Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Geografi. Show all posts
Showing posts with label Geografi. Show all posts

PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : Kegiatan Ekonomi

PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : 
Kegiatan Ekonomi


PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : Kegiatan Ekonomi



Sebaik pelajar PT3 selesai mendengar taklimat ynag disampaikan oleh Encik Mohd Fairus, Guru S/U Peperiksaan Tingkatan 3 di Dewan Bestari, terdapat bebera orang pelajar 3 Maju melangkah masuk ke bilik saya. Wajah masing-masing nampak agak keliru dan bimbang. Sebagai guru, saya cuba membantu pelajar bertenang. InshaAllah anak-anak pelajar boleh menyelesaikan tugasan ini dengan baik.

Pastinya bermula semalam lagi hingga 3 Julai 2015 adalah tempoh paling sibuk bagi pelajar Tingkatan 3 bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi PT3 2015 kali ini.

Bagi memudahan lagi kerja-kerja menyiapkan Kerja Kursus Geografi Kegiatan Ekonomi PT3 kali ini, blog http://cgkaunseling.blogspot.com/ telah cuba untuk membantu anda untuk berkongsi contoh jadual kerja Geografi PT3 yang merupakan salah satu elemen yang perlu anda sediakan dalam Kerja Kursus Geografi PT3.

Gempa bumi lemah timur laut Ranau Sabah

Gempa bumi lemah timur laut Ranau Sabah

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau. - Bernama

Sumber; klik di sini

 



Ngeri Tandas Ekstrem di tebing 2 600m aras laut

Ngeri Tandas Ekstrem di tebing 2 600m aras laut

  Terletak di Siberia, Rusia, di tebing  8,500 kaki (2,600 meter) di atas paras laut.

 Semasa musim sejuk pengguna tandas buat air sembahyang mereka di atas awan
  di pinggir gunung salji dihadkan.



 

Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia. Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.

Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.


Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu.
- Agensi

Subhanallah 11 bilion planet saiz bumi dikesan

Subhanallah 11 bilion planet saiz bumi dikesan 


Taburan 11 bilion planet yang dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, NASA. 




From the first three years of Kepler data, more than 3,500 potential worlds have emerged. Since the last update in January, the number of planet candidates identified by Kepler increased by 29 percent and now totals 3,538. The largest increase of 78 percent was found in the Earth-sized category.
Image Credit: 
NASA

FIRMAN Allah SWT Maksudnya:

 ''Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"  (QS: Ar Rahman [55}: 37-38)

* Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (QS: Ali Imran: 190).

* Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka. (QS: Al An'aa,:11)

* Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (QS Al-An'aam (Binatang ternak) ayat 73)



 Ahli astronomi anggar satu daripada setiap lima bintang mampu simpan air

New York: Saintis berkata, kira-kira 11 bilion planet yang sama saiz dengan Bumi dan mengelilingi matahari, wujud di galaksi Bima Sakti dan ada di antaranya mungkin boleh didiami.

Dengan menggunakan satu kaedah pintar untuk mengesan exoplanet bersaiz Bumi yang mungkin mereka terlepas pandang, ahli astronomi menganggarkan bahawa satu daripada setiap lima bintang pada pusat sistem suria memiliki sebuah planet yang mampu menyimpan air di permukaannya dan mempunyai bahan kimia yang menyokong kehidupan. 



Kehidupan pintar



Penemuan itu disiarkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, mewakili satu lonjakan besar ke arah kemungkinan kehidupan termasuk kehidupan pintar di alam semesta,” kata ahli astronomi UC Berkeley, Geoffrey Marcy yang terbabit dalam kajian terbaru itu.

Keputusan menunjukkan bahawa Bima Sakti menempatkan 11 bilion planet seperti Bumi. Jika planet yang mengorbit bintang kerdil merah dimasukkan jumlahnya meningkat kepada 40 bilion, kata Marcy.


Bancian planet terbaru



Paling hampir mungkin sejauh 12 tahun cahaya.

Bancian planet terbaru itu berdasarkan data dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, pemburu planet utama NASA. Analisis itu juga mengenal pasti mengenal pasti 603 exoplanet termasuk 10 planet bersaiz Bumi yang mengelilingi zon dan boleh didiami.

“Sejak dilancarkan pada 2009, Kepler membantu mendedahkan pelbagai dunia asing di Bima Sakti,” kata William Borucki yang mengetuai misi Kepler di Pusat Penyelidikan Ames, NASA di Mountain View, California.

“Kebanyakannya unik dan aneh termasuk mini Neptune dan super Jupiter yang tidak seperti planet lain dalam sistem suria kita.”

Beberapa planet yang jauh mengandungi air keseluruhannya manakala yang lain mempunyai ketumpatan yang lebih besar dari besi atau lebih rendah berbanding Styrofoam.

Daripada beribu-ribu planet yang dikaji Kepler, ahli astronomi UC Berkeley, Erik Petigura mempunyai satu soalan: Berapa banyak planet yang serupa seperti Bumi? - AGENSI)Berita Harian)












Aligator Gar Ikan Buaya di Bukit Merah

Aligator Gar Ikan Buaya di Bukit Merah

Gambar Hiasan: Spesis Ikan Mulut Buaya sebagai ikan hiasan di akuarium. 


 Alligator Gar, (Atractosteus spatula)
Spesies yang boleh menjangkau berat melebihi 200paun ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan (Texas, Oklahoma, Louisiana, Mississippi, North Carolina, South Carolina, Alabama, Tennessee, Kentucky, Arkansas, Missouri, Florida, Georgia, Maryland), telah mula mendominasi beberapa perairan akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu.
Rekod bagi penangkapan ikan ini di Malaysia ialah spesimen 3 kilogram di Tasik Bera, Bera, Pagang pada tanggal Januari 2008 oleh seorang nelayan. Selain itu juga, spesimen yang serupa sepanjang 1.5meter turut di jumpai di Jakarta. Baiklah kita ikuti penemuan spesis ikan yang berasal jauh terpisah oleh benua kini dilaporkan telah ada di tasik di Malaysia.

 

Aligator Gar Ikan Buaya di Bukit Merah

Bukit Merah: Penduduk di sekitar Tasik Bukit Merah, di sini, gempar dengan penemuan seekor ikan yang mempunyai mulut dan deretan gigi tajam menyerupai buaya.

Ikan itu ditangkap nelayan tasik Abu Zabar Husin 75, selepas terperangkap di dalam bubu dawai dipasangnya di tasik berhampiran Jalan Keretapi Bukit Merah, di sini, jam 5 petang kelmarin.

Abu Zabar berkata, dia terkejut kerana tidak pernah menangkap atau berjumpa ikan itu sejak menjadi nelayan di situ lebih 50 tahun lalu.



“Ini kali pertama saya melihat ikan dengan bentuk kepala menyerupai buaya. Ikan itu ditemui terperangkap di dalam bubu bersama ikan lain.

“Ketika bubu diangkat, saya terperanjat dan menyangka anak buaya,” katanya.


Menurutnya, ikan itu agresif dan hampir terlepas ketika dipegangnya.

“Penemuan ikan ini menyebabkan rumah saya dikunjungi ramai penduduk dari daerah Kerian yang datang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

“Orang ramai turut pelik kerana ikan itu bermuncung dan deretan gigi seperti buaya. Setahu saya ikan seperti ini tidak pernah wujud di Tasik Bukit Merah,” katanya.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk dari Semanggol dan daerah Selama, menyebabkan rumahnya dikunjungi sehingga lewat malam.

Abu Zahar berkata, misteri spesies ikan itu terjawab apabila seorang kakitangan Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan ia spesies ‘Aligator Gar’.


“Berdasarkan maklumat, spesies ikan ini hanya wujud di Amerika Utara dan boleh membesar sepanjang tiga meter dan seberat hampir 100 kilogram.


“Saya hairan bagaimanapun ikan ini boleh muncul di Tasik Bukit Merah. Jika benar ikan ini berhijrah, ia perlu berenang ribuan kilometer untuk sampai ke Malaysia,” katanya.


Difahamkan, spesies ikan pemakan daging ini pernah dilaporkan ditangkap di Tasik Bera, Pahang oleh seorang nelayan pada Januari 2008.


“Ada kemungkinan ia ikan hiasan sebelum sengaja dilepaskan ke tasik,” katanya.


Sumber; Harian Metro Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/27


 INFO TAMBAHAN :


Ikan Berkepala Buaya di BATU PAHAT JOHOR?


ini ialah spesies Alligator Gar, (Atractosteus spatula). Turut dikenali juga sebagai ikan Buaya atau Alligator. ( boleh dapatkan di kedai akurium yang berdekatan dengan harga rm25 je bagi 15cm).




inilah Alligator Gar, (Atractosteus spatula)
Spesies yang boleh menjangkau berat melebihi 200paun ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan (Texas, Oklahoma, Louisiana, Mississippi, North Carolina, South Carolina, Alabama, Tennessee, Kentucky, Arkansas, Missouri, Florida, Georgia, Maryland), telah mula mendominasi beberapa perairan akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu.
Rekod bagi penangkapan ikan ini di Malaysia ialah spesimen 3 kilogram di Tasik Bera pada tanggal Januari 2008. ( tasik Bera ??? – di kawasan terpencil tu?) oleh seorang nelayan. Selain itu juga, spesimen yang serupa sepanjang 1.5meter turut di jumpai di Jakarta.

(In February 2007, a 1.5-meter Alligator Gar was found roaming far in the city of Jakarta, Indonesia, when the city was hit by a major flood (see External Links below). In January 2008, a 3-kg Gator Gar was found by fishermen in Bera, Pahang (East Coast State of Malaysia), when it was caught entangled in a fishing net).
Persoalannya? – adakah ikan ini telah wujud di sungai atau tasik negara kita dan membiak? Atau telah pun berevolusi dengan mengacukkan diri dengan ikan tempatan? Masih menjadi misteri…
Link berita TV3
http://www.youtube.com/watch?v=GxVRH8_E3xM
Rujukan dari Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Alligator_gar
Agak2 cmne fight and cara tangkap ikan ni? - kena guna tali beb jerut kepala ikan..
http://www.youtube.com/watch?v=GuVEI19p8RM
...rekod ikan ni suatu ketika dahulu..100 tahun yang lalu..!!!!!

This ten-foot alligator gar was caught and photographed at Mhoon Lake in Mississippi in 1910.


SUMBER- Koleksi Bekok di sini


Tragedi Cameron Oktober 2013 Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Takziah

Tragedi Cameron Oktober 2013 Banjir Kilat dan Tanah Runtuh


TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan keprihatianan baginda kepada rakyat di atas tragedi yang berlaku.



 
Gambar Selepas Kejadian Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Ringlet Cameron Oktober 2013:
Keadaan kenderaan yang rosak akibat banjir lumpur yang berlaku di Bertam Valley, Cameron Highlands


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis menitahkan supaya Prosedur Operasi Standard (SOP) pelepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar, diperkemaskan bagi mengelak tragedi banjir di situ berulang.

Menurut baginda, SOP yang diperkemas itu termasuk siren amaran yang perlu diberi lebih awal dan memastikan paras air dilepaskan lebih awal dan sedikit demi sedikit tanpa menunggu paras bahaya.

Selain itu, baginda turut menitahkan agar pembangunan di Cameron Highlands distruktur semula.

Baginda bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak tentang kesilapan yang telah berlaku.


Tiga terbunuh dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari ini.
Dua mangsa lemas manakala seorang lagi maut akibat serangan jantung, menurut laporan Bernama.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dipetik berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini.

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya. Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur. Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini.

Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, seramai 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet.

Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter.

Tinjauan hari ini mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat.


Sumber; Astro Awani




Gerakan mencari mangsa banjir di Ringlet diteruskan


Lembah Bertam, Cameron Highlands di sini hari ini. gambar oleh Roy Azis Abd Aziz pemberita Sayed,Asliza,Azli (Utusan,Kosmo)  

CAMERON HIGHLANDS 24 Okt. - Gerakan mencari dan menyelamat seorang wanita Indonesia yang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam tragedi banjir lumpur di Sungai Bertam, Ringlet di sini diteruskan pada 8.30 pagi ini.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu itu melibatkan 328 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela.


"Anggota yang terlibat akan bertambah kerana gerakan mencari dan menyelamat dilakukan secara bergilir-gilir," katanya ketika ditemui Bernama.


Beliau berkata kawasan operasi diperluaskan sepanjang lapan kilometer bermula dari tempat mangsa dihanyutkan sehingga ke arah bawah sungai.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati hujan renyai pada awal pagi dan cuaca kini mendung.

Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi semalam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah. - BERNAMA

Sumber; Utusan Malaysia
Tragedi Cameron: Unit penyelam diturunkan

CAMERON HIGHLANDS - Usaha mencari dan menyelamat seorang warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam di sini, diteruskan hari ini termasuk melibatkan sepasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.
 
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pasukan yang terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota itu akan melakukan selaman di tiga kawasan iaitu di Empangan Salini, Jeram Kampung Manson ke Kampung Susu dan di Jeram Kampung Susu ke Kampung Salini.
 
"Pihak berkuasa turut memperluas kawasan mencari di empat zon sepanjang 20km menyusuri Sungai Bertam. Unit anjing pengesan dan jentera berat turut digunakan dalam usaha itu," katanya kepada pemberita mengenai usaha mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini.
 
Selain pasukan penyelam, ia turut melibatkan 11 pegawai dan 86 anggota keselamatan.
 
Wan Mohd Zahari berkata, usaha mencari akan diteruskan sehingga 7 malam, jika tiada sebarang halangan seperti cuaca buruk.
 
Selain mangsa yang hilang, kejadian banjir lumpur yang berlaku kira-kira 1 pagi Rabu lalu itu, turut mengorbankan tiga nyawa selain memusnahkan puluhan rumah dan kenderaan. 
- Bernama
Sumber; Sinar Harian 26 Oktober 2013


Bencana banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands sekali lagi mengulangi 'siren amaran' oleh para aktivis alam sekitar hampir sedekad lalu.

Aktiviti pertanian yang tidak lestari di kawasan cerun menjadi faktor yang menterjemah kebimbangan selama ini.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ahmad Daud menyifatkan sikap pekebun di kawasan cerun ini menyumbang kepada kecepatan berlakunya bencana di kawasan tanah tinggi.

"Contohnya, perangkap kelodak (kolam) tidak di buat di kawasan ladang kebanyakkanya. Ini masalah kepada berlakunya peningkatan kelodak yang mengalir ke sungai-sungai", kata beliau kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas keperluan bagi mengelak kawasan takungan air yang makin cetek akibat daripada kelodak yang kian banyak terkumpul.

Ini sekaligus menjejaskan sungai dan kawasan takungan air yang mendorong belakunya bencana banjir.

"Selain itu, rumah-rumah plastik di kebanyakan kebun menyumbang kepada kecepatan banjir," kata Ahmad Daud yang baru 2 tahun menjadi Pegawai Daerah Cameron Highlands.

"Kita sentiasa lakukan penguatkuasaan san pemantauan. Ladang-ladang haram di kawasan cerun memang dihalang tetapi fokus tentunya mengajar pekebun-pekebun sedia ada kerana ini melibatkan amalan yang telah lama," ujar Daud.

Kumpulan aktivis alam sekitar sebelum ini mendakwa lebih 80 peratus air di kawasan tanah tinggi ini dialihkan ke sektor pertanian.

Selain itu, lebih 80 peratus ladang pula dibuka dan diusahakan di kawasan cerun.


CAMERON HIGHLANDS: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis menitahkan supaya Prosedur Operasi Standard (SOP) pelepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar, diperkemaskan bagi mengelak tragedi banjir di situ berulang.

Menurut baginda, SOP yang diperkemas itu termasuk siren amaran yang perlu diberi lebih awal dan memastikan paras air dilepaskan lebih awal dan sedikit demi sedikit tanpa menunggu paras bahaya.

Selain itu, baginda turut menitahkan agar pembangunan di Cameron Highlands distruktur semula.

Baginda bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak tentang kesilapan yang telah berlaku.

Semalam, tiga terbunuh dalam banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet.

Dua mangsa lemas manakala seorang lagi maut akibat serangan jantung.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/perkemas-sop-pelepasan-air-empangan-sultan-abu-bakar-tengku-abdullah-24509?cp





Operasi hari keempat cari mangsa hilang kejadian banjir lumpur dihentikan

 


CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Rabu lalu, dihentikan pihak berkuasa pada 7 malam ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Polis Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ia akan disambung semula selama lima jam mulai 8 pagi esok.
 
 "Selepas 1 tengah hari, pihak berkuasa tidak lagi menggunakan khidmat unit anjing pengesan dan unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya pada
sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, operasi dalam skala kecil membabitkan 30 anggota keselamatan akan diteruskan sebelum ia dihentikan sepenuhnya, Isnin ini.

Wan Mohd Zahari berkata, sehingga kini usaha mencari dilakukan sehingga jarak
25 kilometer dari kawasan bencana menyusuri Sungai Bertam.
Dalam kejadian 1 pagi Rabu lalu, banjir lumpur melanda Lembah Bertam,
Ringlet di sini apabila air sungai melimpah susulan pelepasan air Empangan
Sultan Abu Bakar.

Insiden itu mengorbankan tiga nyawa selain seorang mangsa hilang. Ia turut
memusnahkan 80 kediaman dan kira-kira 100 kenderaan.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 semalam, mengumumkan peruntukan RM40 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Bertam.

Ketua Kampung Lembah Bertam Wong Fook Shai mengalu-alukan perkembangan itu,
namun berharap Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengkaji semula prosedur pelepasan
air empangan berkenaan.

Menurut seorang penduduk, S Vijaya , 45, kerajaan perlu mencari kaedah
untuk memberi respons segera bagi membantu penduduk kampung apabila berlaku
bencana seperti banjir kilat.

"Mungkin kerajaan perlu juga meningkatkan sistem siren di perkampungan untuk
memberi amaran supaya penduduk berpindah sebelum berlakunya sesuatu kejadian
tidak diingini," katanya.
- BERNAMA 
Sumber Berita Harian  2013/10/26 - 23:31:20 PM



Mangsa banjir kilat cerita detik cemas kejadian

CAMERON HIGHLANDS: "Kami terkurung di dalam rumah kerana pintu tak dapat dibuka, ketika itu air terus melimpah masuk sehingga paras dada," kata Shaifa Jamil seorang daripada 54 penduduk yang dipindahkan apabila rumah mereka di Lembah Bertam musnah dalam kejadian banjir kilat awal hari ini.

Shaifa, 19, yang ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini, berkata ketika kejadian beliau dan ibunya berada di dalam rumah manakala ayah dan abangnya berada di luar rumah. 


Menceritakan kembali detik cemas yang dialami itu, beliau berkata siren kecemasan dibunyikan dua kali sebelum beliau ternampak kayu balak dibawa arus.


"Tak sampai dua minit air terus melimpah masuk ke dalam rumah dan saya tidak sempat nak selamatkan harta benda," kata pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata itu.

Shaifa berkata ayahnya terpaksa memecahkan tingkap untuk mengeluarkan beliau dan ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka itu.

"Arus deras menyebabkan barang-barang terpelanting dan menyukarkan kami untuk menyelamatkan diri," katanya yang mengalami sedikit kecederaan akibat terpijak objek tajam.

Beliau berkata sebelum ini banjir pernah berlaku di Lembah Bertam namun kejadian kali ini adalah paling buruk.
"Walaupun tidak dapat menyelamatkan harta benda, yang penting saya bersama ibu, ayah dan abang selamat," kata Shaifa.

Sementara itu Mohd Esswandy Zubir, 21, berkata hampir semua rumah di kawasan itu musnah akibat limpahan air dari empangan Sultan Abu Bakar.

"Telefon bimbit dan barang keperluan lain termasuk sijil tidak dapat diselamatkan tetapi dokumen pengenalan diri dapat diselamatkan kerana dari awal lagi ibu saya telah menyimpannya," kata lepasan diploma Politeknik Muadzam Shah, Rompin Pahang itu.

Mohd Esswandy yang merupakan anak bongsu dari empat beradik itu bersyukur kerana selamat daripada tragedi buruk itu.

Beliau berkata kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan adalah warga tempatan dan kawasan kediaman berhampiran rumahnya mempunyai enam keluarga Melayu.

Kejadian arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan penduduk di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut, seorang lelaki tempatan cedera manakala seorang lagi rakyat asing masih hilang.

Seramai 54 penduduk dari 12 keluarga kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet dan operasi mencari dan menyelamat wanita Indonesia yang dilapor hilang itu akan diteruskan eso
k. - BERNAMA

Sumber Berita Harian  2013/10/23 

Tragedi Bencana Alam di Cameron Highlands pada pagi Rabu 23/10/2013 lalu, sekali lagi mencetus polemik. Semoga semua pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya dan sama-samalah menjaga alam ini.

Soalan Geografi Modul Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan

Soalan Geografi Modul Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya.  Pada entry ini saya kongsikan bahan Modul Cakna Akademik PMR 2013  yang boleh anda print out.
 

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan melancarkan Modul Cakna Akademik PMR 2013 sebagai pendekatan baru bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah di negeri tersebut. Pengarahnya Hussain Awang berkata modul itu merupakan satu daripada rujukan untuk guru melestari dan mendepani kecemerlangan akademik ke peringkat kebangsaan.


Laura Lelaki Tertua Dunia Dari Bolivia Berusia 123 Tahun

Laura Lelaki Tertua Dunia Dari Bolivia Berusia 123 Tahun



Carmelo Flores Laura, yang Aymara asli, bercakap dalam satu temu bual di luar rumahnya di Kampung Frasquia, Bolivia, Selasa 13 Ogos, 2013. Jika Bolivia s rekod awam adalah betul, Flores adalah hidup orang tertua yang pernah didokumenkan. Mereka mengatakan dia berpaling 123 sebulan yang lalu. Untuk apakah lembu dan sheepherder berhutang panjang umur beliau? ? Saya berjalan banyak, yang s semua. Saya keluar dengan haiwan,? katanya. (AP Photo / Juan Karita)



Lake Titicaca, where Flores lives. credit Getty Images

Carmelo Flores Laura Lelaki Tertua Dunia Dari Bolivia

Seorang lelaki berumur 123, dikatakan menjadi orang tertua yang pernah direkodkan, telah didapati tinggal di sebuah pondok kotoran tingkat di Bolivia.

Penternak buta huruf Carmelo Flores Laura masih dalam kesihatan yang baik, walaupun semua gigi beliau telah pergi, dan tidak perlu tongkat atau cermin mata.


Ramsar Tasik Bera adalah khazanah negara

Ramsar Tasik Bera adalah khazanah negara

'Ramsar adalah khazanah negara'




TEMERLOH 24 Julai - Pencerobohan di kawasan tanah lembap atau Ramsar di Tasik Bera bukan sahaja menjejaskan ekosistem dan biodiversiti di kawasan tersebut tetapi turut menjejaskan sektor pelancongan negeri ini.


Soalan Percubaan Geografi PMR 2012 Pelbagai negeri

Soalan Percubaan Geografi PMR 2012 Pelbagai negeri

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada soalan Percubaan Geografi 2012. Kepada pelajar-pelajar SMKLH pelayar blog cikgukaunseling, sila muat turun koleksi soalan percubaan Geografi 2012 Negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sila klik 'redmore' untuk maklumat lanjut.

Fenomena Supermoon Jun 2013 Nisfu Syaaban 1434H

Fenomena Supermoon Jun 2013 Nisfu Syaaban 1434H


Gambar atas diambil di Malaysia Malam Ini Kredit Shahrin Ahmad Shahgazer
Full Moon @ Perigee. Nisfu Sya’ban Full Moon

23 Jun 2013 9:18 PM MYT (13:18 UTC)
Skywatcher 120ED, F=900mm.
Canon 5DMkii, 1/80s, ISO 200
Cropped. Processed in PixInsight
ShahGazer Observatory, Sri Damansara, Malaysia
Sumber FB Shahrin Ahmad
 
Gambar-gambar Fenomena Supermoon 2013
 Seluruh Dunia


  Batman televisyen menunjukkan, yang orang boleh naik di New Jersey State Fair, Sabtu JUN 22, 2013, di East Rutherford, NJ Bulan, yang akan sampai ke peringkat penuh pada hari Ahad, dijangka 13.5 peratus lebih dekat ke bumi semasa fenomena yang dikenali sebagai supermoon


Satu bulan penuh naik belakang Memorial Jefferson di Washington sabtu, 22 Jun, 2013. Yang lebih besar daripada bulan biasa dipanggil "Supermoon" berlaku hanya setahun sekali ini sebagai bulan pada orbit elips adalah pada titik yang paling dekat dengan bumi. (AP Photo / J. David Ake)


SINGAPORE - JUNE 23: A plane passes in front of the haze obscured ' Supermoon' over Singapore on June 23, 2013 in Singapore. The haze eased Sunday with PSI levels stable in the 'moderate' range after a week of record highs. Singapore officials announced they would pursue any local companies found to be involved in the forest fires in Indonesia. (Photo by Chris McGrath/Getty Images)


Super Moon over Stanley Park Vancouver BC.

Gambar 1 ialah  Fenomena Supermoon 23 Jun 2013 Di Malaysia. Bulan yang lebih besar dari normal. Ini kerana kedududkan bulan berada hampir dekat dengan bumi dan fenomena ini dikenali supermoon. Mesti ramai yang ingin melihat fenomena yang jarang berlaku ini. 

Bulan berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.

Fenomena Supermoon pada 23 Jun 2013 yang lalu atau di kenali sebagai Lunar Perigee ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.



 A full moon rises beside an office building in downtown Charlotte, N.C., Saturday, June 22, 2013. The larger than normal moon called the "Supermoon" happens only once this year as the moon on its elliptical orbit is at its closest point to earth.(AP Photo/Chuck Burton)


Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.


Bencana Jerebu Jun 2013

Bencana Jerebu Jun 2013




Pekerja-pekerja binaan melakukan kerja seperti biasa berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas yang di selaputi jerebu ketika tinjauan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA




KEADAAN jerebu yang teruk melanda bandar Muar sejak awal pagi sehingga menjejaskan penglihatan pemandu kenderaan. Beberapa kenderaan memasang lampu berikutan jarak penglihatan yang terhad. - Foto Shahrul M Zain






 RUANG udara Pasir Gudang yang diselubungi jerebu teruk sepertimana yang dirakam jurugambar dari tingkat 20 Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor pagi semalam.

Jerebu Di Malaysia Jom Jaga Alam Kita, klik di sini
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu, klik di sini.
 

Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373 

ASEAN perlu bersatu atasi masalah jerebu

PBB prihatin kemerosotan kualiti udara di Asia Tenggara

Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.

Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.


Subhanallah Ribut di Pulau Pinang Takziah

Subhanallah Ribut di Pulau Pinang Takziah dan Simpati buat keluarga mangsa 







 Gambar-gambar selepas ribut di Pulau Pinang. (sumber; google)




BUMBUNG dan siling rumah di Flat Hamna, Sungai Dua, George Town tercabut diterbangkan ribut di Pulau Pinang (Kosmo)

 Gambar selepas ribut (Utusan Malaysia)



 (Kereta yang musnah aklibat ditimpa menara antena di atas Menara Umno yang tumbang)




Video Ribut di Pulau Pinang

Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para ahlul bait serta para sahabat as sabiqul awwalun wal akhirun.

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl:53)
 

Hidup di dunia adalah penuh dengan ujian. Kaya atau miskin, senang atau susah, kenyang atau lapar, sihat atau sakit, suka atau gembira adalah termasuk ujian-ujian Allah. Ujian-ujian ini, yang diberikan oleh Allah perlu kita hadapi dan terima sama ada dengan bersyukur (berterima kasih) atau dengan sabar. Kita bersyukur di saat diberi kaya, senang, sihat dan kegembiraan. 

Sebaliknya kita hendaklah bersabar jika diuji miskin, sakit, lapar dan kesusahan-kesusahan yang lain. Hidup ini adalah gabungan antara ada masa kita bergembira lalu bersyukur atau ada ketika kita bersedih lalu bersabar. 

Di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan, di sini.
Mengucup Ujian Allah, di sini.

Ribut di Pulau Pinang Takziah dan Simpati buat keluarga mangsa

Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan.

Malaysia Mungkin Dilanda gempa bumi Pada Masa Depan










Malaysia Mungkin Dilanda gempa bumi Pada Masa Depan

 
 Gempa Hampiri Malaysia







Malaysia di Luar Lingkaran Api Pasifik

Malaysia kebarangkalian gempa bumi

KUALA LUMPUR: Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Felix Tongkul, berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan. 




Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .