SMK Teknik, SM Vokasional dan Kolej Vokasional adalah mudah, tidak
sesukar seperti rayuan ke SBP dan MRSM.
Ok, para pelajar khususnya para pelajar Tingkatan 4R SMK Lepar Hilir yang berminat sila ikut langkah-langkah
berikut.
Transformasi Pendidikan Vokasional KPM
Transformasi Pendidikan Vokasional
Pengenalan ;
1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?
Aliran
teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal
adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang
kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi
rumah tangga).
2. Apakah pula makna aliran vokasional?
Aliran
vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan
sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak
pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan
amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa
profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.
3. Maksud aliran kemahiran?
By Puan Ummi Monday, November 08, 2010
Bidang Perkhidmatan UBK, catatanku, Halatuju selepas PMR, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Sekolah Vokasional, selepas PMR, teknikal, Vokasional
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011
Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak ini dan selamat sejahtera semua.
Kepada para pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR pada 2010, myraudhatulukhuwah ingin memaklumkan jika pelajar berminat mengambil aliran teknikal dan vokasional, di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada 2011, bahawa permohonan masih dibuka.
Sila layari website http://esptv.moe.gov.my bagi membuat permohonan secara online.
Pelajar boleh mendapat bantuan Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah anda.
Di sini, myraudhatulukhuwah muatnaik sebahagian makluman tersebut untuk kemudahan pemilik blog ini membuat rujukan.
Permohonan Kemasukan ke sekolah Teknik/ Vokasional 2011
Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.
Syarat-syarat Umum:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
- Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
- Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
- Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.
Cara Memohon:
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran
- Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.
Mengubahsuai Pilihan Permohonan:
- Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.
Rayuan Kemasukan:
- Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.
Kemudahan Asrama:
- Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.
Muat Turun Borang
Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.
Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagi.
Muat Turun Dokumen Panduan
Update pada 3 Disember 2010.
Oleh kerana ada pertanyaan, tentang bilakah keputusan akan keluar. keputusan ke Sekolah Menengah Teknik Sesi 2011 telah diketahui.
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman webKementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik sini, untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .